Aishah Rahim's Diary

Monday, October 31, 2011

Wish List 2011-2012.

Sebenarnya niat di hati nak update pasal kisah pindah rumah. Sudah separuh jalan menaip, pergi blogwalking pulak. Dah blogwalking, terjumpa blog Yanti dan dia cerita pasal apa yang dia hajati. Tetiba pulak tangan ni gatal nak buat entry wish list hati sendiri. Kot-kot mana tahu suami baca dan terus rasa terharu untuk menghadiahkan salah satu dari apa yang dihajati. Eh?

Mari kita mulakan. Echeh.

1) Mixer (macam Yanti jugak).

Tak tahulah kenapa mesti nak kena beli benda alah ini. Aku bukan seorang yang pemasak, apatah lagi seorang yang dilahirkan dengan jiwa mem-baking kek atau kuih. Tidak. Tidak. Tidak. Tapi serius, aku jeles bila kengkawan blog sana sini cerita pasal Pavlova. Aku pon nak buat jugak lah kan? Dah lah kat JB ni nak cari Pavlova yang dah siap untuk makan memang tak ada. Nak kena buat jugaklah gamaknya kan? #alasanibumengandung



2) Microwave.

Yang ini pon aku tak tahu kenapa mesti nak ada. Sebab nak panaskan lauk? Boleh aje kalau nak panaskan atas dapur, kan? Tapi entahlah. Selepas Xeea cerita tentang instant food yang dia keluarkan dari freezer then sumbat masuk microwave, after 5-15 minutes terus boleh makan, aku rasa macam; "Wow, kena beli ah microwave ni. Kot-kot aku boleh stock up instant food kat rumah, senanglah hidup aku". Sekali lagi, bercakap macam isteri taukey balak. Blergh.




3) Kamera Yang Bermaruah.

Kamera pertama aku ialah Fujifilm Q1. Lama dulu. Masa zaman aku mula-mula kerja lagi. Pastu, tak puas dengan kualiti 2MP, aku beralih pulak kepada Fujifilm J10. Mampulah bertahan sampai sekarang. Tapi sejak dah pakai 4 tahun ni, bateri asyik buat hal pulak. Baru ambil gambar 2-3 keping, kamera terus mati. Padahal dah 3 kali beli bateri baru. Teruslah potong stim malas nak ambil gambar dah. Kalau ada pon, guna aje kamera henpon yang kualiti tak berapa nak senonoh. Maka sekarang ini, aku berhajat sangat supaya dapat ini;

Kredit to Noe atas review dan cadangan.


4) Lesen Kereta.

Okeh. Yang ini baru betul-betul wish list yang bermanfaat. Tapi, untuk realisasikan sebelum 2012 memang tidaklah kan. Dengan keadaan aku yang sudah sarat macam gini, macam mana nak pergi belajar kereta? Kenalah tunggu selepas bersalin dan baby besar sikit nanti. Nak kena ambil jugak ni. Penting untuk masa depan anak-anak dan kesenangan si isteri merayap tak payah tunggu suami. Eh, tumpang lalu Encik Suami.



Okeh. Dah tamat 3 perkara yang betul-betul aku ingin.

Pagi tadi dalam perjalanan ke tempat kerja, aku ada cerita kat Wahid pasal wish list nombor empat tu ha. Nak request, kena yang munasabah dulu. Kalau terus terjah sebut wish list nombor satu sampai tiga, mahu kena jegil mata di pagi hari. Huhuhu. Wahid pon menunjukkan tanda-tanda positif menandakan yang dia tak kisah. Malahan, dia support lah aku nak belajar bawak kereta semua ni. Memang dari dulu pon dia suruh aku ambil lesen. Tapi dasar penakut macam aku, memang asyik bertangguh aje. Tapi sekarang memang kena ambil jugak nampaknya. Anak dah nak masuk dua ni. Senang nak hantar anak semua nanti, kan?

Harap-harap, ada antara wish list tu yang boleh dicapai sebelum 2012. Amin!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, October 27, 2011

Lagi 1 Hari & Birth Plan.

Sementara kawan-kawan blogger lain bersuka ria di Critterland untuk UB gath, aku kat JB adalah sangat sibuk dengan kisah pindah rumah. Selagi tak settle angkat barang dengan lori, selagi itulah aku masih terhoyong hayang kemas itu kemas ini. Ya Allah, minta cepatlah semuanya berakhir. Serius aku nak tumpu pada kisah bersalin pulak lepas ni.

Semalam adalah hari yang agak super busy. Pagi-pagi lagi dah kena tunggu kat rumah kuarters sebab kontraktor aircond nak datang relocate aircond. Pukul 9.30 pagi kami dah tercongok kat rumah kuarters tu. Nasib baik TV dan Astro dah siap relocate hari Selasa. So, aku hilangkan bosan dengan menonton rancangan TV yang entah apa-apa. Sementara Wahid asyik sibuk betulkan tombol pintu yang hidup segan mati tak mahu. Blerghh.

Selesai relocate aircond, kami bergegas ke rumah Tiram pulak. Wahid kena bukak kipas syiling yang mak mertua pasang kat rumah tu. Bukak pulak katil yang mak mertua tumpang letak dalam bilik, dan angkat robok belajar sekali semua transfer sementara pergi tadika. So, semi-major punya kisah angkat barang dah settle. Tinggal barang sendiri yang besar-besar dan nak bawak pindah ke rumah kuarters tu, kena tunggu lorilah hari Sabtu ni.

Aku pon dah siap kemas dan packing barang-barang kecik. Baju bajan semua dah selesai angkat hujung minggu lepas. Dah siap masuk kabinet pon. Barang-barang kecik yang selesai packing semalam akan dingkat bersama naik lori hari Sabtu ni. So, tugas akan lebih mencabar selepas hari Sabtu tu. Mana nak susun atur perabot, mana nak simpan barang kecik-kecik tu lagi. Takpelah, buat pelan-pelan. Insya-Allah, siap jugaklah tu nanti.

Semoga mudahlah perjalanan hari Sabtu ni nanti. Amin.

Lepas siap pindah hari Sabtu ni, aku rest kejap sebelum fikir soal bersalin pulak. What to expect? Huhuhuhu. Banyak sangat ha nak fikir. Nasib baik soal persediaan barang-barang dah settle. Sekarang nak sediakan diri dari segi fizikal dan mental je. Nak kena berlatih balik breathing technique. Nak kena baca balik pengalaman bersalin orang lain. Nak kena kumpul tips-tips mudah bersalin. Haaaaa, banyak sangat nak fikir. T__T

Err, ada sesiapa tak pernah buat Birth Plan? Boleh share?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, October 25, 2011

Bio-Selusuh Memudahkan Bersalin?

Produk Bio-Selusuh dari Biodex.
Maklumat lanjut di sini.

This is my second time menggunakan produk ini. First time dulu, masa mengandungkan Nashriq. Tapi masa tu memang tak rajin langsung nak pakai. Pemalas sungguh nak sapu-sapu satu badan. Nak makan (start 9 bulan), apatah lagi. Tapi, oleh kerana nak sangat cepat bersalin, aku togak sebotol habis masa malam sebelum kelahiran Nashriq. Boleh baca entry ini untuk kisah di hari kejadian.

Kononnya, untuk pregnancy kali ni, aku malas lah nak beli minyak ni lagi. Biarlah takdir dan waktu yang menentukan bila dan bagaimana caranya baby ni nak keluar. Aku tak mahu rasa stress dan tertunggu-tunggu lagi macam Nashriq dulu. Kalau boleh, biar semuanya just go with the flow. Eh eh, macam hebat je bercakap. Konon nak berlakon terer lah tu. Heh.

TETAPI, minggu lepas aku telah mengingkari niat hati aku sendiri. Tengah berjalan-jalan kat Plaza Angsana tu, aku menyinggah kejap kat booth Biodex. Tanya kat salesgirl tu pasal minyak Bio-Selusuh ni. Dia pon ambil dan serah pada aku. Eh, laju pulak tangan aku seluk duit serah kat salesgirl tu. Pastu sambil jalan nak balik tu, aku asyik terfikir kenapa aku beli minyak ni. Kata nak 'just go with the flow' kan? Dasar boros memang macam gini. T__T

Oleh kerana dah beli, aku pon tekad ajelah nak rajin-rajin pakai. Mana tahu, dengan pemakaian yang disiplin akan mempercepatkan proses bersalin aku nanti. Err, maksud aku, takdelah sampai kena tunggu 40 minggu macam Nashriq dulu. Jenuh okeh bawak perut dengan full of stress dalam kepala. Aku harap, bolehlah bersalin awal untuk pregnancy kali ni. Tak sabar dah aku nak cuti dan duduk rumah jaga anak. Insya-Allah, itupun kalau diizinkan olehNya.

Kembali kepada kisah Bio-Selusuh tadi.

Oleh kerana sekarang ni aku baru memasuki minggu ke-33, jadi kegunaan minyak ini hanya sekadar sapu-sapu pada perut, pinggang, punggung dan kaki. Oih, aku ingat masa mengandung Nashriq dulu, aku cuma sapu pada perut dan pinggang aje. Adakah itu sebabnya aku bersalin lewat? Tak. Tak. Emak kata, lambat atau cepat, itu kerja Tuhan. Bukan minyak Bio-Selusuh punya kuasa. Hehehehehe.

Nanti, dah masuk 36-37 minggu, barulah kena makan sesudu pagi dan sesudu malam. Dia punya rasa memanglah 'terbaik'. Tapi ada orang mungkin boleh tahan kot. Macam aku ni payah sikit nak telan-telan minyak ni ha. Standby milo gelas besar punya sebelah sink. Sebelum aku muntah balik, aku akan terus capai gelas milo, teguk kasi habis. Setel.

Aku tak pastilah kegunaan dan faedah sebenar minyak ni untuk apa. Ada yang kata mempercepatkan proses bersalin. Ada yang kata memudahkan proses bersalin. Hasil kongsi tips dengan Hidd, dia kata, dia cuma push Umar Arjuna satu kali sahaja masa proses bersalin dulu. Seronok ek dengar? Kalau aku pakai dengan disiplin sekarang, ada chance tak nak push sekali je keluarkan baby ni? Harapan menggunung tinggi ni.

Korang ada tak pengalaman dengan minyak Bio-Selusuh ni?

Boleh share?



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, October 21, 2011

Tutorial : Twitter For Beginner.

Kalau Xeea pernah keluar dengan entry Nuffnang For Dummies, aku pon perasan otai konon nak bagi tutorial bagaimana untuk anda yang ingin ada akaun Twitter bersama-sama memeriahkan timeline. Bezanya, entry Xeea berfaedah sebab dapat earning duit. Manakala entry ini kurang berfaedah sebab join Twitter tak dapat apa-apa. :)

Apa itu Twitter?

Aku klasifikasikan Twitter ni sebagai satu medan sembang yang lebih terbuka. Kadang-kadang, ianya menjadi tempat repekan dan bebelan seorang diri sambil disampuk (menyampuk) oleh rakan-rakan yang lalu lalang dalam timeline. Nampak macam pelik sebab kita merepek entah apa-apa dan kadang-kadang takde orang respon. Takde masalah. Nama pon Twitter kita, kita punya sukalah. Siapa tak suka boleh get out from here. #ehterasake?

Emak aku cakap, tak baik halau-halau orang. Perkataan 'get out' tu tak elok digunakan. Tak kiralah ini Twitter aku ke, blog aku ke. Maka, aku mintak maaf sebab tercakap 'get out' kat atas tu. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, kan? Inikan pula kita sesama manusia. Tak payah simpan lama-lama dalam hati. Nanti jadi busuk, sendiri yang susah. #peringatanuntukdirisendiri.

Okeh. Kembali ke kisah Twitter.


Aku guna Tweetdeck yang lebih mudah.
Nampak timeline. Nampak mentions. Nampak direct message.

Nak guna Tweetdeck? Download kat sini.

Mula-mula sekali kalau nak join Twitter, kenalah ada akaun dulu. So, korang masuklah web Twitter.com dan sign up kat sana. Mudah aje macam ABC. Tak perlu bayar apa-apa pon. Free of charge. Percaya padaku, kata Kumpulan Ungu.

Dah sign up segala, korang bolehlah start mem-follow mana-mana kawan yang ada akaun Twitter. Kalau rasa nak follow aku, boleh search AishahRahim. Tapi, jangan follow aku sorang. Sebab nanti korang akan salah sangka aku bergelak ketawa macam mengutuk dan mengumpat orang lain. Padahal kami (ada dua tiga orang dalam satu conversation) tengah membahan (bergurau senda) antara satu sama lain. Boleh faham tak apa yang aku terangkan ni?

Meh aku terangkan.

Bila kau follow aku sorang, kau boleh baca tweet dari aku SAHAJA. Bila kau baca tweet dari aku yang tengah gelak ketawa (contohnya), kau fikir aku tengah mengumpat dan mengutuk seseorang. Padahal, conversation sebenar aku tengah gelak ketawa pasal kawan-kawan (yang join conversation) sedang membahan aku atau aku tengah membahan diorang.

Contoh panorama.

Okeh. Kau baca aku tengah gelak-gelak. Macam jahat sangat. Mesti kau fikir, "dalam blog baik budi bahasa. Tapi rupanya pelakon hebat". Eh, siapa guna perkataan pelakon ni? Tak baik tahu? Sekurang-kurangnya aku tak suka mengapi-apikan orang. Sebagai kawan, kita kena cool down-kan member yang tengah panas. Bukan makin simbah minyak. #ohpleasejanganterasalagi.

Macam mana nak tengok keseluruhan conversation?

Kalau kau follow semua orang yang terlibat dalam conversation di atas, korang dapatlah baca keseluruhan butir bicara cerita. Tapi kalau kau tak follow, meh aku ajar kau jadi stalker meh. Kau tekan simbol belah kanan yang aku bulatkan warna merah tu. Haaaa, kat situ, korang boleh baca pasal apa aku atau kami bergelak ketawa. Boleh faham Cik Senah?

Sebab itu apa-apa sahaja berkaitan Twitter ni, kau kena join sendiri dan baca satu-satu. Godek timeline atas bawah atas bawah, barulah kau boleh nampak situasi sebenar. Bukan sekadar mendengar dari mulut orang atau SMS orang yang tak follow keseluruhan conversation. Kadang-kadang, manusia ni pon ada macam fesyen. Yang suka mengapi-api tu paling bahaya. Dia baca separuh timeline, dia sampaikan perkara yang tak betul. Bahaya tahu manusia macam ini. #ehterasalagike?

Secara jujurnya, aku keluarkan entry ini sebab aku rasa ada orang yang salah sangka dengan tweet tweet dari aku. Aku tak faham kenapa mesti nak salah sangka. Conversation yang berlangsung pada waktu itu, cerita lain. Yang disampaikan pada si polan, cerita lain. Maka, ianya menjadi satu masalah berpanjangan yang di drag tak habis-habis. Please lah. Aku mohon sangat jangan jadi tukang penyampai, batu api atau tukang dengar cerita sahaja. Ada kemahiran berkomputer, gunakan sebaik yang mungkin. Siasat sendiri dan lihat situasi sebenar.

I am so sorry kalau entry ini mengguris mana-mana perasaan kalian. Tapi seriously, aku lihat perkara ini di-drag panjang macam tak ada kesudahan. Perkaranya kecil, ditegur kerana perkara lain. Tapi dijadikan bahan sindiran yang entah apa-apa. Show off? Come on. Itu bukan isu sebenar okeh. Korang boleh bukak Twitter aku dan baca satu-satu. Sebab tu aku keluar tutorial cara-cara menggunakan Twitter ni ha.

And please to those rakan-rakan yang suka mengapi-api. Aku tak peduli pon korang dah kacik ke, rapat ke, geng sehidup semati ke. But please jadi matang dan jangan suka simbah minyak dengan kata-kata dan komen korang yang membakar. Korang dah besar panjang dan dah ada anak. Ilmu agama pon bagus-bagus belaka. Simple aje benda ni, babe. Simple.

Maaf sekali lagi. I am so sorry. T__T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, October 18, 2011

32 Minggu Sudah.


Sebenarnya tak terasa hati pon nak update apa-apa. Saya tak berapa berada di dalam mood. Ayat apakah yang aku gunakan tadi? Ahh, lantaklah. Yang penting, aku faham apa yang aku sendiri tulis. Kadang-kadang nak kasik orang faham apa yang kita tulis pon payah jugak. Tsk.

Yeah. Sudah 32 minggu. Kata baby-gaga, ada lagi 8 minggu untuk baby keluar. Tapi, boleh tak aku serah diri awal kat hospital masa minggu ke-37? Ngam-ngam cukup matang, aku bawak beg baju semua mintak induce? Apakah sangat tidak sabar hendak bersalin sekarang ini. Serius punya tak larat.

Harapnya, baby tidaklah bermain cak-cak dengan Mama macam Abang Nashriq dulu. Ngam due date baru nak keluar. Lama sangat tu baby. Mama dah separa pengsan dah ni. Eh, tapi kasi semua benda setel dulu ye? Kita pindah semua dulu siap-siap, baru baby keluar tau? Janji eh?

Tak tahulah kenapa mesti keluar entry sebegini rupa. Bagaikan hidup segan mati tak mahu. Ibarat rumah kata pergi kubur kata mari. Umpana Aishah yang malas tapi ada hati nak update blog.

Haaaa?? PANG!!!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015