Aishah Rahim's Diary

Thursday, November 7, 2013

13 FUNGSI LECITHIN SHAKLEE.

Ahhh selamat hari Khamis semua! :)

Harini sibuk gilos melayan kerja-kerja kat opis sambil melayan group whatsapp anak cucu cicit. Kebetulan harini dapat sms dari Shaklee mengatakan LECITHIN yang hot meletop tu dah RESTOCK! Lecithin ni memang hot okay! Cepat je habis kat branch, kat HQ. Sampai nak kena tunggu Shaklee restock balik! Hihihihi. Memang menggelupur semua anak cucu cicit kat group whatsapp tu ha. Semua pakat nak serang online dan mana-mana HQ dan branch berdekatan. Punyalah HOT si Lecithin ni kan?

Apa fungsi Lecithin ni? Kenapa dia HOT sangat?



Lecitin terkenal sebagai 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’ dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.

Lecitin tak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Contoh macam buat kek, yang basic tu macam tepung gula telur, kalau takde, tak jadi kek tu. Haa gitulah Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung dan soybeans. Dan tahukah anda, Soybean Lecithin is the richest cholesterol-free source of Lecithin. Yang menariknya, Lecithin Shaklee adalah bersumberkan dari soybean.

13 Fungsi Lecithin Shaklee.

1. Lecithin bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke, heart disease, arteri yang mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000-7000mg sehari jika berhadapan dengan masalah kesihatan yang sebegini.

2. Kenapa orang yang nak kurus suka Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye, ianya memecahkan lemak) Tahukah anda, Lecitin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecitin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel-sel badan. Tanpa lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan. Banyak faktor seperti bahan-bahan kimia dari persekitaran yang tercemar, bahan-bahan metal, dadah, food additives, pesticides, etc. Semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat-zat. Jadi dengan cara menambahkan pengambilan Lecithin, pasti ianya keputusan yg bijak.

4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati. 

5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka-mereka yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

6. Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Disamping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory). Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

8. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter dimana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia.

9. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru-paru kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi mereka-mereka yang ada alergi, high fever, asma, bronkitis dan emphysema.

10. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi-sendi) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

11. Lecithin adalah zat utk kecantikan. Ianya perlu dalam menghasilkan rambut yang sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala-gejala menopause.

13. Lecithin bersama unsur-unsur lain digunakan utk membuat BILE. Bile ni fungsinya plak mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat-zat seperti vitamin A, D, E dan K ke dlm badan.



Oklah, nak pergi sambung buat kerja. Kepada sesiapa yang nak order Lecithin ni atau mana-mana supplement kesihatan lain, marilah hubungi saya segera. Lai lai lai! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, November 4, 2013

CINTA SI UNGU.

Alaaa ni cerita dah basi sebenarnya. Tapi oleh kerana aku nak abadikan perkara ni kat blog, so aku rajinkan jugaklah diri menaip ni ha. Kalau sesiapa yang dah friend dengan aku kat FB tentulah dah tahu yang aku dah keluar sebuah kereta hasil bersama Shaklee. YES, guna statement Shaklee sahaja okay. Percaya, sila percaya! :)

Wahid yang tengah dengar penerangan dari our sales advisor. 


"Amboi Aishah, bertahun hang kerja, takdak keluar kereta. Join Shaklee setahun setengah terus keluar kereta naa?"

Alhamdulillah, Allah mudahkan jalan aku dan keluarga. Rasanya, kalau fikirkan memang macam tak percaya. Diri aku seorang yang sangat pen-takut (hihihihi), boleh berani main redah je amik kereta ni. Tapi bila fikirkan masa depan keluarga, masa depan bisnes dan masa depan diri jugak, tawakal sahaja lah.

Masa mula-mula kereta ni keluar, memang aku tak bawak langsung! Takut okay! Jantung ni berdebar punyalah dup dap dup dap! Bila fikir nak kena bawak kereta je, mulalah lutut aku ni longgar menggigil-gigil. Hahahaha. Kelakar gila kalau fikir balik. Tak tahulah apa yang aku takut. Rasa trauma dengan eksiden yang dulu tu meruap-ruap. Amik masa yang lama jugak Wahid kena duduk sebelah teman aku dalam kereta, pastu dia bawak kereta balik, pastu petang amik aku, baru aku bawak semula. Macam tu lah dalam seminggu.

Pastu tak boleh jadi dah. Sampai bila nak macam tu kan? Aku pon berani je bawak seorang dengan Wahid follow belakang. Lama-lama dah okay dah. Paling best sekarang ni, kalau ada customer nak COD barang ke, insya-Allah aku dah boleh hantar seorang. Nak gi amik stok kat Shaklee pon dah boleh dah. Tak perlu susahkan Wahid lagi. Memang banyak kemudahan bila dah boleh bawak kereta ni. Aku je terlambat nak nampak semua ni. :)

Kesimpulannya, apa sahaja ketakutan yang ada kat depan kita, HADAPI SAHAJA. Selagi kita tak hadapi dan lalui ketakutan tu, kita memang akan sentiasa dirundung ketakutan. Conquer your fear, JUST DO IT! Betul kan? 

Oh ye, ada sesiapa nak order supplement Shaklee area Johor Bahru, kalau nak COD bolehlah call saya. insya-Allah servis tip top. Ewahhhh sempat lagi nak promo. HAHAHAHAHAHA.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, October 2, 2013

ADA APA DENGAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE?

Ada apaaaa?? Tentulah promo uollssss!!



Apa bagusnya Collagen Powder ni? Kenapa kena beli? Kenapa kena consume?

1. Sebab kolagen membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula. Siapa yang ada masalah rambut gugur tu baik cepat amik kolagen. Kalau tak tetiba padang jarang padang terkukur je kepala tu kan? Hihihi.

2. Paling best, kuku jadi lebih kuat, bintik putih hilang dan pangkal kuku kekalkan warna yang sihat. Tak ada dah kuku kuning-kuning kusam semua. Ramai okay yang amik Collagen Powder Shaklee ni, kuku semua berkilat-kilat. Tak payah pakai pengilat kuku dah!

3. Sebab paling penting ialah kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut. Say goodbye to parut-parut dan bintik-bintik hitam!

4. Membantu menghilangkan tanda penuaan. Hoyeahhh!

5. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.

6. Kolagen juga membantu kurangkan kesakitan dan geseran sendi. Euwww sakit!

7. Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.

8. Memastikan otak sentiasa sihat.

Info tambahan : Tahukah anda SCP dilengkapi dgn asid hidraulik utk mengekalkan kelembapan kulit. 1 gram asid ini boleh menahan sebanyak 6 Liter air!




Apakah tanda kekurangan kolagen dalam badan?

1. Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata, penglihatan kabur.

2. Gusi yang tidak sihat.

3. Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung.

4. Liang roma menjadi besar, pigmentasi, jeragat, kulit kering.

5. Garis halus kelihatan pada leher.

6. Kulit hilang keanjalan, lebih kering. Kelihatan tua daripada umur sebenar. Organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.

7. Payudara dan punggung kelenturan.

8. Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.

9. Kulit senang pecah, pudar dan kekuningan.



Macam mana? Berminat? Nak tau apa lagi yang best?

BELI 3 KOTAK COLLAGEN, DAPAT FREE MEMBERSHIP!


Rugi kan kalau tak grab peluang ni? Sambil consume untuk kulit cantik halus mulus, kita pon join lah Shaklee untuk tambahkan pendapatan bulanan. Tak rugi wooo. Siapa cepat dia dapat. Siapa lambat, dia tak dapat. Yang penting, FAST ACTION FAST RESULT. Wink wink!





Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, September 18, 2013

KENAPA KITA PERLU SUPPLEMENT TAMBAHAN?

 
"Orang dulu-dulu tak makan vitamin, sihat je. Orang asli tak makan vitamin, sihat jugak". Saya akui juga kebenaran kata-kata itu. Namun, semua tu tak boleh nak dibanding dengan kita hari ini. Zaman dulu tak ada pencemaran. Orang asli dalam hutan tak ada pencemaran. Orang zaman dulu, orang asli tak makan makanan proses, fast food, dan sebagainya. Orang dulu-dulu, orang asli tak guna bahan-bahan kimia, tak pakai make-up yang ada bahan kimia, etc..
Kita sekarang terdedah kepada pencemaran, terutama pencemaran udara. Dalam makanan, sebaik-baik sayur adalah sayur mentah / ulam, kerana proses memasak menghilangkan khasiat dan vitamin sayur - berapa kerat yang makan ulam? Kita memerlukan 500mg vitamin C sehari yang terkandung dalam 7 biji oren. Siapa larat makan 7 biji oren setiap hari? Kalau dalam rumah ada 6 orang, 6x7=42 biji oren perlu disediakan setiap hari!!!
Menyebut tentang pencemaran, setiap pencemaran meninggalkan kesan dalam tubuh kita, menghasilkan radikal bebas yang menyebabkan sel badan kita berubah bentuk, dari bulat cantik kepada bentuk-bentuk lain, bujur ke, bersegi ke, apa-apa lah. Radikal bebas ni boleh dihapuskan dengan pengambilan anti oksidan, iaitu rangkaian vitamin-vitamin seperti vitamin C dan Vitamin E. Jadi setiap hari kita kena makan 7 biji oren, serta sumber vitamin E seperti minyak sayuran, minyak zaitun, minyak bunga matahari, makan sayuran berdaun hijau gelap (makan mentah ya), kekacang dan bijirin, dalam kuantiti yang mencukupi untuk mendapatkan sumber vitamin E.
Tiada masalah jika kita mampu menyediakan semua itu. Itu belum lagi mencukupkan keperluan vitamin lain, seperti vitamin A, B (vitamin B ada banyak dan dari sumber berbeza), vitamin D, vitamin K, dan mineral-mineral lain seperti kalsium, magnesium, fosforus, zink dan sebagainya.
Jangan komplen kalau badan sentiasa penat (walaupun dah cukup rehat), selalu stress, selalu selsema (tanpa masalah sinus), hormon tak stabil bila kita tak mampu nak berikan tubuh kita keperluan vitamin dan mineral hariannya. Tepuk dada, tanya pada diri sendiri "Cukupkah vitamin dan mineral yang diperlukan olehku dan keluargaku?" Hanya anda yang tahu jawapannya...
Kredit to : FB Sihat dan Segar

Buatlah pilihan tepat untuk supplement kesihatan untuk anda dan keluarga. Make sure ianya SELAMAT, SENTIASA BERKESAN dan HALAL. Pilihan saya, tentulah SHAKLEE! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, September 5, 2013

1 TAHUN 5 BULAN BERSAMA BISNES SHAKLEE.

Sekejapan dah 1 tahun 5 bulan. How time flies. Wahhh nak cakap omputih jugakkk. Hahahaha. Tapi iye, memang tak terasa waktu yang berjalan. Keseronokan dengan Shaklee sampai terlupa penat lelah jerih perih masa awal-awal join Shaklee dulu. Saya masih boleh ingat lagi first time dapat customer Shaklee, kemudian saya pergi pos barang ke Pejabat Pos Larkin berbondong-bondong hanya dengan naik teksi! :)

Banyak sangat kenangan sepanjang 1 tahun 5 bulan ni. 



Alhamdulillah, income dengan Shaklee dah mula stabil. Menghampiri 5 angka, insya-Allah. Tak percaya? Tapi itulah hakikatnya. Tapi ni pon boleh dikatakan lambat tau. Ada orang lain yang fast track, dalam masa 4 bulan dah dapat income 10K, dalam masa 8 bulan dah naik Master (rank tertinggi) dalam Shaklee. Subhanallah. Rezeki masing-masing kan? Perjalanan hidup yang Allah dah tentukan. Tapi itu apa yang mereka dapat, setimpal dengan usaha dan pengorbanan mereka. Bukan takat goyang kaki duit masuk ribu riban. 


Gambar masuk poster kat Shaklee sebab naik rank Coordinator bulan Jun 2013.



Dapat sijil, pin, dah cash incentive.



Pencapaian terkini bulan Julai.
Car Bonus Achiever.



Saya bersama Master Shareeza @ Kak Cery.
Antara inspirasi saya. :)


Alhamdulillah. Allah lorongkan saya membuat keputusan yang tepat dengan join bisnes Shaklee, 1 tahun 5 bulan yang lepas. Allah lorongkan juga saya memilih group yang hebat, Jutawan Shaklee. Sungguh, saya tak menyesal dengan keputusan saya ini. Malah setiap hari saya gembira. Saya dikelilingi orang-orang yang positif dan sentiasa beri saya semangat dan dorongan. Tak lokek ilmu. Sentiasa ajar ilmu dunia dan akhirat. Dalam masa berniaga, kami diajar juga amalam-amalan kerohanian yang mendekatkan diri saya kepada-Nya. Mendidik hati kami untuk sentiasa membantu orang. Beri yang terbaik, gembirakan orang sekeliling. Ya Allah, sungguh saya bersyukur.

Saya betul-betul nak bantu orang lain di luar sana yang nak ubah hidup mereka, terutama sekali wanita. Sebab saya tahu, isteri-isteri ni ada niat nak bantu suami dan keluarga, tapi tak tahu caranya. Kalau anda ada keinginan untuk ubah hidup dan berjaya, memiliki hati yang kental dan semangat yang tinggi, boleh hubungi saya. Insya-Allah saya bantu semampu dan sekuat semangat yang Allah izinkan.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Income 3-4-5-6 angka bukan lagi mimpi. Kerana group kami dah buktikannya! :)

Cara Mendaftar Ahli --> KLIK SINI



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015