Monday, July 30, 2012

Call Me, ANASH.

Perbualan biasa dua sepupu kalau aku call Emak bertanya khabar di hujung minggu.

Nashriq : "Nek. Uyun? Uyun?" 

Nenek : "Uyun? Kejap ekkk."

Nurul : "Anashhh, *^&%$())&^%$$%*())&%$?"

Nashriq : "Uyun, *&%@#%&()))*&%^$$$#^*())"

Nurul : "Nanti Anash *&^%@@()(&^%#$# umah Nenek ehhh?"

Dua-dua pon speaking Germany. Hebat bukan? :P


Nashriq & Nurul. :)

Emak jaga 8 orang cucu termasuk Nashriq dan Nurul. Ada 4 orang yang dah besar-besar dan boleh diharap. Tinggal lagi 4 orang saje yang kena beri perhatian lebih. Waktu pagi, tinggal Nashriq dan Nurul berdua dengan Emak. Sebab yang lain semua pergi sekolah. Sebab itu mereka berdua sangat rapat. 

Apa-apa pon, sikit-sikit "Uyun punya?". Belikan dia coklat, mesti dia akan tanya, "Uyun?". Kalau berbual berdua, macam real je tengah bincang soal negara. Sorang berjoget, sorang pon terkinja-kinja. Kalau suruh sayang peluk, bukan main lagi mereka berdua. Kalau dah lama tak jumpa, berpeluk macam sayang benar! Hehehehe. 

Kalau kat rumah Emak, nama Nashriq memang susah nak dengar. Semua satu rumah panggil Nashriq as Anas. Kalau Emak lagi lah, dia panggil ANASHRIQ. Hahaha. Jadi gabungan pulak kan? Tak kisahlah panggil apa pon. Asalkan jangan nama yang tak elok. Ye dok?

Kalau tanya kat Nashriq pon, siapa nama? Dia tak pandai nak sebut Nashriq. So dia akan cakap nama dia "ANASH!". Mula-mula dulu selalu pi betulkan sebutan jadi Anas. Tapi lama-lama biar aje lah. Dah jadi macam nick name pulak. Echeh.

"Mama, Anash belak (berak)".

"Mama, Anash nak kan (makan)".

"Mama, Anash (*&%#&(#%)*^$".

Ye, dia sendiri pon bahasakan diri dia Anash.

Tak kisahlah nak. Asalkan awak bahagia. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 27, 2012

My Breastfeeding Journey : Kisah Frozen EBM.

Hola! (Macam Dina Nazir kat Era FM) :P

Harini aku nak cerita pasal stok EBM yang dikumpul kat dalam deep freezer kat rumah aku. Setakat hari ini, stok yang ada berjumlah 63 paket x 4.0oz = 252oz. Stok ni tak bergerak-gerak sejak bulan Jun kelmarin. Tak tambah. Tak kurang. Sebab apa? Sebab Wahid kan kerja shif tak menentu. So, aku kena duduk rumah Emak. Pastu malas nak angkut-angkut frozen EBM pergi rumah Emak. So terpaksalah aku bagi chilled EBM aje untuk Najah. Maka merasalah aku menjadi 'kasi pagi makan pagi, kais petang nak makan malam pon boleh'. Ahaks.

Jom tengok gambar sat.


Pandangan dari atas.


EBM by month. Isi dalam tupperware.

Dalam basket biru, EBM bulan 3. Kena habiskan cepat.

Takdelah melimpah ruah sampai tak muat freezer macam orang lain. But still, Alhamdulillah.

Oh aku nak cerita. Sebenarnya, antara sebab lain EBM frozen ni tak berusik adalah kerana jumlah Najah consume per day yang makin berkurang. Sekarang ni, Najah cuma minum 12oz sehari. Itu pon kadang-kadang botol ketiga tak habis dan bawak balik. Sedangkan aku pam sehari boleh dapat around 18oz - 20oz sehari (Alhamdulillah). Kenapa ek? Memang budak bila dah start makan memang kurang menyusu ke ek?

Pastu, aku sangatlah malas nak sukat-sukat bawak naik pergi freezer mana yang lebih-lebih pam tu. Selalunya, aku pakai je chilled EBM tu seminggu straight. Nanti hujung minggu, baru aku merajinkan diri sukat-sukat dan naikkan masuk freezer.

EBM dalam proses sukat dan nak masuk freezer.

Sekarang ni, bila shif Wahid dah back to normal, barulah aku dapat guna pakai stock EBM yang berkurun duduk dalam deep freezer tu. Ada stock bulan Mac yang kena cepat-cepat habiskan sebelum expired. Sungguhlah mencabar nak kena habiskan sebab jumlah Najah minum pon dah kurang kan. Kena pandai adjust nak hantar chilled berapa, frozen berapa.

I wonder, mampu ke aku bertahan lagi setahun 5 bulan? Hmmm.

P/S : Production susu di bulan Ramadhan masih maintain. Syukran Ya Rabb!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, July 23, 2012

Hari Ketiga Berpuasa.

Alhamdulillah, sudah masuk hari ketiga di bulan Ramadhan. Keadaan kesihatan tak berapa baik kerana diserang selsema dan batuk yang agak mild. Masih mampu bertahan setakat ini. Insya-Allah, akan cuba dikuatkan semangat dan memulihkan kesihatan agar ibadah puasa dan lain-lainnya lebih mudah dan lancar.

Well, setakat dua hari berpuasa, dengan handle dua orang anak, dengan Najah yang masih menyusu, dengan Nashriq yang lasak Nauzubillah, dengan cuaca yang panas Masya-Allah, Alhamdulillah kami (aku, suami dan Emak) masih boleh maintain tenaga hingga ke petang. Meh aku kongsi apa yang aku (dan kami) makan masa bersahur ye? 

ESP + Performance Drink

Nasi tu dah memang wajib makan sebab aku ni menyusukan anak. Kurma 3 biji harus untuk bekalkan tenaga. Milo segelas. Pastu rehat kejap, makan vitamin-vitamin set breastfeeding, then baru bancuh ESP + Performance Drink. Memang tenaga lasting sampai waktu berbuka. 

Tipulah kalau aku kata tak rasa apa-apa. Tetaplah jugak rasa haus sebab Najah menyusu-menysu-menyusu kan? Tapi takde rasa lapar. Mungkin ESP yang menjadikan aku rasa kenyang berpanjangan kot. Jadi tak terasa waktu berbuka lambat lagi ke apa. :)

So, kepada korang yang inginkan supplement yang sama ni, PM aku! 

P/S : Performance Drink tengah out of stock tau. Shaklee akan restock back ASAP.

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, July 20, 2012

Ramadhan 1433H.


Ramadhan keempat bergelar isteri.

Ramadhan ketiga bergelar ibu anak seorang.

Ramadhan pertama bergelar ibu beranak dua.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

Selamat berpuasa sahabat semua. :)

P/S : Insya-Allah, mahu jadi yang lebih baik.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, July 18, 2012

Kemana Hilangnya Anis Najah?




P/S : I miss you two. Wait for me, okay? :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, July 16, 2012

Krim Kesihatan Apa Awak Pakai Ni?

Pagi tadi, sewaktu bersiap nak ke tempat kerja, suami menyoal dengan serius.

"Krim kesihatan apa awak pakai ni?"

"Krim kesihatan apa plak?" Aku bertanya balik.

"Niiiii. Yang ada gambar bulan ni. Macam Kementerian Kesihatan punya tuuu"

Sumber gambar dari Google.
Terima kasih tuan punya blog! :)

Ya Allah suamiku!!! T________T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Testimonial #7 : Emak Bersama Joint Health Tablet.

Semalam adalah hari lahir insan tersayang, Emak. Sudah menjangkau 68 tahun usianya. Masalah normal yang sering dihadapi ialah sakit kaki, bisa badan, pergerakan terbatas sebab badan rasa berat, lenguh, pegang barang tak kuat, kerap kejang dan mudah penat. 

Usia 68 tahun, what do you expect?

Masa mula-mula aku aku testing Shaklee ke atas diri aku, aku belikan Emak, Omega dan Ostematrix. Masa tu aku belum jadi Shaklee's Distributor pon. Selepas makan seminggu gabungan Omega dan Ostematrix tadi, masalah-masalah minor macam kerap kejang tu dah tak ada. Tidur Emak jadi lebih lena (orang tua kan tidur tak lena sangat), dan bisa tulang pon hilang (I bet ini kerja Ostematrix sebab Kalsium kan). Tapi masalah lain yang melibatkan sendi-sendi masih ada. Kadang-kadang Emak mengadu sikunya lenguh dan kebas bila pegang benda lama sangat. Lutut sakit sangat masa Ruku' dan Sujud. Nak duduk bersila bawah memang janganlah harap. Sebab bila nak bangun kang kena amik step lama gila baru boleh berdiri tegak.

Sooooo, bila Shaklee launch sahaja Joint Health Tablet, aku dah set dalam kepala nak belikan Emak sebotol. Tapi asyik bertangguh je dek sebab diri yang over busy. Hahahaha. Well sebenarnya, aku asyik terlupa je. Bila balik rumah Emak mengadu sakit sendi, baru aku teringat balik nak kena beli. 

Huh, apa punya anaklah aku ni kan? T__T




Atas rasa kasih kepada Emak (echeh!), aku pon order Joint Health Tablet pada hari Selasa (10/07/2012) minggu lepas. Delivery takes 1-2 days. Tapi hari Rabu dah sampai pada tangan. Dengan rasa tak sabar, terus suruh Emak try selepas makan malam. Sungguhlah berkobar-kobar kan si anak nak tengok Emak dia sihat. Hahaha. Sebenarnya over sangat kat situ. :P

Dan ini cerita dua hari yang lepas.....

Perbualan telefon antara si Kakak dan si Adik.

Kak Ngah : Nak buat apa birthday Emak?

Aku : Entah. Kita nak masak ke? Kekekekekeke!

Kak Ngah : Beli jelah ek? 

Aku : Aku beli KFC ek?

Kak Ngah : Okeh, aku beli murtabak.

Nampak tak kemalasan dua beradik itu? Hahaha. Tak, sebenarnya kami kenal benar tekak orang lain yang ada dalam rumah. Kalau bukan air tangan Emak yang masak, memang tak laku lah apa yang dihidang. Melainkan kalau dapat fast food ke, murtabak ke, memang laju! Kalau makanan masak, memang surrender. Masing-masing nak Emak jugakkk yang masak.

So pagi semalam, aku call Emak nak wish Happy Birthday.

Aku : Happy Birthday! Semoga panjang umur, murah rezeki! Hehehehe.

Emak : Iyelah tu! Masak apa birthday Mak?

Aku : Hehehe. Ayang beli KFC je lah ek? Emak masak apa? (muka tak malu)

Emak : Mana ada masak! Hari jadi Mak, anak-anak lah yang masak!

Aku : Alaaaaaaaaa.

Emak : Takde. Takde. Mak nak gi pasar ni. 

Dalam hati, takpelah. KFC dan murtabak kan ada. Cukuplah tu. Lagipon Emak memang selalu gi pasar hari Ahad. Restock barang dapur untuk seminggu. Confirm penat punya nanti. Dah belanja, nak kena kemas pulak kan? Dah lah anak-anak takde kat rumah. Masing-masing kat rumah sendiri.

Dalam tengahari, dapat SMS dari Kak Ngah.

"Kau beli KFC jangan banyak. Emak masak Soto"

Whatttt?? Balik dari pasar larat lagi nak masak Soto? Biar betik!

Dan jamuan kami petang semalam ada pelbagai makanan. KFC sponsored by me. Murtabak sponsored by Kak Ngah. Nasi Beryani by Abang Long. Errrr, Abang De sponsor perut. Ok letewwww! :P

Dalam jam 8.00 malam, lepas Maghrib....

"Emak nak pergi mana?" Aku nampak Emak tengah bersiap pakai tudung.

"Nak gi Yassin kat bawah. Dah lama tak pergi".

Terbeliak biji mata aku. Emak memang dah lama gila kot tak pergi Yassin kat bawah blok. Sebab masalah kaki yang aku cerita awal tadi tu. Susah nak duduk bersila bila dah ramai-ramai. Nak bangun kang kena berpapah bagai. 

"Larat ke? Pagi tadi Mak gi pasar. Pastu masak Soto. Ni nak gi Yassin plak?"

Sebab apa aku tanya macam tu? Sebab normally, hari Ahad Emak confirm atas katil lepas balik pasar. Kepenatan sangat kadang-kadang sampai nak demam. Tapi harini....

"Ha'ah, badan rasa ringan sket Yang. Kaki pon tak berat. Bisa badan pon kurang".

Ya Allah. Syukur sangat di atas rahmatMu!

P/S : Emak masih teruskan pengambilan Omega dan Ostematrix.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, July 12, 2012

Testimonial #6 : S & A Bersama Lecithin, Alfalfa & Herb-Lax

Terasa lama gila tak update blog. Rutin harian makin menggegar-gegar. HAHAHA. Tapi walau apa pon, aku gembira dengan kehidupan aku kini. Punya kerja hakiki yang senang, lapang dan rakan sekerja yang baik-baik belaka. Serta kerja sampingan yang makin hari makin menyeronokkan. Syukur pada Allah yang kurniakan masa gembira ini. Alhamdulillah.

Oh ya. Harini aku nak kongsi 3 testimoni dari tiga orang customer yang berbeza. Jom baca!

S consume Lecithin dan Herb-Lax

S ni antara rakan baik aku. So masa dia minta advice apa yang bagus untuk atasi masalah berat badan, aku cadangkan Lecithin dan Herb-Lax. Seminggu pertama, dia makan Herb-Lax je dulu tanpa Lecithin. Sebab plan nak detoks all toksin first. Bila dah rasa badan ringan dan mudah bangun pagi, baru dia start Lecithin. Alhamdulillah, kedua-dua produk sangat berhasil untuk beliau. Masuk bulan kedua ni, dia dah repeat order Lecithin dan tambahan ESP. Persiapan bulan puasa katanya. :)


A consume Lecithin dan Alfalfa

A baru consume Lecithin dan Alfalfa start 6 Julai 2012. Masuk hari ini baru 6 hari kan? Tapi pagi tadi dah dapat PM beliau kat FB. The message really-really make my day. Cepat betul nampak kesan Lecithin pada badan beliau. Mungkin berkat jaga pemakanan dan bersenam jugak. Insya-Allah.

Ada lagi seorang rakan sekerja pangkat adik consume Lecithin sahaja last month. Bulan ini sudah repeat order lagi sebotol Lecithin. So kami pon berbual-bual selepas 3 minggu beliau consume. 

"Saya perasan perut saya tak naik dah Kak. Saya makan banyak gila kotttt. Asyik makan tak henti-henti. Lepas makan, saya ambil Lecithin. Pastu confirm saya akan pergi membuang. Rasa mudah pulak nak membuang sekarang. Bangun pagi pon ringan je badan."

Alhamdulillah, semuanya menunjukkan hasil yang baik. Syukur sangat-sangat.

Anda nak rasakan hasil yang sama? PM lah cepat! :))

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, July 9, 2012

Jalan Hidup? Kita Yang Tentukan!

Sesi coaching with Master Cery dan warga JB.
7 Julai 2012 - Sabtu.

Sebelum menceburkan diri dalam bisnes Shaklee, I don't have any idea 'apa itu bisnes?'. Aku selalu fikir yang bisnes kena simpan stok banyak kat rumah. Bila orang order, kita kena pergi bungkus dan pos. Pastu kena follow up barang dengan courier. Follow up customer. Iklan barang kasi mantap. Tak ada time untuk diri sendiri dan keluarga. Busy like a bee. Boring, bosan dan bla bla bla.

Yeahh. Tak cuba, tak tahu. Tak kenal maka tak cinta. :)

Dengan niat utama nak tambah side income, ianya menjadi sebuah kegilaan yang serius. Aku cintakan Shaklee sama seperti aku cintakan breastfeeding. Dua perkara ini sangat bermakna dalam hidup aku. Ianya bagaikan satu penjenamaan Aishah Rahim. Aishah Rahim? Ohh, yang tulis blog pasal breastfeeding tu ye? Yang jual Shaklee? HAHAHAHAHA. Lepas ni kena tukar nama profile kat FB, 'Aishah Rahim BF Shaklee'. :P

Guess what? Aku cintakan hidup aku sekarang! :))

Alhamdulillah, baru 2 bulan join Shaklee, pendapatan dah mula growing hari demi hari. Syukur kerana Allah bukakan hati aku untuk terima pelawaan Kak Beeha dulu. Sekarang, tiada lagi masalah remeh temeh melibatkan wang. Tak. Aku bukan nak riak atau menunjuk. Ini adalah perkongsian dari hati aku. Selagi boleh, aku nak share apa yang baik. Supaya dapat manfaat untuk orang lain.

Persepsi aku terhadap bisnes - simpan stok - pergi pos - follow up courier - follow up customer - boring dan bosan - telah berubah sama sekali. Dengan Shaklee, segala urusan sangat mudah. Nak order? Pergi email. Nak pos ke customer? Shaklee tolong poskan. Boring nak follow up customer? NO, this is one thing yang aku betul-betul happy nak buat sekarang. Berbual, bertanya khabar, mendengar berita gembira dari customer, membuatkan semangat aku berkobar-kobar nak bantu lagi ramai orang!

Aku tak tahu kenapa aku naik syok bila orang email atau SMS bertanya soal breastfeeding dan Shaklee. Aku happy nak share. Aku seronok nak cerita. Orang bertanya, aku jawab selagi aku tahu. Orang tanya produk, aku jawab dengan happy. Orang tak beli? Tak apa. Aku tetap happy. Sebab apa? Sebab aku suka, cinta dan gembira dengan apa yang aku sharing. Aku sanggup menaip email panjang lebar. Aku rela balas SMS sampai 4-5 msg panjangnya. Aku sedar, this is my passion - breastfeeding dan bisnes Shaklee.

Oh Ya Allah. Kekalkan kebahagiaan ini dalam jiwaku.

P/S : Korang pon jatuh cinta dengan Shaklee? Nak jadi ahli dan mulakan bisnes? Tapi tak tahu arah tuju? Email aku di shara85_jb[at]yahoo[dot]com dan aku akan terangkan prosedur. Insya-Allah, support group kami akan membantu dan memberikan guideline bisnes yang jelas. 



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, July 5, 2012

Soalan Serius #1 : Makin Lama Makin Sikit?

Hari pertama aku hantar susu ke rumah BS ialah (4 botol x 3.5oz) + (2 botol frozen x 2.5oz) = 19oz. Masa tu gamble je hantar sebab aku tak pernah consistently test Najah minum botol sepanjang berpantang. Balik kerja petang tu, aku tengok ada balance lagi 1 botol. Maka tahulah aku bahawa Najah hanya consume (3 botol x 3.5oz) + (2 botol frozen x 2.5oz) = 15.5oz  sahaja waktu itu.

Few months later, makcik BS cakap yang Najah minum banyak waktu pagi. Normally yang botol nombor 1 mesti tak cukup. So keesokan harinya, botol nombor 1 aku letak 4oz. Botol lain semua masih maintain 2.5oz - 3.5oz. Lama jugak statik dengan jumlah 16oz sehari. Masa ni maintain cukup supply je setiap hari. Takde rushing-rushing dan risau tak cukup stok bagai. #AyatBerlagak

Kusangkakan panas hingga ke petang. Rupanya guruh dah kasi signal. Hujan bakal turun.

Masa umur Najah masuk 5 bulan, jumlah minum sehari berubah mendadak. Dengan waktu ini aku sekeluarga hidup macam orang nomat berpindah randah sebab Wahid kerja shif. So tak sempat nak amik stok frozen kat rumah Larkin. Terpaksalah aku berkejar mengejar demand Najah yang minum 20oz sehari (5 botol x 4oz). Memang waktu ni merasalah pam harini untuk bekal esok. Punyalah pemalas nak amik stok frozen. Padahal kalau amik takdelah kelam kabut sangat.

Tapi syukur jugak Alhamdulillah. Walau bekejar, masih mampu penuhi demand Najah.

Masuk umur 6 bulan, aku dah mula kasi makan. 2 mangkuk bubur setiap hari. So aku kurangkan jumlah susu jadi 4 botol x 4oz = 16oz. Legalah sikit sebab demand dah kurang, aku boleh pam sambil lewa macam dulu. Eh? Tak. Tak. Maksud aku, takdelah aku bekejar nak kasi 20oz sehari.

Sekali semalam, pulang dari kantor, aku terus amik Najah macam biasa. Makcik BS cakap, esok bekal susu 3 botol je. Najah tak minum sangat. Kenyang makan dan banyak main. Dalam hati aku ada dua perasaan. Satu, lega sebab tak perlu kejar demand besar. Lagi satu pelik sebab cukup ke 12oz sahaja sehari?

Mommies out there, memang anak kita, makin besar makin sikit ke jumlah minumnya?

Yang benar,
Ibu Buntu. :P


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, July 3, 2012

PROMO BULAN JULAI : VITAMIN C.

Vitamin C from Shaklee.


Yes. Bulan ini punya promo ialah Vitamin C. Supplement yang sering ada dalam kebanyakkan set. Dalam Set Breastfeeding dia ada. Dalam Set Berpantang pon dia ada. Dalam Set Mengandung pon ada jugak? Eh, dalam Set Skin Care pon ada? WOW! Serius punya bagus Vitamin C ni kan?

So so so. Apa bagusnya Vitamin C dari Shaklee ni uolss?


  • Shaklee Sustained Release Vita-C 500mg was the first sustained-release Vitamin C supplement to use all-natural plant gums and waxes to release pure, protection Vitamin C gently and continuously. It's made from all natural Vitamin C sources (citrus fruits). Vitamin C membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan, kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan, membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi, membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka, membina kalogen untuk kulit yang sihat, bertindak melindungi sel dlm serangan antioksidan, meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.

  • Vitamin C atau Asid Askorbik amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?

  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses-metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.

  • Detoksifikasi Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan Vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.



  • Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need Vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan Vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

  • Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan Vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan Vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil Vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

  • Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.
Sumber dari blog Master Cery. :)

So apa tunggu lagi? Ingin dapatkan Vitamin C sekarang? :))

1. PM Facebook : Aishah Rahim
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E 
P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015