40 minggu dan 3 hari.
Tak sangka boleh bertahan selama ini. Tak sangka juga, yang aku masih gagah nak pergi kerja. Kalau ikutkan perasaan malas dan badan yang berat, memang aku sedang melingkar dalam selimut sekarang ni. Tapi memikirkan baki kerja yang harus dilangsaikan, aku gagahkan juga kaki melangkah. Haih.
Semalam ada check up for 40 weeks. Nurse kata, kalau tak ada juga tanda bersalin, kena rujuk ke hospital dan admit ward pada 18/12/2011. Seram gila bila mendengar. Tapi aku percaya pada satu benda, kalau Allah kata belum masanya untuk baby ni keluar, maka belumlah. Kalau Allah kata sudah sampai masanya, tiada lambat sesaat pon. Jadi, aku redha dan tawakal sahajalah sekarang. Nak bising-bising dan merungut pon tak guna juga kan?
Malam semalam, dalam jam 9.35 malam, aku ada rasa mild contraction yang agak mencemaskan. Baby bergerak macam ombak dalam perut. Sampaikan Wahid yang duduk sebelah pon naik bulu roma menengoknya. Banyak kali Wahid tanya, aku ok atau tak? I said, I'm ok and don't worry. Cuma mild contraction dan lenguh pinggang sahaja. Aku amik kusyen dan letak belakang badan, rasa lega sikit. Lama juga ombak rindu tu berlangsung. Sampai pukul 10.30 malam kot. Bila aku berdiri, aku rasa 'something' menekan kat bahagian bawah tu. Bunyi 'gruk gruk' macam ada construction dalam perut. Baby tengah gerudi ke ape entah. Nak jalan laju pon takut. Macam 'something' tu nak jatuh. Jadi terpaksalah aku berjalan perlahan-lahan. Suspen gila.
Lama juga aku tunggu kalau-kalau mild contraction tu berubah jadi contraction yang lebih keras. Wahid suruh baring dan rehat dulu. Kot-kot betul nak bersalin, tak adalah aku penat dan letih sangat nanti. Aku pon menurutlah perintah. In the end, aku terus tertidur dan tak rasa sakit apa lagi dah. Perasaan aku? Sedikit kecewa, tentunya. Nak menangis pon dah tak mampu. Aku memang dah tak sabar tahu nak bersalin. Tak sabar nak jumpa baby. Tak sabar sangat-sangat. :(
Pagi ni, rasa macam semalam tu ada lagi, sekali sekala. Bunyi 'gruk gruk' tu pon ada. Ditambah dengan rasa perut memulas nak membuang. Aku dapat rasakan yang masanya hampir tiba. Cuma tak tahu bila. Kalau sebelum ni aku rasa yang aku belum cukup bersedia nak hadapi labour room sekali lagi, tapi kali ni aku dah cukup bersedia. Insya-Allah.
Apa lagi aku nak bebel rambang eh?
Oh. Sebenarnya, perasaan nak ke hospital dan bersalin adalah lain benar bila dah ada anak seorang kat rumah. Kalau dahulu, sakit sikit aje terus rasa nak terjah hospital. Baby kurang gerak aje, terus berdesup menghadap doktor. Tapi kali ni, lain benar. Macam semalam, bila aku rasa baby kurang gerak, aku tahu benda tu bahaya, tapi aku lengahkan jugak sebab fikirkan Nashriq.
Pointnya kat sini, bukan aku tak nak pergi hospital sebab aku sayang Nashriq lebih dari baby. Tidak. Tapi aku memikirkan jangka masa yang aku akan kena hadap kat Bilik Saringan dengan bermacam ujian such as CTG lah, tanya history itu ini lah, check VE lah dan bla bla bla. Aku takut yang akhirnya benda tu tak ada apa-apa, tapi aku kena tahan wad. Kesian Nashriq tunggu aku kat rumah. Mesti dia tercari-cari aku nanti.
Hoi, over gila naluri keibuan aku.
Lainlah kalau aku pergi dengan keadaan yang betul-betul dah sakit dan dah keluar tanda, pastu terus bersalin dapat jumpa baby - yeahh!! Takdelah kena duduk lama kat hospital.
Ahh, kenapa aku kena luah semua benda ni?
Aku rasa aku dah makin merepek dah.
Oklah. nak sambung buat kerja.
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com