Monday, October 29, 2012

Najah Tersalah Urat.

Baru-baru ni Najah demam. Demam yang maha cranky taktau nak kata camne dah. Sebelum ni pernah gak lah dia demam. Macam 1-2 hari je gitu. Cepat je baik lepas aku telan Vitamin C Shaklee dua biji. Tapi kali ni memang rasa kesian sangat. Melepek je takmau gerak. Kalau kita dukung pon, dia nangis. Tidur sekejap-sekejap. Hati aku memang dah risau dah. Nasib baik kebetulan Wahid amik cuti panjang kononnya nak habiskan cuti tahunan. So, banyaklah time nak monitor suhu badan etc.

Hari ketiga demam tu, hari Isnin. Aku memang tak sampai hati nak hantar dia pi rumah BS sebab dengan keadaan dia asyik merengek, takut BS tak tahan plak. Aku pon amik emergency leave dan terus bawak Najah pi klinik luar. Doktor check, then dia kata tekak Najah bengkak. Doktor kasi antibiotik dan ubat demam. Balik rumah tu aku terus bagi dua-dua ubat tu. A few hours, suhu badan dia turun lah. Pastu panas balik. Pelik sangat dah masa ni. Risau je kenapa demam tak baik-baik. Fikiran dah memikir macam-macam.

Keesokkan harinya, aku terpaksa amik emergency leave lagi sebab suhu badan Najah masih panas. Risaunya rasa hati sebab dia memang tak pernah melepek camtu sekali. Memang sedih okay. Seorang budak yang lincah merayau sana sini pastu kena demam dan melepek takmau bergerak camni, hati emak mana yang tak risau kan? Kebetulan, hari Selasa tu memang Najah ada check up untuk 10 bulan. So kami pon bawak dia gi check up dan bagitau dia demam dah 5 hari. Nurse yang bertugas suruh refer doktor. Seperti biasa kalau dah sampai klinik, of coz lah kena amik darah sebab doktor takut suspek denggi. Haih lah. Bertambah kesian kat budak tu pasal urat dia jenis cam aku dan Nashriq. Payah nak nampak. Sakit wooo kena cucuk jarum berkali-kali. Mula-mula kat tangan. Last sekali kat kaki baru dapat. :(

Lepas result darah keluar semua, tak ada apa-apa yang bahaya pon doktor kata. Check tekak lagi, yes bengkak katanya. Dia tanya ubat yang kat klinik luar aku amik tu dan dia suruh continue je (???). Berejam aku tunggu turn, dia suruh kami continue ubat je? Hahaha rasa nak megamuk pon iye. Tapi takpelah, maybe dia sayang ubat kat klinik kerajaan dia tu. Kihkihkih.

Balik rumah Emak tu, Emak kata Najah ni cam lain macam je. Pergilah bawak urut-urut ke sebab takut dia tersalah urat macam kes Nashriq dulu. Plus, manalah tahu kalau dia 'ditegur' ke, so boleh mintak makcik tukang urut tu tengok-tengok kan. Mula-mula tu berat hati jugak nak pergi sebab macam tak berapa percaya. Tapi aku dah tak tahan sangat Najah punya cranky tu. Letak menangis, dukung pon mennagis. So camne kan? Terpaksalah jugak ikhtiar pergi rumah makcik tukang urut tu.

Sampai aje kat rumah makcik tukang urut tu, makcik tu dah cakap, "Ni budak ni memang sakit ni". Dia baringkan Najah yang dah sedia bukak baju tu, pastu urut kaki kiri Najah. Masa ni dia dah start nangis tapi tak kuat. Lebih kepada nangis takutkan makcik tu. Hehehe. Bila makcik tu pegang je kaki belah kanan, terus Najah meraung mintak lepas. Baikkk punya meraung!! Kata makcik tu, peha kanan dia tu terseliuh urat. Sebab tu dia diam tak kebah-kebah. Demam urat kata makcik tu.

Balik je dari rumah makcik tu, straight away dia tidur sepanjang perjalanan tak bangun-bangun. Pastu, dah sampai rumah pon sambung tidur terus sampai ke pagi. Fuhhh, memang lega sangat dia dah tak cranky dah. Agaknya dah berapa hari peha dia tu sakit, tidur pon tak lena, sekali bila dah urut, lega terus lena je tidur.


Najah selalu nak skodeng video yang Bayong tengok.


Tapi Bayong ni lokek sikit. Takmau kongsi ngan Najah.

Kata suami : Bila ada anak dua ni, macam-macam ragam dah hadapi. Nashriq kalau sakit macam ni. Najah pulak ha macam ni. Esok ada anak nombor 3, macam mana pulak ragamnya....

Amboi. Seram aku dengar!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, October 19, 2012

Retro Huh?

Tempat kerja suami buat dinner hari Ahad ni nanti. Tema yang dipilih adalah;

RETRO. Yes. RETRO.

Aku tak dapat imagine pon aku akan pakai baju apa. Anak-anak lagi? Takkanlah suami nak pakai track bottom ala-ala 60-an gitu kan. Hahahaha. I can't accept this. Kepala otak aku tak boleh hadam. Aku dahlah memang bangsa tak reti ber-fashion. Aku siap cakap kat Wahid, paling koman, aku sauk je pakai Baju Kurung polkadot yang aku ada. Aku dah ada anak dua kot. Hahaha. Takkan nak ber-gipsy bagai kan?

So kita tengoklah je lah aku pakai apa nanti. Aku ingat malas je nak ikut tema. Buat kepala sendiri. Hahaha. Aku kan asal boleh je orangnya. Lalalalala~ :p


Cucuk langit habis!

P/S : Taip entry sambil dengar lagu Bayangan Tarimu by Carefree. Hehehe.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, October 16, 2012

I Miss My Baby Nashriq.

Rindunya pada Nashriq yang baby. Nashriq yang tak tahu apa-apa. Nashriq yang hanya tahu nangis nak susu, senyap bila kenyang. Nashriq yang menangis bila pampers penuh, pastu bila dah cuci terus lena tidur. Ahhh, makin di tengok gambar kat bawah ni, makin rindu sangat rasanya. Aku rindukan Nashriq yang baby.


Cuba tengok gambar yang keempat tu,
nampak fragile sangat kan? :)

Bermulalah fasa kami suami isteri membesarkan anak. Doa kami siang malam tak banyak, cukuplah Nashriq jadi anak yang Soleh, hormat orang tua, baik budi bahasa, lembut tutur kata, anak cerdik dan pintar. Iye, skrip inilah yang selalu meluncur tiap kali aku berdoa. Tak cukup dengan doa, sebelum tidur, masa sesi baca doa tidur tu, aku cakap jugak benda yang sama kat Nashriq. Aku beritahu dia harapan aku. Aku nak dia tahu yang aku nak dia membesar jadi yang bagaimana.


Wajah-wajah innocent. :)

Aku rindu mandikan dia dalam besin mandi baby tu. Bila dia splash splash kaki tangan dia, habis baju aku semua basah. Aku rindu masa dia duduk diam je dalam stroller tak perlu nak mengejar dia macam sekarang. Hahaha loteh Emak ekau ni nak mengejar nak oi.


Bila dah start pandai itu ini. :))

Semakin membesar, semakin lasak. Semakin banyak cakap dan tantrum. Kuat jugak mengamuk kalau tak dapat barang yang dia nak. Bila dapat member (Najah), makin menjadi-jadi 'teamwork' mereka mengenakan Ayah dan Mama. Kalau tak si Abang sakat adik. Adik pulak yang akan lepuk Abang. Begitulah setiap hari. Rumah senyap sunyi bila dua-dua dah tidur je. Waktu lain memang riuh rendah. :)

Tapi satu yang aku nampak pada Nashriq. Dia memang sukakan 'keagamaan'. Maksud aku, benda-benda macam Solat, mengaji, zikir dan istighfar kat Astro Oasis, Azan dan banyak lagi benda yang sedikit demi sedikit terserlah. Baru-baru ni, kami suami isteri macam nak nangis bila dia minta nak "Ayam" (sembahyang). Pakaikan dia songkok, dia tarik sejadah Ayah terus "Awwah Akbar". Terkedu kejap kami. Kembang rasa hati. Macam dah besar sangat budak yang aku rindu waktu bayinya. Serius. Terasa cepat sangat waktu berlalu.


Jadi anak Soleh, nak ye?

I was crying while captured this photo. Suami duduk tepi Nashriq sambil ajar baca Iftitah, ruku' dan sujud semua tu. Lepas aje selesai 'kelas' Solat bersama Ayah, aku peluk Nashriq dan cakap; "Mama bangga dengan anak Mama. Esok kalau Mama dah tak ada, Nashriq doakan Mama ye sayang?". Pastu dia pon mengangguk macam faham. Hahahaha.

Alhamdulillah, 2 tahun 1 bulan ini, penuh sangat dengan rahmat-Mu, Ya Allah.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, October 15, 2012

Khas Buat Emak.

Aku sebenarnya tak berniat nak update blog harini. Tapi tadi, bila baca sharing dari seorang kakak kat group exclusive Shaklee kami, aku terpanggil nak berikan luahan hati. 




Aku sebenarnya memang anak Emak yang manja. Apa sahaja yang melibatkan Emak, aku akan cepat sayu hati. Perangai aku memang banyak sangat ikut Emak. Hati tisu jenis banjir punya. Bukanlah aku tak pernah bergaduh atau berkecil hati sesama sendiri. Tapi akan secepat mungkin aku pergi minta maaf dan menangis-nangislah kami di situ dua beranak. Suami masa mula-mula kahwin, memang bingung habis tengok drama swasta kami. Tapi sekarang dah biasa. Hehehe.

Aku sayangkan Emak macam nyawa aku sendiri. Seluruh jiwa aku untuk Emak. Kalau boleh, apa yang aku ada, semua nak kasi Emak. Emak pon macam tu, aku tahu. Emak tak kisah pon menjaga cucu-cucu (walau ada orang kata usia macam Emak tu sepatutnya kami adik beradik tak boleh nak susahkan lagi), memasak untuk kami balik kerja (nampak macam menyusahkan Emak tapi memang Emak suka masak untuk kami adik beradik) dan memanjakan kami walau kami dah besar panjang beranak pinak.

Bila sesekali Emak di duga Allah dengan sakit, kami adik beradik memang panik habis. Bergilir-gilir amik cuti jaga Emak kat rumah. 2 hari orang ini, 2 hari orang itu, kang lagi 2 hari orang ni pulak. Sampailah Emak sihat betul. Contohnya macam baru-baru ni Emak tak sihat badan sebab tersilap makan, sampai seminggu jugak kami adik beradik take turn jaga Emak. Sampai Emak sihat dan kata dia ok, baru kami naik kerja masing-masing.

Start dari Emak tak sihat badan tu, aku terfikir untuk beri Emak 'sesuatu'. Aku tahu yang aku tak boleh 'beli' kesihatan. Itu semua kerja Allah. Tapi aku boleh usaha. Aku mahukan yang terbaik untuk Emak. Aku mahu dia sihat dan punya tenaga. Kesian bila tengok orang tua tak sihat kan? Cuaca tak menentu, badan tak tentu arah. Imun sistem dah tak kuat. Bila kena demam sikit pon, boleh jatuh sakit teruk.

Sebelum ni aku pernah cerita pasal Emak, Ostematrix, Omega Guard & Advanced Joint Health Tablet (AJHT) kan? Aku fikir, ketiga vitamin tadi ni spesifik untuk masalah sendi-sendi dan tulang temulang. So apa yang patut aku tambah dalam diet harian Emak supaya boleh cover masalah imun sistem dia? Supaya masalah letih-letih dan cepat penat tu kurang sikit?

Yes, Emak perlukan multivitamin dan Vitamin C.

So sepanjang Emak demam tu, aku cuba kasi Emak makan aku punya Vitalea dan Vitamin C. Memang bagus. Nampak Emak bertenaga hari yang kedua makan tu. Barulah dia boleh bangun dari katil dan nak jugaklah duduk depan tengok TV. Kalau tak memang kesian tengok Emak demam tak bangun. Kita orang muda yang demam pon dah melepek, apa lagi orang yang dah berusia. Kan?

Bila Emak dah sihat sikit dan mula nak start hobi memasak dia, dia mengadu badan macam penat jeee. Aku terfikir, kan dah makan multivitamin dan vitamin C, sepatutnya dah cukup sangat untuk bekalan badan Emak. Tapi aku terlupa sel badan Emak tak sihat ni. Sel badan tak cukup makan. Sebab tu bila sel tak sihat, Emak pon jadi lemah badan jee. Puas aku fikir, sampailah aku tepuk dahi teringat; "ESP!"

Ya Allah! Macam mana boleh lupa pon tak tahu! Padahal bulan ni ada promosi ESP, aku boleh lupa nak kasi Emak try. Macam nak menangis bila fikir kebodohan aku sebagai seorang anak ni. Patutnya dari awal lagi aku dah boleh fikir. Baiki sel badan dulu dengan Protin. Lepas tu barulah vitamin-vitamin lain yang kita makan menyerap dengan optimum. Huhuhu, consult customer bukan main beria. Bilal bab Emak sendiri macam apa je memikir.

Aku terus bancuhkan Emak ESP dengan Milo. Buat segelas suam-suam. Kasi Emak minum dan aku pon sambung kerja aku balik. Dalam 1 jam gitu aku tengok Emak tengah siang ikan bilis kat dapur, aku pon tanya; "Ok sikit Mak badan?"

"Ok! Rasa segar sikit!", lega rasanya hati. 

"Nanti Ayang tinggalkan Ayang punya ESP tu kat sini. Mak minumlah. Nanti kalau dah habis, Ayang amik yang baru. Ubat yang coklat (Advanced Joint Health Tablet) ngan kalsium (Ostematrix) tu teruskan makan tau. Minum ESP tu lagi cepat vitamin menyerap".

Hahaha. Rasa kelakar kadang-kadang bila difikir balik. Dah macam Doktor dah aku. :)

Since Emak minum ESP, bila telefon Emak kat rumah waktu kerja, suara ceria je angkat telefon. Rasa lega sangat hati. Yes, feeling-nya bila dengar suara orang yang kita sayang sihat dan ceria. Bahagia sangat rasa. Aku berjanji yang aku akan buat terbaik demi kesihatan Emak, selagi mampu 

Aku perlukan lagi doa-doa dari Emak setiap hari untuk perjalanan hidup aku. 

Insya-Allah. :)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, October 10, 2012

Testimonial #11 : Aku Sendiri Bersama Vitamin E & ESP.

Aku tak tahu kalau ini masalah aku seorang. Tapi aku memang ada masalah dengan ber-make-up. Masa awal je muka aku nampak cantik (eh, cantik kewww?). Lepas 2-3 jam, muka aku akan jadi berminyak sampai boleh kaut kumpul buat goreng ikan (ini kawan-kawan aku lah yang kata). Haaa. Can you imagine betapa &^%#&-nya rupa aku?

Selain daripada itu, aku juga menghadapi masalah pori-pori besar kat muka. Bila aku make-up, memang akan nampak berlubang-lubang. Lebih hampeh bila saat berpeluh, pastu mulalah kerengsaan kulit berlaku. Gatal sana, gatal sini. Tangan pon menggatal nak garu. Hasilnya, bedak bercapuk-capuk. Memang 'cantik' sangat wa cakap lu! Hahahahaha.

Lagi satu masalah besar aku ialah black head kat hidung. Dah puaslah aku picit keluar pakai besi setiap minggu pastu semangat pakai Pore Pack. Makin banyak lagi ada. Memang tension tahap kelangit aku ni. *Buat muka Redha*


Ogos 2011 - belum consume Shaklee.
Masuk 2012 - Start supplement BF set + ESP + Ostematrix

Contoh muka tak semenggah, korang boleh tengok kat gambar atas ini. Gambar yang September 2011 paling ketara kan? Itu jumpa Kak Farah Farhan kat Mom & Baby Expo tahun lepas. Sempatlah menyembang tanya pasal BF banyak-banyak. Err, dan nampak kan muka aku berminyak? Itu sebab penat menawaf satu Expo lah tu. 

Masuk je tahun 2012, aku dah start dengan Shaklee. Consume BF Set pastu add on sikit-sikit mana yang mampu. Untuk permulaan, aku add on ESP dan Ostematrix je pon. Tapi kesannya memang ketara. Kulit muka mula jadi sekata. Warna kulit berubah sikit demi sikit. Dari hitam tak berapa nak manis (ehem!) menjadi hitam yang manis. Ewah ewah! :P


Semua gambar Oktober 2012

Gambar kedua ni, semua gambar terbaru. Memang sengaja nak camwhore macam budak sekolah. KAHKAHKAHKAH! Taklah, aku nak kongsi penemuan terbaru aku ni. Aku kan makan Vitamin E Shaklee jugak kan? Memang best. Tapi start Oktober haritu, aku try buat masker. Memang hasilnya marvelous wa cakap lu!

Aku tak perasan sendiri tau. Statement ini, adik-adik ipar pon cakap. Disokong sepenuhnya oleh Encik Suami. Dia kata mula licin nampak lain. Liang roma dan pori-pori yang sebelum ni terbuka luas dah tak nampak. Black head pon semakin hilang. Nak pergi kerja, tak payah pakai krim apa pon. Sapu bedak je boleh terus pakai tudung dan siap. Best sangat sangat!

Start Oktober ni, memang aku konsisten gila lah makan Vitamin asas + Vitamin E pastu minum ESP pagi malam. Memang aku nak tengok sendiri hasilnya macam mana. Sebab aku dah penat kot pakai krim (pemalas sebenarnya). Sebelum ni pakai Aura Maya, aku rajin basuh muka then pakai krim siang je (kalau sempat). Krim malam memang selalu skip. Lagi satu masalah ni berkait dengan cerita aku masa awal-awal tadi. Muka aku senang berminyak. Memang teruk rasanya berjalan dengan muka berminyak-minyak ni.

Dan sekarang, aku dah temui rahsia kulitku. Hahaha ayat tak menahan. But yes. Inilah rahsia kulitku. Tak pakai krim, tak pakai make-up. Just makan vitamin secara konsisten, makan vitamin E, buat masker jugak, then ESP paling penting sumber protin untuk baik pulih sel badan. Aku sangat percaya bila dalaman kita sihat, luaran kita pon automatik akan sihat. 

So kesimpulannya apa? Jaga kesihatan dalaman dulu! :)

I'm in love with Vitamin E Complex Shaklee. :)



Ini pon jatuh cinta jugak!
Love! Love! Love!

Eh, bercakap pasal ESP, korang tahu kan bulan Oktober ni harga ESP runtuh jatuh menjunam-junam. Kalau harga retail RM150, harga istimewa runtuh menjunam-junam tu memang rugi kalau tak grab! Serius ni weh aku cakap. Setahun tak sekali nak dapat harga ni. Terbeliak biji mata kalau tau harga runtuh! :))

PM aku untuk tahu lebih lanjut. Sumpah tak rugi! 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.



Pertanyaan lanjut?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, October 9, 2012

3 Tahun, Kenangan Itu Masih Segar.

Hari ini genap 3 tahun Nur Anis Nashrah meninggalkan kami. Tak sangka sudah 3 tahun. Sudah punya 2 pengganti Allah beri. Tapi masih jua rindu pada Nashrah seperti baru. Rasanya berdebar bila dikenangkan saat mula tahu anak di dalam rahim sudah tidak bernyawa. Bila pejam mata, terimbau semua satu persatu.

Ya. Serasa ingin dipeluk 'kenangan' itu. 

Aku baru sahaja baca perkongsian dari seorang teman yang juga kehilangan anaknya sewaktu kandungan berusia 4 bulan. Aku rasa, kisah beliau lebih menyayat hati. Nanti aku tanyakan sama ada boleh dikongsi sama kalian rakan pembaca atau tidak. Tapi serius, kisahnya buat aku semakin rindu pada Nashrah. Tangisan tak bisa buat hati kurang rasa rindu. Semakin membuak-buak seolah-olah hanya jeritan sahaja yang mampu mengeluarkan rasa itu.

Aku tahu. Mana mungkin aku menjerit pekik seperti dulu. Seperti waktu aku mula kehilangan Nashrah. Aku sepatutnya bersyukur kerana Allah telah memberikan aku ganti. Bukan satu. Tapi dua. Kegembiraan yang aku tak terfikirkan saat aku kehilangan Nashrah 3 tahun lepas.

Ya Tuhan, rindu sungguh aku ini.

"Nashrah, Mama love you so much sayang. Mama cakap ini setiap hari pada Nashriq dan Najah. Mama harap Nashrah dengar juga. Kalau mampu, mahu Mama sampaikan pelukan dan ciuman Mama untuk Nashrah bagi melepaskan rindu yang mendak dalam sini. Hanya kiriman doa buat Nashrah di sana, supaya Nashrah tak lupa Mama di sini".

"I love you, my little girl. I miss you so much".

Al-Fatihah, Nur Anis Nashrah.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, October 5, 2012

Wanita & Suntikan Rubella.

Sudah sekian lama, baru aku teringat balik kisah ini.

Ya, aku masih belum ambil suntikan Rubella ni lagi. Dah 3 kali bersalin pon masih belum ambil. Dulu aku pernah tanya nurse kat KK. Nurse kata, kalau nak ambil kena tunggu 3 bulan selepas bersalin dan make sure 3 bulan seterusnya pon tak boleh mengandung. 

Selepas bersalin Nashrah, memang tak sempat ambil sebab terus mengandung Nashriq. Selepas bersalin Nashriq, TERLUPA ambil sampailah mengandungkan Najah. Nampak tak kesambil-lewaan aku di situ? :P

So sekarang, sudah hampir 10 bulan selepas aku bersalinkan Najah. I think, I should take one.

Maklumat mengenai Rubella di sini dan juga sini. Sila baca.

Hati aku sekarang asyik dok fikir sama ada Rubella ni sangat perlu atau tidak? Sebab Alhamdulillah, setakat ini, anak-anak aku sihat, sempurna sifat dan tiada penyakit kronik. So, hati aku macam berbelah bagi untuk ambil. Sebab takut kalau ambil nanti, jadi terbalik. Eh entahlah. Fikiran aku ni memikir benda pelik-pelik pulak. Nauzubillah!

So kawan-kawan, can you guys share with me any info mengenai Rubella ni? Ada tak antara kalian yang pertama kali mengandung tanpa Rubella then lepas bersalin terus ambil dan kemudian macam mana dengan kandungan selepas ambil Rubella tu? 

Hahaha serius aku takut ni. Paranoid kan aku? 


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, October 3, 2012

Nashriq & Hantu.


Tajuk saje nak kasi gempak. Hahahaha. Well, inilah rupa beg duit aku. Belah bawah tu ada lagi satu frame aku letak gambar Arwah Abah dan Emak. Sajelah nak buat tatap hilang rindu. Hehehe. Tapi empat gambar ni ada cerita. Siapa lagi kalau bukan Nashriq punya cerita.

Mama : Nashriq ni siapa? (tunjuk gambar Ayah)

Nashriq : Ayah!

Mama : Yang ni? (tunjuk gambar Mama)

Nashriq : Mama lah!

Mama : Hehehehe. Yang ni? Yang ni? (tunjuk gambar Najah pulak)

Nashriq : Ajahh!

Mama : Good boy! Yang ni siapa sayang? (tunjuk gambar dia)

Nashriq : HANTU. (pastu dok sendih-sengih)

KAHKAHKAHKAH! Berdekah-dekah aku ketawa. Tapi Nashriq ni memang kelakar pon orangnya. Dia suka entertain orang. Kalau orang datang rumah, mula-mula je dia ambil masa sikit nak berkawan. Lama-lama, dia akan layan berbual, ajak main kat playroom, bagi makan, bagi minum. Haaa memang super peramah habis!

Haritu masa pergi bercuti kat Port Dickson reunion kawan-kawan sekolah aku pon, dia tak kisah entertain orang. Bukak lagu Gangnam Style, dia boleh joget baikk punya. Hahaha. Kadang-kadang terasa macam anak aku ni badut pon iye jugak. Eh bukan maksud aku tak bagus. Baguslah kan sebab dia tahu macam mana nak gembirakan orang lain.

Kalau kat rumah tu, Najah nangis pon, dia yang akan tenangkan Najah kalau Mama dan Ayah entah ke mana-mana. "Ajah jangan nangis Ajah. Ajah diam. Diam". Pastu cium-cium dahi adik dia. Amazingly, Najah pon akan senyap dan ketawa-ketawa geli hati tengok Abang dia. Haaa, itu namanya 'The Power of Bayong'! :)

Sometimes, aku rasa Nashriq ni lahir untuk 'jahit' hati aku yang 'koyak'. Dia penghibur aku. Sangat manja. Penyayang. Mata dia yang redup tu, selalu buat aku jatuh kasih. Kalau tengah marah dia sebab buat 'kebinasaan' pon, confirm tak lama. Sebab dia akan datang minta salam (minta maaf sebenarnya). Hahahaha.

Sekejapan dah dua tahun dah umur anak bujang aku ni. Lagi 3 tahun nak masuk sekolah. Ya Allah, terasa cepatnya masa berlalu. Tak boleh lupa macam mana kecilnya dia sewaktu baru keluar dari perut dulu. Ye. Masa berlalu, berlari dan beterbangan....


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Testimonial #10 : Mira & Set Breastfeeding + ESP.

Testimonial dari pelanggan Shaklee
di Group Facebook Ekslusif kami. :)

Alhamdulillah, semakin ramai yang yakin dengan Shaklee. Setiap hari, ada sahaja yang bertanyakan mengenai Shaklee. Lebih-lebih lagi set menyusu yang memang terbukti berkesan bagi mengatasi masalah-masalah ibu-ibu menyusu. Aku ni ha tak menang tangan jawab pertanyaan. Tapi tak apa, aku seronok je sebab dapat kongsi ilmu dan pengalaman. :)

Cuba baca testimonial kat atas tu ha, banyak faedah-faedah lain yang testimonial di atas kongsikan. Set Breastfeeding + ESP juga berkesan mengatasi masalah Eczema, mengatasi masalah rambut gugur, kulit rasa lembut dan tegang, mengatasi masalah senggugut, kulit muka sentiasa lembab dan tidak berminyak lagi serta yang paling utama, hasil perahan susu semakin bertambah. Best kan?

Kawan ni pon ada kongsikan tips sebelum mengepam tau.

Letakkan tangan ke dua-dua belah breast sambil membaca Surat Al-Kauthar 3 kali. Kemudian, niat di dalam hati "Ya Allah, limpahkan rezeki buat anakku, lancarkan susu ku keluar, dan kau berkatilah ia. Hanya padaMU aku berserah kerana KAU maha berkuasa atas segalanya. Amin", kemudian mula mengepam.

Sangat bagus kan tips yang dia bagi tu? Aku pon nak mula buat mulai harini. :)

So kepada korang yang nak cuba Set Breastfeeding + ESP juga, jom PM aku. Tak ada budget? Shaklee mahal? Insya-Allah boleh kasi adjust. Selagi boleh bantu, aku bantu ye? 

1. PM Facebook : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E 
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, October 2, 2012

Suami Belikan Isteri Set Menyusu Shaklee?

Jawapan aku : JANGAN TAK PERCAYA TAU! :)

Hari Sabtu yang lepas, aku keluar empat beranak naik kereta pusing-pusing bandar JB. On the way nak balik tu, tengok handphone ada 3 missed call. Oh, tak dengar agaknya. Apa yang penting sangat sampai 3 kali orang ni call aku? Tak apa lah, tunggu dia call balik sebab time tu tengah family time. Aku memang jarang angkat call kalau hujung minggu. Sebab bagi aku, masa inilah aku nak luangkan sehabis masa dengan keluarga.

Tiba-tiba, telefon berbunyi lagi sekali. Aku pandang Wahid. Bila dia bagi green light, aku pon angkat call tadi. Hahaha. Nak buat apa sekarang ni kena make sure suami redha. Kalau tak, tak berkat. Echeh wah. Bukan main pandai lagi kau sekarang ye Aishah? :P

"Hello Puan Aishah. saya Khairul, nak tanya pasal set breastfeeding tu lah"

Terkedu mak nok. Sepanjang aku buat bisnes Shaklee ni, belum pernah aku deal dengan lelaki kot. Inilah first time aku nak kena menerangkan satu persatu pasal Shaklee dan breastfeeding kepada seorang lelaki.

"Saya nak belikan isteri saya lah. Boleh awak terangkan tak?"

Ya Allah, rasa syahdunya bila berdepan dengan seorang suami yang sanggup mencari alternatif nak bantu isterinya. Dalam kepala aku cuma satu, si suami ni memang mahukan yang terbaik untuk anak isterinya. Kalau tak, takkan sampai sanggup bertanya itu ini.

Aku pon menerangkan satu persatu mengenai vitamin-vitamin yang aku cadangkan.

"Boleh. Saya selalu cadangkan kalau ibu menyusu tu tak ada masalah penghasilan susu, just ambik basic set sahaja. Dalam basic set tu ada Vitalea (multivitamin), Vitamin C, B Complex dan Alfalfa as milk booster. Tapi kalau si ibu ada masalah kemerunduman susu, then go for basic set add on ESP dan Ostematrix (kalsium). Ianya akan bantu enrich susu jadi pekat, kekuningan dan anak minum pon kenyang. Di samping tu jugak, si ibu akan jadi lebih bertenaga dan kurang penat".

Terang aku panjang lebar.

"Okeh, saya call awak semula lagi 10 minit", kata Encik Khairul.

Letak je telefon, Wahid tanya, "Lelaki ke?"

Aku angguk. "Bagus kan? Ni suami dia tengah carikan supplement untuk isteri dia nak menyusu".

"Bagus betul. Murah rezeki dia", sambung Wahid.

Lepas 10 minit, Encik Khairul tu call balik dan confirm order untuk beli basic set add on ESP dan Ostematrix. Memang tak sangka. Nampak betul kesungguhan dia mahukan yang terbaik untuk anak isteri tu. Eh, aku cakap macam ni bukan bermaksud suami yang tak belikan Shaklee tu tak mahukan yang terbaik untuk keluarga. Ni aku cerita je pon. Suami aku pon tak belikan aku Shaklee dulu. Hehehehe.

Terbaik Dari Ladang!
Eh, macam nama blog shop je kan?

So kepada korang-korang (suami ke isteri ke), kalau sedang mencari supplement untuk menyusu atau lain-lain, bolehlah hubungi aku untuk mengetahui lebih lanjut. Jangan risau, aku bagi consultations baik punya! :)

1. PM Facebook : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E 
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, October 1, 2012

Kaedah Perancang Keluarga.

Maaflah sebab harini entry keluar meluncur laju sampai 3 kali. :)

Well, selepas aje bersalin Anis Najah, aku telah bertekad untuk makan pil perancang as my family planning. Bila checkup Najah sebulan kat KK, nurse terus bagi pil Noriday dan tekunlah aku makan setiap malam. Tapi aku tak 100% bersandar pada pil Noriday tu aje. Dalam masa yang sama, aku guna juga kaedah kaedah natural yang difikirkan sesuai. Sehinggalah sekarang, Noriday menjadi teman aku kalau nak pi mana-mana. Kalau tak bawak atau tertinggal, memang tak senang duduk aku dibuatnya.

Nak dijadikan cerita, masa umur Najah 6 bulan, aku telah tertinggal beg ubat aku kat tempat kerja. Can you imagine macam mana aku kat rumah tak senang duduk? Sebab aku pernah dengar member aku cerita, Noriday ni kalau kita miss makan sehari je, confirm akan 'lekat' punya. So aku dah macam Ayam Berak Kapur (sila buka buku peribahasa kalau tak faham) kat rumah. Ke hulu ke hilir mengenang beg ubat itu.

As I know, makan pil Noriday memang tak akan period. Plus, aku kan exclusive breastfeeding, so tak adalah period selama 6 bulan itu. Sekali tiba-tiba bila aku tak makan malam tu, esoknya aku period. Aku dah cuak gila kot. Pergilah mengadu domba kat kawan-kawan yang boleh jadi tempat mengadu (cc Mishawads & Hannah Johary). Tapi diorang kata takkanlah pregnant sebab aku period kot. Telur dah pecah dan keluar. Eh, aku fikir betul jugak. Takkan boleh pregnant sedangkan aku period kan? Hahahaha silly me!

Since then, period aku memang akan datang setiap bulan. Tapi cycle nya tak tetap. Memang bikin hati panas lah kalau dah lewat pastu aku pon cuak pasal fikir adakah Najah akan beradik. Huhuhuhu. Itu yang bad mood sampai semua orang pon kena smash dengan aku. 

Sampailah baru-baru ini, aku dah terlewat period 45 hari kot. Memang bengang gila kepala aku. Perut tak berapa nak selesa, aku dah super cuak. Tapi aku maintain tenang lagi sebab knowing my body yang tiap kali pregnant wajib muntah, so aku takdelah risau sangat sebab aku takde feeling nak muntah pon masa tu. Aku ada cakap kat suami yang period dah lewat. Dia boleh tanya aku "Eh macam mana tu?" aje. 

Sebab itu bila aku tengah cuak menanti period then ada orang datang dengan soalan-soalan menambah anak memang aku rasa macam nak bertukar jadi Hulk. Itulah antara penyebab keluar entry ini pagi tadi.

Ok itu tak apa. Ke-cuak-kan aku dah tamat pon bila bendera merah dah naik. Memang lega habis-habisan. Aku bukan menolak rezeki seperti yang aku mention dalam entry pagi tadi tu. Tapi aku belum sedia dalam jangka masa yang rapat ini. Maybe, tunggulah lagi 3-4 tahun kot? Entah. Wallahualam. Aku pon tak berani nak sebut estimate. Sebab aku tahu dan percaya, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya kan?

Err, sebenarnya entry ni nak mintak korang share kaedah Perancang Keluarga yang korang amalkan. Sebab aku rasa, Noriday ni menjadikan hormon aku tak stabil gila. Period jadi tak menentu sampai boleh buat aku bingit. Hehehe. So boleh tak korang share korang makan apa? Pil apa? Injection ke? Implan ke? Kesannya macam mana? Keberhasilannya ok tak? Please share ye? I really want to know. :)

Thanks kawan-kawan! :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

PROMOSI OKTOBER - ESP!

YAHOOOOOOO!!

Berdegup jantungku bila dapat tahu promosi Shaklee bulan ini ialah ESP. Bukan apa, ESP ni sangat best tahu? Sudahlah rasanya sedap, berkhasiat, sumber protin yang direct, pastu dapat faedah lain seperti mencantikkan kulit, menggebukan kulit, menganjalkan kulit, melicinkan kulit, meng-sekatakan kulit. Haaaa siapa tak mahu memang rugi wooooo. Ramai dah yang jatuh hati dengan ESP ni! :)


♥ Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni perlu termasuk 9 Asid Amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia.

♥ Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

♥ Isofalvones pula meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Kajian juga menunjukkan soya dapat membantu mengimbangi kitaran hormon semasa proses menopaus.

♥ Energizing Soy Protein ini dihasilkan dibawah kawalan IPP (Identity Preservation Program) bermakna penghasilan kacang soya ini dipantau ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones.

♥ Dijamin Halal. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.

Ya Allah! Memang super best sangat ESP ni. Kalau tak caya, cuba tengok pada kebanyakkan set-set yang Shaklee ada, semua mesti include ESP ni ha. Itu maksudnya ESP memang dijamin sangat berkhasiat. Sesuai sangatlah untuk ibu-ibu mengandung, ibu-ibu menyusu dan orang-orang yang consume vitamin pon sesuai sangat amik ESP ni, sebab ianya membantu penyerapan vitamin secara optimum.

Secara asasnya, ESP ni sumber Protin. Protin ni kan makanan kepada sel-sel dalam badan kita. So bila sel-sel dalam badan 'cukup makan' dan sihat, so badan pon akan bekerja lebih baik. Kita pon akan jadi bertenaga. Tak ada lagi lemah longlai tak cukup tenaga. Hehehe.

So, kepada korang-korang yang berminat nak mencuba atau membeli ESP ni, mehlah PM aku. Bulan ni punya harga sangat menariks woooo. Rugi tak beli. Ngeh ngeh ngeh. :))

Hubungi aku menggunakan kaedah-kaedah kat bawah ni ye?

1. PM Facebook : Aishah Rahim / MyAishah Little Shoppe
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS / Whatsapp / Viber : 014-3580109
4. BBM : 2701848E 


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

10 Perkara.

10 perkara yang aku tak suka ORANG FIKIR tentang aku.

1. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

2. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

3. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

4. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

5. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

6. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

7. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

8. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

9. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

10. Paling TOP. Aku tak suka orang fikir aku PREGNANT lagi. Seriously tak suka. Kebelakangan ni, aku asyik dihujani pertanyaan / usikan yang sama. Aku tak suka tahu? Nak kata sampai tahap benci tu, tidaklah. Tapi serius memang aku tak suka. This is not about menolak rezeki or what. Tapi sebab aku tak sedia, anak-anak aku kecik lagi, then ekonomi keluarga pon tak berapa nak cantik. So, stop mengusik aku dengan soalan-soalan berbaur PREGNANT ini. Memang potong mood aku punya.

Sorrylah sebab pagi-pagi mood tak elok. Bendera merah sedang berkibar. Ergh!


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015