Aishah Rahim's Diary

Friday, October 19, 2012

Retro Huh?

Tempat kerja suami buat dinner hari Ahad ni nanti. Tema yang dipilih adalah;

RETRO. Yes. RETRO.

Aku tak dapat imagine pon aku akan pakai baju apa. Anak-anak lagi? Takkanlah suami nak pakai track bottom ala-ala 60-an gitu kan. Hahahaha. I can't accept this. Kepala otak aku tak boleh hadam. Aku dahlah memang bangsa tak reti ber-fashion. Aku siap cakap kat Wahid, paling koman, aku sauk je pakai Baju Kurung polkadot yang aku ada. Aku dah ada anak dua kot. Hahaha. Takkan nak ber-gipsy bagai kan?

So kita tengoklah je lah aku pakai apa nanti. Aku ingat malas je nak ikut tema. Buat kepala sendiri. Hahaha. Aku kan asal boleh je orangnya. Lalalalala~ :p


Cucuk langit habis!

P/S : Taip entry sambil dengar lagu Bayangan Tarimu by Carefree. Hehehe.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, October 16, 2012

I Miss My Baby Nashriq.

Rindunya pada Nashriq yang baby. Nashriq yang tak tahu apa-apa. Nashriq yang hanya tahu nangis nak susu, senyap bila kenyang. Nashriq yang menangis bila pampers penuh, pastu bila dah cuci terus lena tidur. Ahhh, makin di tengok gambar kat bawah ni, makin rindu sangat rasanya. Aku rindukan Nashriq yang baby.


Cuba tengok gambar yang keempat tu,
nampak fragile sangat kan? :)

Bermulalah fasa kami suami isteri membesarkan anak. Doa kami siang malam tak banyak, cukuplah Nashriq jadi anak yang Soleh, hormat orang tua, baik budi bahasa, lembut tutur kata, anak cerdik dan pintar. Iye, skrip inilah yang selalu meluncur tiap kali aku berdoa. Tak cukup dengan doa, sebelum tidur, masa sesi baca doa tidur tu, aku cakap jugak benda yang sama kat Nashriq. Aku beritahu dia harapan aku. Aku nak dia tahu yang aku nak dia membesar jadi yang bagaimana.


Wajah-wajah innocent. :)

Aku rindu mandikan dia dalam besin mandi baby tu. Bila dia splash splash kaki tangan dia, habis baju aku semua basah. Aku rindu masa dia duduk diam je dalam stroller tak perlu nak mengejar dia macam sekarang. Hahaha loteh Emak ekau ni nak mengejar nak oi.


Bila dah start pandai itu ini. :))

Semakin membesar, semakin lasak. Semakin banyak cakap dan tantrum. Kuat jugak mengamuk kalau tak dapat barang yang dia nak. Bila dapat member (Najah), makin menjadi-jadi 'teamwork' mereka mengenakan Ayah dan Mama. Kalau tak si Abang sakat adik. Adik pulak yang akan lepuk Abang. Begitulah setiap hari. Rumah senyap sunyi bila dua-dua dah tidur je. Waktu lain memang riuh rendah. :)

Tapi satu yang aku nampak pada Nashriq. Dia memang sukakan 'keagamaan'. Maksud aku, benda-benda macam Solat, mengaji, zikir dan istighfar kat Astro Oasis, Azan dan banyak lagi benda yang sedikit demi sedikit terserlah. Baru-baru ni, kami suami isteri macam nak nangis bila dia minta nak "Ayam" (sembahyang). Pakaikan dia songkok, dia tarik sejadah Ayah terus "Awwah Akbar". Terkedu kejap kami. Kembang rasa hati. Macam dah besar sangat budak yang aku rindu waktu bayinya. Serius. Terasa cepat sangat waktu berlalu.


Jadi anak Soleh, nak ye?

I was crying while captured this photo. Suami duduk tepi Nashriq sambil ajar baca Iftitah, ruku' dan sujud semua tu. Lepas aje selesai 'kelas' Solat bersama Ayah, aku peluk Nashriq dan cakap; "Mama bangga dengan anak Mama. Esok kalau Mama dah tak ada, Nashriq doakan Mama ye sayang?". Pastu dia pon mengangguk macam faham. Hahahaha.

Alhamdulillah, 2 tahun 1 bulan ini, penuh sangat dengan rahmat-Mu, Ya Allah.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, October 15, 2012

Khas Buat Emak.

Aku sebenarnya tak berniat nak update blog harini. Tapi tadi, bila baca sharing dari seorang kakak kat group exclusive Shaklee kami, aku terpanggil nak berikan luahan hati. 




Aku sebenarnya memang anak Emak yang manja. Apa sahaja yang melibatkan Emak, aku akan cepat sayu hati. Perangai aku memang banyak sangat ikut Emak. Hati tisu jenis banjir punya. Bukanlah aku tak pernah bergaduh atau berkecil hati sesama sendiri. Tapi akan secepat mungkin aku pergi minta maaf dan menangis-nangislah kami di situ dua beranak. Suami masa mula-mula kahwin, memang bingung habis tengok drama swasta kami. Tapi sekarang dah biasa. Hehehe.

Aku sayangkan Emak macam nyawa aku sendiri. Seluruh jiwa aku untuk Emak. Kalau boleh, apa yang aku ada, semua nak kasi Emak. Emak pon macam tu, aku tahu. Emak tak kisah pon menjaga cucu-cucu (walau ada orang kata usia macam Emak tu sepatutnya kami adik beradik tak boleh nak susahkan lagi), memasak untuk kami balik kerja (nampak macam menyusahkan Emak tapi memang Emak suka masak untuk kami adik beradik) dan memanjakan kami walau kami dah besar panjang beranak pinak.

Bila sesekali Emak di duga Allah dengan sakit, kami adik beradik memang panik habis. Bergilir-gilir amik cuti jaga Emak kat rumah. 2 hari orang ini, 2 hari orang itu, kang lagi 2 hari orang ni pulak. Sampailah Emak sihat betul. Contohnya macam baru-baru ni Emak tak sihat badan sebab tersilap makan, sampai seminggu jugak kami adik beradik take turn jaga Emak. Sampai Emak sihat dan kata dia ok, baru kami naik kerja masing-masing.

Start dari Emak tak sihat badan tu, aku terfikir untuk beri Emak 'sesuatu'. Aku tahu yang aku tak boleh 'beli' kesihatan. Itu semua kerja Allah. Tapi aku boleh usaha. Aku mahukan yang terbaik untuk Emak. Aku mahu dia sihat dan punya tenaga. Kesian bila tengok orang tua tak sihat kan? Cuaca tak menentu, badan tak tentu arah. Imun sistem dah tak kuat. Bila kena demam sikit pon, boleh jatuh sakit teruk.

Sebelum ni aku pernah cerita pasal Emak, Ostematrix, Omega Guard & Advanced Joint Health Tablet (AJHT) kan? Aku fikir, ketiga vitamin tadi ni spesifik untuk masalah sendi-sendi dan tulang temulang. So apa yang patut aku tambah dalam diet harian Emak supaya boleh cover masalah imun sistem dia? Supaya masalah letih-letih dan cepat penat tu kurang sikit?

Yes, Emak perlukan multivitamin dan Vitamin C.

So sepanjang Emak demam tu, aku cuba kasi Emak makan aku punya Vitalea dan Vitamin C. Memang bagus. Nampak Emak bertenaga hari yang kedua makan tu. Barulah dia boleh bangun dari katil dan nak jugaklah duduk depan tengok TV. Kalau tak memang kesian tengok Emak demam tak bangun. Kita orang muda yang demam pon dah melepek, apa lagi orang yang dah berusia. Kan?

Bila Emak dah sihat sikit dan mula nak start hobi memasak dia, dia mengadu badan macam penat jeee. Aku terfikir, kan dah makan multivitamin dan vitamin C, sepatutnya dah cukup sangat untuk bekalan badan Emak. Tapi aku terlupa sel badan Emak tak sihat ni. Sel badan tak cukup makan. Sebab tu bila sel tak sihat, Emak pon jadi lemah badan jee. Puas aku fikir, sampailah aku tepuk dahi teringat; "ESP!"

Ya Allah! Macam mana boleh lupa pon tak tahu! Padahal bulan ni ada promosi ESP, aku boleh lupa nak kasi Emak try. Macam nak menangis bila fikir kebodohan aku sebagai seorang anak ni. Patutnya dari awal lagi aku dah boleh fikir. Baiki sel badan dulu dengan Protin. Lepas tu barulah vitamin-vitamin lain yang kita makan menyerap dengan optimum. Huhuhu, consult customer bukan main beria. Bilal bab Emak sendiri macam apa je memikir.

Aku terus bancuhkan Emak ESP dengan Milo. Buat segelas suam-suam. Kasi Emak minum dan aku pon sambung kerja aku balik. Dalam 1 jam gitu aku tengok Emak tengah siang ikan bilis kat dapur, aku pon tanya; "Ok sikit Mak badan?". 

"Ok! Rasa segar sikit!", lega rasanya hati. 

"Nanti Ayang tinggalkan Ayang punya ESP tu kat sini. Mak minumlah. Nanti kalau dah habis, Ayang amik yang baru. Ubat yang coklat (Advanced Joint Health Tablet) ngan kalsium (Ostematrix) tu teruskan makan tau. Minum ESP tu lagi cepat vitamin menyerap".

Hahaha. Rasa kelakar kadang-kadang bila difikir balik. Dah macam Doktor dah aku. :)

Since Emak minum ESP, bila telefon Emak kat rumah waktu kerja, suara ceria je angkat telefon. Rasa lega sangat hati. Yes, feeling-nya bila dengar suara orang yang kita sayang sihat dan ceria. Bahagia sangat rasa. Aku berjanji yang aku akan buat terbaik demi kesihatan Emak, selagi mampu 

Aku perlukan lagi doa-doa dari Emak setiap hari untuk perjalanan hidup aku. 

Insya-Allah. :)


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.


Pertanyaan lanjut? Hubungi saya.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, October 10, 2012

Testimonial #11 : Aku Sendiri Bersama Vitamin E & ESP.

Aku tak tahu kalau ini masalah aku seorang. Tapi aku memang ada masalah dengan ber-make-up. Masa awal je muka aku nampak cantik (eh, cantik kewww?). Lepas 2-3 jam, muka aku akan jadi berminyak sampai boleh kaut kumpul buat goreng ikan (ini kawan-kawan aku lah yang kata). Haaa. Can you imagine betapa &^%#&-nya rupa aku?

Selain daripada itu, aku juga menghadapi masalah pori-pori besar kat muka. Bila aku make-up, memang akan nampak berlubang-lubang. Lebih hampeh bila saat berpeluh, pastu mulalah kerengsaan kulit berlaku. Gatal sana, gatal sini. Tangan pon menggatal nak garu. Hasilnya, bedak bercapuk-capuk. Memang 'cantik' sangat wa cakap lu! Hahahahaha.

Lagi satu masalah besar aku ialah black head kat hidung. Dah puaslah aku picit keluar pakai besi setiap minggu pastu semangat pakai Pore Pack. Makin banyak lagi ada. Memang tension tahap kelangit aku ni. *Buat muka Redha*


Ogos 2011 - belum consume Shaklee.
Masuk 2012 - Start supplement BF set + ESP + Ostematrix

Contoh muka tak semenggah, korang boleh tengok kat gambar atas ini. Gambar yang September 2011 paling ketara kan? Itu jumpa Kak Farah Farhan kat Mom & Baby Expo tahun lepas. Sempatlah menyembang tanya pasal BF banyak-banyak. Err, dan nampak kan muka aku berminyak? Itu sebab penat menawaf satu Expo lah tu. 

Masuk je tahun 2012, aku dah start dengan Shaklee. Consume BF Set pastu add on sikit-sikit mana yang mampu. Untuk permulaan, aku add on ESP dan Ostematrix je pon. Tapi kesannya memang ketara. Kulit muka mula jadi sekata. Warna kulit berubah sikit demi sikit. Dari hitam tak berapa nak manis (ehem!) menjadi hitam yang manis. Ewah ewah! :P


Semua gambar Oktober 2012

Gambar kedua ni, semua gambar terbaru. Memang sengaja nak camwhore macam budak sekolah. KAHKAHKAHKAH! Taklah, aku nak kongsi penemuan terbaru aku ni. Aku kan makan Vitamin E Shaklee jugak kan? Memang best. Tapi start Oktober haritu, aku try buat masker. Memang hasilnya marvelous wa cakap lu!

Aku tak perasan sendiri tau. Statement ini, adik-adik ipar pon cakap. Disokong sepenuhnya oleh Encik Suami. Dia kata mula licin nampak lain. Liang roma dan pori-pori yang sebelum ni terbuka luas dah tak nampak. Black head pon semakin hilang. Nak pergi kerja, tak payah pakai krim apa pon. Sapu bedak je boleh terus pakai tudung dan siap. Best sangat sangat!

Start Oktober ni, memang aku konsisten gila lah makan Vitamin asas + Vitamin E pastu minum ESP pagi malam. Memang aku nak tengok sendiri hasilnya macam mana. Sebab aku dah penat kot pakai krim (pemalas sebenarnya). Sebelum ni pakai Aura Maya, aku rajin basuh muka then pakai krim siang je (kalau sempat). Krim malam memang selalu skip. Lagi satu masalah ni berkait dengan cerita aku masa awal-awal tadi. Muka aku senang berminyak. Memang teruk rasanya berjalan dengan muka berminyak-minyak ni.

Dan sekarang, aku dah temui rahsia kulitku. Hahaha ayat tak menahan. But yes. Inilah rahsia kulitku. Tak pakai krim, tak pakai make-up. Just makan vitamin secara konsisten, makan vitamin E, buat masker jugak, then ESP paling penting sumber protin untuk baik pulih sel badan. Aku sangat percaya bila dalaman kita sihat, luaran kita pon automatik akan sihat. 

So kesimpulannya apa? Jaga kesihatan dalaman dulu! :)

I'm in love with Vitamin E Complex Shaklee. :)



Ini pon jatuh cinta jugak!
Love! Love! Love!

Eh, bercakap pasal ESP, korang tahu kan bulan Oktober ni harga ESP runtuh jatuh menjunam-junam. Kalau harga retail RM150, harga istimewa runtuh menjunam-junam tu memang rugi kalau tak grab! Serius ni weh aku cakap. Setahun tak sekali nak dapat harga ni. Terbeliak biji mata kalau tau harga runtuh! :))

PM aku untuk tahu lebih lanjut. Sumpah tak rugi! 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases.



Pertanyaan lanjut?


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, October 9, 2012

3 Tahun, Kenangan Itu Masih Segar.

Hari ini genap 3 tahun Nur Anis Nashrah meninggalkan kami. Tak sangka sudah 3 tahun. Sudah punya 2 pengganti Allah beri. Tapi masih jua rindu pada Nashrah seperti baru. Rasanya berdebar bila dikenangkan saat mula tahu anak di dalam rahim sudah tidak bernyawa. Bila pejam mata, terimbau semua satu persatu.

Ya. Serasa ingin dipeluk 'kenangan' itu. 

Aku baru sahaja baca perkongsian dari seorang teman yang juga kehilangan anaknya sewaktu kandungan berusia 4 bulan. Aku rasa, kisah beliau lebih menyayat hati. Nanti aku tanyakan sama ada boleh dikongsi sama kalian rakan pembaca atau tidak. Tapi serius, kisahnya buat aku semakin rindu pada Nashrah. Tangisan tak bisa buat hati kurang rasa rindu. Semakin membuak-buak seolah-olah hanya jeritan sahaja yang mampu mengeluarkan rasa itu.

Aku tahu. Mana mungkin aku menjerit pekik seperti dulu. Seperti waktu aku mula kehilangan Nashrah. Aku sepatutnya bersyukur kerana Allah telah memberikan aku ganti. Bukan satu. Tapi dua. Kegembiraan yang aku tak terfikirkan saat aku kehilangan Nashrah 3 tahun lepas.

Ya Tuhan, rindu sungguh aku ini.

"Nashrah, Mama love you so much sayang. Mama cakap ini setiap hari pada Nashriq dan Najah. Mama harap Nashrah dengar juga. Kalau mampu, mahu Mama sampaikan pelukan dan ciuman Mama untuk Nashrah bagi melepaskan rindu yang mendak dalam sini. Hanya kiriman doa buat Nashrah di sana, supaya Nashrah tak lupa Mama di sini".

"I love you, my little girl. I miss you so much".

Al-Fatihah, Nur Anis Nashrah.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015