Monday, May 30, 2011

Rutin Seorang 'Super Aishah'.

Aku ni bukanlah berapa nak 'super' sangat. Buat kerja rumah pon masih terkontang kanting lagi. Dan aku akui bahawa kerja dalam rumah memang akan dibahagi sama rata dengan suami. Aku buat ini, dia buat itu. Jadi aku ni takdelah berapa nak 'super mommy' sangat. Tapi apa yang aku nak cerita kat sini, pasal kehidupan seorang isteri dan ibu yang bekerjaya. Macam aku dan macam korang.

Sejak aku berpindah duduk sendiri kat Tiram nun jauh di sana tu, rutin harian aku akan start pada jam 5.30 pagi. Bangun dengan lalok-lalok turun ke dapur dan jerang bubur anak. Beras dan menu lauk terpilih aku dah siap-siap basuh dan masuk dalam periuk belah malam sebelumnya tu. Jadi pagi tu, aku cuma bangun dan hidupkan api dapur. Sementara menunggu bubur masak, aku setel lah kerja lain macam basuh botol, sterilize botol, naik bilik kemas katil, mandi dan Solat. Aku ni plak jenis malas nak gosok baju sekali banyak di hujung minggu, jadi pagi itu jugaklah aku akan kelam kabut nak fikir pakai baju apa dan gosok baju bla bla bla.

Sementara aku berbaju dan berbedak semua, suami yang lebih awal mandi dan dah siap hujung kepala ke hujung kaki akan setelkan Nashriq. Suamilah yang akan salin pampers Nashriq, lap-lap muka Nashriq, main-main kejap dengan Nashriq dan kemudian bawak Nashriq turun bawah menonton Malaysia Hari Ini. Hehehehe. Macam pandai je budak tu nak tengok MHI kan? :p

Tik tok tik tok masa berjalan, suami akan setel apa yang patut kat dapur. Kacau-kacau bubur Nashriq, buat Air Kopi untuk dia minum sendiri dan bancuhkan Air Milo untuk isteri dia yang tengah terhoyong hayang kat atas taktau buat apa. Heeeee. Jadi bila aku dah setel kat atas dengan memastikan everything clear macam katil kemas, langsir dah bukak, habuk-habuk lap sikit, aku pon turun bawah terus minum Air Milo yang suami buat. Wah, macam Diva kau ye suami buatkan air. Gegegegegege.

Jam masa ni confirm dah pukul 6.40 pagi gitu. Aku akan blender bubur Nashriq dan siap-siap masuk dalam bekas makanan dia. Buat dua bekas untuk dua kali makan. Masukkan Biskut Marie dalam tupperware dan isi Air Masak dalam trainer dia. Suami pulak akan bancuh susu Nashriq dan semua bekalan pengisian perut Nashriq tu terus letak dalam Diaper Bag dia. Setiap hari pon macam berondoh randah nak pergi sekolah.

Tepat pukul 7.00 pagi, Nashriq akan terus dihantar ke sekolah dan tinggallah beliau selama 11 jam di situ. Aku dan suami akan travel ke tempat kerja berdua menaiki kereta dan perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 30 minit ke 40 minit.

Pung pang pung pang kat tempat kerja sampai pukul 5.00 petang, kami pon pulang dan travel semula ke Tiram dengan kos masa yang sama tadi. Lebih kurang pukul 6.00 petang atau lebih sikit, baru kami sampai sekolah dan pulang semula ke sarang tiga beranak.

Sekarang, meh cerita rutin petang membawa ke malam pulak.

Selepas aje amik Nashriq kat sekolah, aku akan pass over urusan anak terus kepada suami. Aku akan bertungkus lumus kat dapur bagi menyediakan santapan malam kami berdua. Sementara suami melayan Nashriq bermain di ruang tamu, beliau akan berlari sekejap ke dapur untuk larikan baju. Tak, maksud aku, 'run' baju dalam mesin. Hehehehe. Ada gak yang kena sekeh ni kang.

Dah siap masak around 7.00 petang cam gitu, kami pon akan terus makan. Laparlah okeh mana boleh tahan. Lagipon kami kena makan berjemaah awal bersama anak sebab kejap lagi anak akan beradu. Nashriq punya waktu tidur adalah punctual, pukul 8.00 malam nanti dia dah merengek-rengek nak tidur.

Selesai aje makan, tugas aku ialah mengemas dan membasuh semua pinggan mangkuk dan periuk belanga di dapur. Kemas meja makan kasi clear pastu pastikan dapur dalam keadaan tip top. Suami akan naik ke atas untuk mandi dan menunaikan kewajipan sementara anak masih lagi boleh dikawal duduk diam di hadapan TV. Selesai 'sedikit' kerja kat dapur, aku pulak akan naik ke atas untuk mandi dan menunaikan kewajipan jugak. Suami masa ni dah turun dan boleh take over anak balik.

Bila aku dah siap dan turun semula ke bawah, selalunya Nashriq akan sedang menyusu bersama Ayahnya ataupun sudah beradu di dalam buaian. Dan bersambunglah kembali peperangan di dapur seperti membasuh botol dan sterilizing segala benda perkakas yang digunakan Nashriq sepanjang siang hari. Kadang-kadang budak tu kat dalam buai tengah berputing pon aku cabut sebab nak sterilize. Muahahahaha kejamnya aku.

Suami pulak akan menguruskan baju bajan di dalam mesin untuk disidai. Nampak cam kejam lah pulak kan suami yang sidai baju? Tapi like my husband said, "Apa guna berumahtangga kalau awak seorang nak konker semua kerja?". Ewah I love you sampai mati sayang. :p

Masa ni jugaklah aku basuh beras dan siapkan lauk untuk bubur Nashriq esok. Potong kentang (kalau lauk kentang), basuh ikan bilis (kalau lauk ikan bilis), basuh ayam (kalau lauk ayam), potong carrot (kalau lauk carrot) - pastu siap-siap dalam periuk esok pagi tinggal hidupkan api.

Dah selesai tugas dapur, aku akan naik atas untuk kemas beg sekolah Nashriq pulak. Baju kotor dikeluarkan, masuk baju baru. Stokin, bip dan sapu tangan pastikan ada. Tuala mandi kalau dah tak elok tukar yang baru. Pampers dan susu memang dah siap sedia standby kat sekolah jadi takyah ulang alik setiap hari.

Pas kemas beg anak, kemas beg emak pulak. Mana resit yang tak pakai boleh buang. Agak-agak nak tukar beg, transfer barang. Mana yang patut bawak, pergi bawak. Mana yang buat menyemak, boleh tinggal. Wah segala benda nak cerita ni. Hehehehehe.

By the time aku turun bawah balik, suami mesti tengah lipat baju yang kering sambil menonton TV. Dan aku pon akan join sekaki melipat baju sambil berbual-bual kosong. Dah lipat nak kena kemas masuk robok pulak. Haaaaa, itu tugas aku sebab suami tak nak buat. Dia kata kalau dia yang letak nanti aku complain tak kemas. Jadi nak tak nak, memang aku lah yang kena kemas baju yang sudah siap dilipat sebab aku memang tak suka tengok baju sepah-sepah tak tentu arah.

Ah, cerita macam perfectionist je kau kan? :p

Sementara aku mengemas baju itulah, suami akan mengangkat tilam bujang dua keping untuk dia dua beranak tidur. Mengapa dia dua beranak aje? Sebab lagi satu beranak (aku lah tu) akan tidur secara single kat atas katil. Wahhhh macam Diva sekali lagi. Tapi betul, demi keselesaan Nashriq yang tidur macam 'dunia ini aku yang punya', lebih baiklah aku mengundur diri. Kalau nak angkat dia tidur atas katil memang tak boleh sebab rekod jatuh katil setakat ini adalah sangat-sangat membanggakan.

Jam di dinding menunjukkan pukul 9.30 malam. Dan waktu inilah kami manfaatkan prasarana internet yang sudah siap dipasang. Suami dengan laptop, aku dengan henpon. Nashriq dengan apa? Nashriq akan diangkat dari buai di bawah dan dibawa naik ke bilik untuk terus beradu di atas tilam bujangnya. Jadi sementara Mama dan Ayah dia khusyuk dengan dunia maya, Nashriq boleh terus lena dibuai mimpi.

Jadual pembikinan susu pada waktu malam pon diambil alih sepenuhnya oleh suami. Bangun untuk bancuh susu turun ke dapur memang aku sub sepenuhnya kat dia. Nasib baik ada 3 botol, pakai satu takyah basuh untuk second session kang. Cuma aku penat sikit ah pagi kang bangun nak basuh botol banyak-banyak siap sterilize tu kan?

Overall, aku sangat-sangat berterima kasih lah kat suami pasal dia tak berkira pon soal pengurusan rumah. Mana yang dia boleh buat, dia buat. Memang takde merungut langsung. Memula dulu rasa kekok jugak, tapi lama-lama kami dah biasa give and take macam gini. Memang sangat-sangat hargai tiap kali dia membantu.

Begitulah perjalanan hidup aku sehari-hari. Esok bangun pagi akan ulang perkara yang sama balik. Cuma sekarang ni Wahid masuk shif seminggu pagi seminggu petang, so pindah randah sikit duduk rumah Emak. Kalau duduk rumah Emak ni macam ringan sikit pasal balik kerja makan dah sedia tinggal nak makan aje. Balik rumah tinggal main-main dengan anak pastu tidokan dia. Pas dia tido, aku leh terus lelap sampai ke pagi. Memang lemak kalau duduk rumah Emak ni wehhh.

Jadi, bagaimana pula jadual anda? Kongsi jom? :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, May 26, 2011

Anas Nashriq Dan Nasriq Baharom.

Me : "Nashriq, jom tidur. Mata awak dah ngantuk tuuuuu".
Him: "Kejap Mama, Nashriq nak tengok bola jap...."



Me : "Mata awak dah ngantuk sangat sayang. Meh lah tidur jom?"
Him : "Jap Mama. Game Selangor lawan Harimau Muda A ni....."



Me : "Tengok mata tuuuu. Dah kuyu dah sayangggg".
Him : "Tak Mama. I'm fine. Nashriq nak tengok Nasriq Baharom."



Him : "Oh. That one Nasriq Baharom. Can i play like him Mama?"
Me : "Yes, sayang. You can. Now kita sleep okeh?"



Him : "Alright Mama. As you wish!"

"Ohhhh, Before that Mama. Do we look same?"


Nasriq Baharom pemain pasukan Selangor.
Ehsan gambar dari Google.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, May 25, 2011

9 Purnama, Anas Nashriq.


I want to keep you in my heart, lock it and throw away the key so that no one can take you away from me.

I love you baby. I will always love you.





.... with all my heart.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, May 24, 2011

My Breastfeeding Journey (Finale).

Tadi baca blog Nurul. Entry 'Jika Diberi Peluang Kedua', betul-betul membuatkan idea untuk update blog datang mencurah-curah. Entry berkait rapat dengan cita-cita aku yang tidak tercapai. Cita-cita untuk menyudahkan Penyusuan Susu Ibu sehingga Nashriq berusia 2 tahun hancur lebur di tepi jalan. Sedih tapi masih bersyukur.

Kepada sesiapa yang belum pernah baca perjalanan Penyusuan Susu Ibu aku sebelum ini, boleh refer entry; My Breastfeeding Journey, So Far dan My Breastfeeding Journey Part 2.

Sedih bila impian kita tidak tercapai. Impian untuk EXCLUSIVELY breastfeed sehingga 6 bulan. Impian untuk meneruskan breastfeed sehingga anak berusia 2 tahun. Impian untuk tidak mencapurkan susu formula dalam pemakanan anak. Semua impian indah berkaitan breastfeed lenyap dan lesap. Haih, rasa nak menjerit bila dikenang balik.

Kini, Nashriq bergantung SEPENUHNYA kepada Dumex Dupro.

Kalau sebelum ini masih boleh diharapkan breastfeed pada waktu malam. Tidak perlu bangun membancuh susu. Tapi kini, segalanya berubah. Sekurang-kurangnya sekali (selalunya 2-3 kali) mesti bangun dan turun tangga ke dapur untuk mengenyangkan perut Si Kecik itu. Nak harapkan aku berjalan waktu mamai dan buat susu? Memang tidaklah. Sangat bernasib baik bila Wahid sanggup bertolak ansur dalam urusan ini. Maka, dialah yang akan bangun dan buat susu Nashriq setiap malam.

Semuanya bermula pada kala akal si kecik itu semakin panjang. Sudah pandai menggigit. Sampaikan Mama dia tak tahan. Merajuk hati ni tak mahu bagi direct. Kononnya nak mogok 2-3 hari aje. Tapi nampak gayanya, memang langsung dia tak mahu. Digigitnya dengan kuat macam nak test power gigi. Padahal belum ada gigi pon. Blerghhh. Aku yang tak kuat semangat pon mengalah. Mengalah dan mengalah. T____T

Kesimpulan Perjalanan Penyusuan Susu Ibu - Aku dan Nashriq;

1) Nashriq hanya mampu 'Exclusive Breastfeed' selama 2 hari sebab hari kedua Emak dah bagi air masak. Frust sangat tapi apa boleh buat. Aku tengah sibuk berurut masa tu.

2) Minum susu formula pertama kali pada hari ke-5 di Hospital Sultanah Aminah masa admit jaundice. Yang ini, nurse yang bagi padahal aku dah bekal EBM siap-siap. Kata Hospital Rakan Bayi kan? Tapi tak berapa nak 'rakan' sangatlah.

3) Kemudian perjuangan breastfeed diteruskan sampailah aku tak sabar dan memerikan beberapa jenis susu formula tapi semuanya di reject oleh Nashriq. Tapi consider masuk perut dia jugak kan?

4) Bila tengok dia reject susu formula, aku pon rajin mengepam dan bekalkan EBM. Masa ni, Emak yang jaga Nashriq sebelum aku pindah rumah. Jadi, memang 100% on breast milk. I like! :)

5) Pindah rumah dan Nashriq masuk sekolah. Dibekalkan susu formula pada siang hari which is I am very-very sad. Tapi diteruskan dengan breastfeed sepenuhnya pada waktu malam. Agak cranky pasal dia dah biasa kenyang pada waktu siang dengan susu formula.

6) Mula makan pada usia 4 bulan. Ini bagi mengelakkan aku bagi susu formula jugak pada waktu malam. Jadi, bila dia dah makan siang, dia cukup dengan susu badan waktu malam.

7) Akhirnya perjalanan Penyusuan Susu Ibu aku tamat pada usia Nashriq 7 bulan lebih. Atas sebab Nashriq suka menggigit pastu Mama dia tak tahan dugaan. Ada sebab lain, tapi itu lain kali kita cerita. :)

****************************

Haaaa. Aku rasa macam nak print je kesimpulan yang aku dah taip kat atas ni. Nak buat frame letak kat rumah supaya jadi pembakar semangat dan lebih kuat untuk anak-anak yang akan datang.

Yes. I really wish that aku mampu merealisasikan impian aku ni suatu hari nanti. Untuk anak yang kedua dan seterusnya. Aku kena build up semangat aku dari sekarang. Gali ilmu sebanyak yang mungkin. Belajar pekakkan telinga. Tebalkan muka dari sekarang. Supaya sampai saatnya nanti, tak ada seorang pon yang mampu melunturkan semangat aku lagi.

Dan aku harap, impian aku ini akan tercapai atas hendak-Nya.

To Nashriq : I'm sorry sayang sebab Mama tak kuat semangat nak bagi yang terbaik untuk Nashriq. Dahlah tak mampu nak bagi susu badan sepenuhnya, kasi susu formula pon yang murah. What to do, sayang? Kita bukan orang senang walau kita bukan orang susah. Alhamdulillah. Mama sentiasa harap, dengan tiap titisan susu Mama yang mengalir dalam darah Nashriq sekarang mampu menjadikan Nashriq anak yang Soleh, mendengar kata, hormat orang tua, bercakap halus, tidak kasar, menjadi seorang yang penyayang dan disenangi ramai orang. I love you sayang. I love you so much.

P/S : Happy 9 months old - 25hb Mei. You will always be my baby.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, May 19, 2011

Kisah Cinta Kami.

7 years plus of friendship, love and marriage.
I'm so bless. :)


Mungkin ada ramai yang dah baca. Sebab aku pernah blog pasal ni dulu sebelum nak kahwin kot. Aku malas betul nak kasi link pasal malu nak kasi korang baca penulisan aku version yang lama. Jadi, oleh kerana kemaluan (???) itu, maka aku merajinkan diri untuk draft satu entry khas sempena Minggu Cinta (rekaan semata). Mana taknya, kehulu ke hilir semua orang blog pasal kisah cinta, aku pon nak jugak wehhhh.

Aku dan Wahid mula berkenalan melalui medium 'SMS Cari Rakan'. Aku taktau korang pernah dengar atau tak. Atau kalau korang kurang pasti, pergi bukak surat khabar pastu tengok iklan kat belah bawah-bawah tu. Haaa, nampak tak iklan 'Cari Rakan' ke, 'Cari Cinta' ke? Ada?? Haaa, dari situlah aku kenal pakcik sorang tu. Amacam? Gamble tak aku? (Bukan gamble doh, tapi desperate!).

Well, as you all know, aku memang tak pernah ada steady boyfriend pon sebelum Wahid. Kalau ada pon, pacaran dalam MiRC. Dah bersayang-sayang, ber-I-love-you semua pastu hantar gambar kena reject. Biasalah kan. Manusia memang kerap memandang paras dan rupa. Lagilah pulak masa tu zaman aku sangat tak cun (kau ingat kau cun ke sekarang?). Memang tak pernah ada steady boyfriend lah. Sedih wooo tengok kawan-kawan ada boyfriend tapi kau sorang macam melukut di tepi gantang. Sangat tak cool okeh!

Nak dipendekkan cerita, aku pon menceburkan diri dalam bidang 'SMS Cari Rakan' tadi. Guna nick name nak power - ayang85. Haa amik kau siap reveal. Pasni confirm kena sembunyi muka bawah meja pasal kena gelak. Tapi apadahal? Kata pengakuan kisah benar kan? Hehehehe. Ayat mem-back-up diri. :p

SMS punya SMS, ter-chat lah dengan seorang mamat ni guna nick name eddy_jb. Orang Johor which is syarat pertama adalah LULUS. Aku kalau nak cari pasangan memang kena cari orang dekat pasal Emak aku dah warning. Tapi dulu aku berangan nak kahwin dengan orang Kedah pasal nak tengok sawah padi. Tapi dapat orang Ulu Tiram pon okeh. Dapat tengok Tiram hari-hari. Muahahaha lawak bodoh tolong abaikan.

Sembang punya sembang, kami pon bertukar nombor telefon. Nak SMS dalam medium berkenaan mahal wooooo. Maka kami pon sambung sembang kat SMS henpon. Dulu aku ingat lagi zaman TM Touch. Nombor start dengan 013. Aku pakai henpon Siemens baling anjing. Siemens okeh. Siemens. Itu dah kira hebat benar dah masa tu. Pastu dapat tukar Nokia 3310 macam dapat pakai Blackberry. Pasang lagu polifonik sebab malu henpon bunyi TRET TRET TRET TRET.

Woi apa merepek ni? Nak cerita pasal cinta ke henpon??

Hahahaha. Baiklah. Kita menuju destinasi sekarang! :)

SMS punya SMS sambil bertanya soalan-soalan wajib seperti tarikh lahir, makanan kegemaran dan sebagainya. Tarikan kedua yang membuatkan aku nak terus kawan dengan mamat ni sebab tarikh lahir kami berdekatan. 6 hari je perbezaan hari. Dia punya birthday pada 3 Januari. Manakala aku pulak 9 Januari. Macam over kan semua benda nak kena masuk syarat piawaian. Nak bulan sama lah. Nak makanan kegemaran sama lah. Tumbuk kang baru tahu.

Pastu, boleh pulak dia cakap makanan kegemaran dia Lauk Sardin, memang sekapal lah dengan aku. Aku ni pulak memang peminat tegar Sardin. Sampai ke kahwin ni ha satu hari dalam seminggu mesti masak Lauk Sardin. Muka kami pon dah macam Sardin dah tengoknya.

Oh, lupa nak mention. Tarikh pertama kali SMS tu ialah 29 November 2003. Over tak? Over tak? Semua benda nak ingat. :p

Dan kami pon berkawanlah melalui SMS dan dipanjangkan membawa ke panggilan telefon. Sampailah ke suatu hari, rumah aku buat open house (masa ni musim raya). So, aku pon mengajak-ajak ayam (read : tak ikhlas) mamat ni datang rumah. Aku ingat, dia tak berani datang pasal kami baru kenal. Tapi entah kenapa, tiba-tiba dia call cakap dah ada kat bawah blok. Kau bayangkan macam mana aku punya gelabah? Ketakutan kena reject buat kali ke sepuluh tu sangat kuat. Cecececece.

Aku pon turun ke bawah blok sebelah pasal dia tunggu situ. Aku suruh lah Wahid tunggu kat mesin ATM BSN. Tapi aku jahat. Aku pusing ikut jauh pasal nak tengok muka dia dulu. Agak-agak kalau tak boleh blah, aku blah lah. Kahkahkah. Macam muka aku cantik sangat kan? Tapi Tuhan tu Maha Besar. Aku pusing ikut jauh, jalan pelan-pelan dari belakang. Wahid pusing aje, terus aku terdiam. Dan dia pon bertanya;

"Awak Aishah?"

Cececececece. Kau nak sembunyi mana? Nak tak nak kenalah jugak mengaku kan? Pastu blur taktau nak sembang apa. Main-main jam lah. Korek-korek kuku lah. Sampai Wahid yang tanya;

"Awak tak nak ajak saya naik rumah?"

Halamak boleh lupa pulak kan?? Teruslah kami naik ke rumah aku. Makan dan makan. Emak masak Nasi Ayam masa ni. Favourite kami berdua jugak. Tapi nampak dia makan malu-malu. Yelah, datang seorang diri. Jumpa pulak keluarga budak perempuan yang dia baru kenal. Memanglah sopan santun sikit kan? Cuba sekarang kau tengok? Muka dia yang hadap pinggan dulu. Muahahahahaha.

Dah sudah makan tu, aku pon meneman Wahid turun blok dan menuju ke keretanya. Eh, bukan kereta dia. Tapi kereta ibu bapanya. Dalam perjalanan ke kereta tu, Wahid pon berkata;

"Saya sayang awak".

Aku ni blur. Dalam SMS berani jawab. Depan-depan macam nak pengsan.

Aku diam. Dia tanya;

"Kenapa tak jawab?"

Aku cakap "Nanti". Dan dia ingat aku reject dia.

Sebenarnya aku bukan reject dia. Tapi aku taktau nak react apa. Aku ni kan pemalu. Muahahahaha pemalu habis! Tapi sampai kat kereta tu, aku balas lah jugak. Aku cakap yang aku sayang kat dia. We both ni macam desperate sangat nak couple taktau pasal apa. Rasa cam bengong pon iye jugak. Tapi macam aku cakap, pengalaman itu mematangkan. Isn't it? :)

Tarikh hari kejadian ialah 7 Disember 2003.

To cut the story, keesokkan harinya tu kami dah couple. 8 Disember 2003. Itu pon melalui SMS aje. Cinta kanak-kanak remaja belasan tahun. Baru 18 tahun pon je masa tu. Muda belia lagi. Manalah nak tau how to melamar nak couple camne kan? Yang penting masa tu aku dah ada boyfriend yang REALITI. Bukan lagi dalam MiRC atau sekadar dalam SMS dan telefon. Kejayaan besar tu wehhh. :p

Kami tidak kerap berjumpa okeh. I still remember selepas couple 8 Disember itu, kami hanya keluar bersama untuk tengok wayang cerita The End pada harijadi Wahid iaitu 3 Januari 2004. Emak aku garanglah okeh. Nak keluar dengan lelaki berdua? No way!! Kau ngadap dulu abang-abang dan kakak aku bagi penjelasan. Itu pon diorang bagi pasal Wahid berani naik rumah ngadap keluarga aku nak bawak aku keluar. Amacam? Gentleman tak? Hakhakhaktuih! :p

But yes. Ini tips aku untuk remaja-remaja muda belia sekarang. Kalau korang nak tau lelaki idaman korang tu serius atau tidak dengan korang, pergi ajak dia datang rumah. Ngadap Mak Ayah korang. Suruh dia minta izin nak bawak korang keluar. Kalau benda mudah camtu pon dia tak boleh buat, TOLONG ANGKAT KAKI KORANG SEKARANG. Dia bukan lelaki yang sesuai. Ini tips ni. Sila masuk dalam buku nota masing-masing.

Dan kami pon berkawanlah sehingga ke tahun 2007. Lebih kurang 3 tahun lebih kot? Pastu, kami membuat keputusan untuk bertunang. Kami pilih tarikh 21 Julai 2007. Actually, perbincangan pertunangan ini lebih diuruskan oleh kedua belah keluarga kami. Kami berdua hanya menurut perintah. Mungkin sebab diorang tengok muka kami dah nak berubah jadi belangkas, maka lebih baik dipercepatkan kahwin.

Kami pon bertunang selama 1 tahun 6 bulan. Total tahun perkenalan setakat ini ialah 4-5 tahun gitu kan? And it was really enjoyable friendship. Berkawan dan bertunang dengan lelaki yang kita sayang, siapa tak mahu kan? Kat sinilah segala perkara harus diterapkan. Kepercayaan, kejujuran, saling mempercayai dan inilah masa untuk kita bina hubungan yang baik dengan ahli keluarga pihak masing-masing. Aku bet ramai yang cakap susah. Tapi aku kena akui yang kita berkahwin bukan sahaja dengan lelaki idaman kita berkenaan, tapi kita akan berkahwin dengan keseluruhan keluarga dia. So, kalau dari masa sekarang kau tak praktik, lepas kahwin nanti lagi susah. Ini ingatan untuk diri aku jugak ni. :)

Dan akhirnya percintaan kami ke jinjang pelamin pada tanggal 14 Mac 2009. Happy? Yes, I am! Berkahwin adalah sangat menyeronokkan. Bukan sebab kami dah halal atau ape. Tapi sebab aku akan hidup dalam satu kapal dengan seorang nakhoda aku pilih sendiri. Aku jadi co-pilot. Sekarang hidup aku adalah - KAMI. Bukan lagi hidup kau, hidup kau. Hidup aku, hidup aku. Takkk. Everything now is KAMI. Berdua. Bertiga atau berempat.

Macam mana aku nak rumuskan hidup sepanjang 7 tahun ini?

Aku selalu dengar kawan-kawan bercerita yang suami mereka tak sama masa zaman bercinta dan berkahwin. For me? Yes, I agreed! Wahid adalah tidak sama dan jauh berbeza dari zaman kami bercinta. Kadang-kadang aku rindu jugak zaman-zaman bercinta-cinta dulu. Sungguh romantik dan perhatian. Tapi sekarang pon perhatian jugak. Perhatian kat anak dia. Muahahahahaha.

Tapi bila dah ada anak ni, memang tak ada apa lagi yang penting selain anak. Kalau dulu, suami SMS tanya keadaan kita. Tapi sekarang dia tanya anak dia dulu. Normal kan? Tapi korang kisah tak? Aku masa mula-mula kisah jugak. Tapi sekarang dah immune. Budak yang dia tanya tu anak kita jugak. Anak bersama-sama. Kan? Kan?

Apa pasal aku macam dah lari tajuk ni? Macam kursus rumahtangga pulak.

Overall, aku boleh katakan bahawa Kisah Cinta aku ni bukanlah menarik mana. Tapi ianya akan tetap lekat dalam hati. Dan janganlah gadis-gadis bujang di luar sana jadi takut nak kahwin bila aku cakap lelaki berbeza selepas kahwin. Takkk. Berbeza tu yes, tapi bahagia tetap ada. Lelaki yang kita kenal masa zaman bercinta takkan nak sama bila dah kahwin dan dah ada tanggungjawab kan? Mestilah dia akan jadi lebih serius dan lebih memikirkan perkara-perkara yang penting.

Nampak? Dah masuk isu rumahtangga lagi. Dahlah, sebelum aku merepek lagi entah apa-apa, baik tamatkan entry ni sekarang. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, May 18, 2011

Windows Live Writer.

Haritu, masa blogger.com buat hal dan semua kawan blogger kepanasan tak dapat nak melampiaskan rasa bosan dalam blog, Xeea telah mencadangkan untuk kami men-download Windows Live Writer (WLM). Katanya, WLM ni boleh update blog walau waktu offline.

Dan dibawa rasa ketagih nak ber-blog, maka aku pon download lah WLM ni haritu tapi prosesnya berjalan separuh jalan sebab WLM takleh nak connect dengan blogger.com. Yelah, masa tu blogger.com ada problem, macam mana nak connect kan?

So, aku pon terajin nak sambung proses yang berkenaan kejap tadi. Nampak nah pemalas nak buat kerja padahal kerja banyak. Sanggup menghadap facebook dan twitter dari tadi. Apa punya perangai lah kan? Heeee. Smile with tongue out

Err, setakat ini, interface WLM ini adalah sangat best. Belah atas dia macam Microsoft Word. Belah yang tempat kita menaip ni background dia cam blog kita. Haaa. Sangat best okeh. Tapi taktau jap lagi nak publish camne.

Eh, try insert gambar sat.

227900_2050362775690_1143094997_32436306_7904845_n

Nashriq Dipsy.

DSCF5416

Nashriq kat birthday party Misha.

Ohhhh, kelihatan sangat best sebab boleh pilih gambar banyak-banyak dan insert sahaja. Sebiji macam dalam Microsoft Word. Ini yang buat aku jatuh cinta ni.

Takpe, meh kita tengok hasilnya secara live.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Nashriq 8 Bulan.

Nashriq kini sudah berusia 8 bulan lebih. Sekejap aje masa berlalu. Lagi berapa hari je nak masuk 9 bulan. Sudah jadi abang-abang. Sudah pandai mencuit hati orang sekeliling. Sudah panjang akal. Sangat-sangat lasak dan selalu membikin Mama dan Ayah dia naik angin. Heeeee.

But still, he is our love and soul. :)

Aku suka bila Nashriq baru bangun tidur dan tersenyum lebar sambil menepuk (read : tepuk dengan kuat) muka aku mengajak bermain. Nak marah pon tak jadi sebab aku rasa tak sabar nak peluk, nak cium dan gomol-gomol dia. Pastu, keluarlah suara Nashriq ketawa mengekek-ngekek kegelian. Ahhhh, I miss him already. Rasa cam nak balik sekarang dan main dengan dia. :(

Move on, Aishah. Move on.

Oh, sekarang ni Nashriq dah laju merangkak. Taktaulah merangkak atau menyelar, tapi memang dah laju dah. Pantang tinggal sekejap, ke dapur lah tempat dia. Pastu mengutip semua bendasing (wah, guna perkataan bendasing tu) masuk mulut dan telan. Haritu Ayah dia dapat tangkap dalam mulut dia ada rambut. Dan siapa yang dipersalahkan? Tentulah Mama dia punya rambut yang salah. Haaa? Why me? Why me? :p

Mamat kecik itu jugak sudah tegap duduk sendiri. Kalau dari posisi duduk nak ke merangkak, dia dah passed dah. Cuma dari merangkak nak duduk tu masih belum berjaya. Mungkin akan mengambil masa beberapa hari lagi. Takpelah Nashriq, usaha itu tangga kejayaan. Tapi jangan main kat tangga. Nanti kalau jatuh susah pulak. Faham kan?

Duduk rileks sambil menonton nursery songs.
Boleh bertahan lama kalau ada mainan atau Biskut Marie!



Bunyi-bunyian yang keluar dari mulutnya juga sudah pelbagai. Kadang-kadang, "PAPAPAPAPAPA". Kadang-kadang, "BABABABABABABA". Kadang-kadang keluar juga "SSSSSSSSSSS". Semalam tengah makan dengan FIL dan Ayah Mertua tanya aku sesuatu dan aku pon jawab, "DAH". Tiba-tiba Nashriq yang ada kat tepi pon keluar bunyi yang sama, "DAH". Mungkin nampak cam biasa aje. Tapi as a parents, ianya adalah sebuah kegembiraan. :)

Nashriq sudah sangat kenal Mama dan Ayahnya. Sangat pemanja (ada ke perkataan ni?). Suka meliok lentok dan pandai minta dimanja. Bab inilah yang paling buat aku sayang. Sampaikan tak boleh berhenti cium dia. Rasa cam ketagih pulak asyik nak cium anak sendiri. Err, takpe kan ketagih cium anak? Jangan ketagih bab lain. Itu bahaya.


Bersama trainer Auntie Reen dan high chair Auntie Fashya.

Kalau dulu, waktu Mama dan Ayahnya makan, anak akan bergelimpangan dalam walker sambil menjelajah kawasan rumah. Tapi sekarang, meh kita makan secara berjemaah. Selalunya kami akan makan selepas Nashriq makan. Dah siap suap dia makan bubur, kami pulak yang makan. Itu yang angkut dia duduk sekali kat meja makan. Sambil kami makan, dia nguyah lah Biskut Marie dan tonggang trainer air masak dia.

Overall, perasaan mempunyai anak adalah lain dari yang lain. Rasa bahagia sangat. Balik kerja penat, tapi terus hilang bila jumpa anak. Bila tengok anak terlompat-lompat dalam walker dan berlari mendapatkan kita. Itu yang priceless sangat tu. Rasa cam nak berhenti kerja duduk rumah jaga anak 24 jam. Indahnyaaaaaaa. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, May 16, 2011

Surat Untuk Abah.

Pagi 13 Mei 2011, Jumaat.

Rakan Pejabat : Kak, harini 13 Mei kan?

Aku : Ha'ah. Birthday Arwah Abah Akak.

Rakan Pejabat : Harini tarikh tragedi 13 Mei tu kan? Takut eh?

Aku : Haaaaa. :)


Status di Facebook.

"SELAMAT HARI LAHIR ABAH, you will always be in my heart. I miss you so much. There's no one can replace you. No one. I love you. I really want to hug you and kiss you. I love you Abah. And I miss you so much. Al-Fatihah.

From your daughter,
Ayang."


Mencapai handphone. SMS adik beradik.

"Harini hari jadi Abah yang ke-74. I miss Abah so much. Al-Fatihah"

........ dan airmata pun turun bagai empangan pecah.


******************

Blogger.com buat hal pada hari Jumaat. I tried my best untuk karang sepucuk surat untuk Abah dalam Microsoft Word. Tapi idea mati dan beku. Tak sama feel-nya bila kita menaip secara live kat dalam draft. Entah. Mungkin perasaan aku je kot?

Dan idea untuk kirim surat buat Abah terkubur.

Sehinggalah ke pagi ini.....


Jamuan Sambutan Hari Guru

Rakan Pejabat : Amboi, mana datang kacang ni? Mintak sikit.

Aku : Abah kita suka makan kacang ni tau. Lagi-lagi kalau dengan Air Teh. Nanti dia kopek banyak-banyak pastu masukkan dalam Air Teh. Pastu dia minum kruk krak kruk krak. Hehehehehe.

.......... dan airmata bergenang lagi.


******************

Abah,

Do you know how much I miss you? Rindu sangat, Abah. TERSANGAT-SANGAT. Rasa penuh sangat kat dada sampai sesak tak boleh bernafas. Setiap malam Ayang ingat kat Abah. Setiap malam Ayang harap yang Abah datang dalam mimpi Ayang. Tapi Abah tak datang. Abah tak rindu Ayang ke? Abah takmau jumpa Ayang ke?

Ayang rasa nak peluk Abah. Ayang rasa nak cium Abah. Ayang rindu nak berbual dengan Abah macam masa-masa dulu. Abah cerita pasal Zaman Jepun. Abah cerita macam mana Abah pergi mencuri ubi nak buat makan. Pastu kita ketawa sama-sama. Abah peluk Ayang. Abah cium kepala Ayang. Abah usap rambut Ayang.

Ayang rindu Abah. Rindu sangat.

Abah,

Bila Ayang ada Nashriq kini, Ayang semakin rindu kat Abah. Bila Emak tengok Wahid layan Nashriq, Emak pon jadi rindu kat Abah. Emak kata, Wahid macam jelmaan Abah. Wahid akan dodoi Nashriq keliling rumah kalau Nashriq cranky takmau tido. Just like you, Abah! Exactly, just like you. Wahid penyabar macam Abah. Wahid tak malu nak peluk cium Nashriq depan orang ramai sama juga macam Abah tak kisah peluk cium anak-anak depan orang.

Kalau dulu, Ayang mengamuk nak sesuatu dan Emak pon sampai fed up nak layan Ayang, Abah akan bawa Ayang jalan-jalan keliling Barek. Sampai ke besar pon macam gitu jugak. Abah bawak Ayang pergi bagi kucing makan. Abah gaul nasi dengan ikan goreng. Abah berbual dengan kucing sambil kucing tu makan. Dan Abah nak tau tak? Sampai sekarang pon Ayang terikut perangai Abah tu. Suka bercakap dengan kucing. Heeeee. :)

Abah,

Boleh tak malam ni Abah datang dalam mimpi Ayang? Kalau boleh lama sikit. Kalau Abah tak bercakap pon tak apa. Abah datang senyum pon dah cukup buat rindu dalam hati Ayang ni reda. Kalau boleh, peluk Ayang sekali tau? Ayang nak Abah peluk Ayang kuat-kuat. Eh Abah?

Ayang rindu Abah sangat. Sangat-sangat.

I love you Abah. I love you so much.

Anak Abah,
Ayang.

P/S : Makbulkan doaku, Ya Allah.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, May 12, 2011

Behind The Names.

Aku rasa, aku belum pernah come out dengan entry kenapa aku memilih 'Nashrah' dan 'Nashriq'. Entah kenapa, harini tiba-tiba nak buat pulak. Aku rasa, aku perlu mengabadikan sesuatu untuk mereka berdua dalam satu entry yang sama. Sebab aku selalu rasa, dalam Nashriq ada Nashrah.

Nur Anis Nashrah
Cahaya, Teman Rapat, Yang Melapangkan Dada

As we planned, untuk anak perempuan memang kami nak letak 'Nur Anis' sebagai pangkalnya. Manakala anak lelaki pulak kami akan letak 'Muhammad Anas'. Taktau lah kenapa kami suka sangat dengan 'Anis dan Anas' tu. Tapi yang pastinya, huruf 'A' itu untuk mewakili ayahnya - Abdul Wahid.

Jadi, bagi menampakkan keseimbangan dan keadilan yang maksima, pangkal huruf 'N' pula telah dipilih bagi mewakili nama aku - Nor Aishah. Jadi nampak fair lah kan ada sikit huruf nama mewakili Ayah, ada sikit huruf mewakili nama Mama. Cheh wah.

Dan yang macam aku pernah mention dalam entry ini dulu, I don't really expect my first baby will be a Girl. Wah, cakap omputih tau. Tapi memang betul. Aku terlalu banyak meng-google nama bayi lelaki sampaikan spare dua tiga nama untuk baby boy sahaja. Macam konfiden aje kan yang keluar nanti lelaki.

So, bila aku telah selamat bersalin dan ahli keluarga yang lain semua sibuk di Tanah Perkuburan menguruskan jenazah anak tercinta itu, aku pon SMS suami dan beberapa ahli keluarga untuk beritahu nama yang aku pilih secara tiba-tiba.

"Tolong namakan dia Nur Anis Nashrah"

Tanpa dirancang. Tanpa perbincangan. Itulah nama yang aku pilih secara tiba-tiba. Idea datang entah dari mana. Mungkin sebab aku suka dengan Surah Al-Insyirah (Alam Nashrah).

Bila aku mengandung kali kedua, aku spare dua nama bayi lelaki sebab setiap kali scan doktor cakap gender adalah boy. Tapi ada jugaklah spare satu nama bayi perempuan sebab takut-takut tersilap scan ke ape kan? Tapi secara jujurnya, aku cenderung bukan kepada nama 'Nashriq' tapi kepada 'N' yang lagi satu tu. Entah kenapa, 'N' yang lagi satu tu bukan main kuat lagi tarikkannya.

Nak dijadikan cerita, masa tu Puan Dayu ada mintak vote Eisya kat laman web mana entah. Dah lupa sebab dah lama sangat. So, aku pon merajinkan diri menge-vote Eisya banyak-banyak kali. Melilau punya melilau tengok gambar baby banyak-banyak, terpandanglah aku satu nama yang aku cakap tarikannya kuat tadi. "Anas N....."

Alamak. Dah ada yang punya rupanya nama ini. T___T

So, aku pon berpatah lah balik kepada 'Nashriq'. Bukan sebab mengada tak nak nama anak sama dengan orang lain ke apa. Tapi entah. Dah jodoh Nashriq dengan nama 'Nashriq', kot. Hahahaha.

Nama Nashriq ni aku dapat dari rasa rindu aku kepada Nashrah. Sebab tu pada mulanya, KALAU BOLEH aku nak mengelak dari nama ini. Tak naklah terbawa-bawa perasaan rindu kat Nashrah. Kononnya nak pilih 'N' yang lagi satu. Tapi as I mentioned before (wah cakap omputih lagi), dah tertulis di 'sana' bahawa budak kecik ini namanya Nashriq. Jadi, Nashriq lah namanya.

Muhammad Anas Nashriq
Yang Terpuji, Cinta - Kasih - Mesra - Periang, Yang Menyerlah

Aku pilih 'Nashriq' secara rambang. Nak dekat dengan nama Nashrah, kononnya. Aku google maksud 'Nashriq', dan jumpa maksudnya kat blog seseorang (tak ingat dah blog mana). Dan dia kata, maksud nama Nashriq ni, Yang Menyerlah.

Tapi, demi untuk tidak menyambil lewa, aku pon tanyakan pada seorang Ustaz kat sekolah aku ni dan minta dia carikan maksud 'Nashriq'. Sepantas kilat beliau menjawab, Telah Terbit. Aku agak terkejut. Sebab pertama, cepat sangat dia dapat maknanya. Dan yang kedua, beliau kelihatan sangat-sangat pasti.

Jawapan mudah Ustaz berkenaan, "Ashrokal badru alaina....."


Tapi aku argue lah sikit. Sebab jauh benar sebutan 'Nashriq' dan 'Ashrokal' tu.

Jawapan Ustaz tu lagi, "Bahasa Arab ni mudah. Dia ada banyak perkataan tapi maksudnya satu. Yang penting ejaan Jawi. Maksudnya banyak. Mungkin boleh jadi 'Telah Terbit.' Mungkin boleh jadi 'Yang Menyerlah'. Mungkin juga boleh jadi 'Telah Naik'."

Dan setelah berpuas hati, maka final lah aku memilih 'Nashriq'. Bila first time aku dapat pegang budak kecik tu masa hari kelahiran beliau, terus aku panggil Nashriq. Dah takde dah fikir nama-nama lain. :))

Kalau kat rumah Emak aku, semua ahli keluarga panggil Anas. Emak aku lagi sedap, dia tak pandai nak sebut Anas Nashriq. Jadi bila dia agah Nashriq, dia akan sebut, "ANASRIQQQQ". Hahahaha. Tak kisahlah Emak. Asal sedap bunyinya.

Kat rumah mertua pulak, ada yang panggil Anas, ada yang panggil Nashriq. Kadang-kadang nak feeling omputih panggil Eric. Wahhhh. Ada nama omputih tau anak aku. Muahahahahaha. Kalau kat sekolah pulak, makcik jaga tu panggil Nash. Macam penyanyi Nash pulak dah.

Aku dan suami pulak panggil Nashriq lah kan. Kalau nak panjang sikit, panggil Anas Nashriq. Kadang kalau nak manja-manja mengada, panggil Nachik. Tapi tak boleh selalu takut melekat sampai ke besar. Kang naya pulak kang dia kenalkan diri dia Nachik. Hehehehehe.

Haaa. Itulah serba sedikit sejarah nama Nashrah dan Nashriq. Memula tadi aku nak tulis ringkas-ringkas aje. Taktau pulak terpanjang cam gini sekali. Aku memang selalu ah camni. Gian nak menulis sampai syok sendiri.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, May 11, 2011

Bila Takdir Tak Mampu Ditolak.

Semua orang mempunyai perancangan hidup masing-masing. Hendak ini. Hendak itu. Hendak begini. Tak mahu begitu. But as a human being, siapalah kita kan? Kita hanya mampu merancang, dan Tuhan juga yang menentukan. Kun Fayakun katanya, maka jadilah.

Aku terlalu seronok mencongak hidup. Melukis pelan warna-warna perjalanan agar segalanya cantik dan indah. Memandang ke langit biru sehinggakan lupa tanah hijau kaki berpijak.

Segala perancangan, impian dan harapan hancur. Sekelip mata.

Jatuh dari langit impian. Sakit.

Pecah jiwa raga. Hancur.

But still, aku bersyukur. Alhamdulillah.

Semoga terus diberikan sejuta kekuatan untuk meneruskan.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, May 10, 2011

Gadis Remaja.

Cuaca pagi ini agak sejuk. Hujan turun renyai-renyai menjadikan suasana sangat-sangat nyaman. Kami keluar rumah dan bertolak ke tempat kerja pada jam 7.30 pagi. Agak lambat sebenarnya. Tapi oleh kerana Taman Cempaka ke Bandaraya Johor Bahru tidaklah berapa jauh, jadi sempat jugaklah aku tiba di Pejabat sebelum jam 8.00 pagi.

Seperti biasa, Wahid akan memandu di sebelah kanan. Manakala aku akan melilau melihat gelagat manusia di kerusi penumpang sebelah kiri. Mata tertangkap pada seorang gadis berbaju sekolah tanpa tudung, berambut blonde, kancing baju terbuka membuktikan beliau adalah seorang yang seksi, berdiri megah menunggu bas (atau mungkin boyfriend) sambil tangan kanan tersisip sebatang rokok!

"Bodoh nak mampus. Pagi-pagi dah rosakkan mood aku."

Ayat itu terpacul keluar secara automatik dari mulut aku. Menambahkan beban di bahu sebelah kiri yang sudah siap sedia berat.

Wahid tanya kenapa. Dan aku jelaskan padanya apa yang aku nampak sebentar tadi. Wahid terdiam taktau nak kata apa. Mungkin ayat terbaik ialah selawat dan minta dijauhkan dari kami, anak-anak serta keturunan yang mendatang.

Jika aku diberikan kesempatan untuk berjumpa dan berikan sedikit tazkirah percuma tentang erti hidup kepada gadis berkenaan, akan aku gunakan sebaik yang mungkin.

"Adik, kalaulah engkau tahu betapa hidup ini amat-amat berharga sehingga tidak ternilai dengan apa-apa pon, engkau tak akan menjatuhkan maruah kau serendah itu di khalayak ramai. Engkau tau tak, berapa ramai yang memandang kau tadi dengan perasaan marah, sinis dan menyampah? Mungkin engkau tak malu dan mampu buat muka bodoh. Tapi, cuba fikirkan Emak dan Ayah kau. Malu mereka kau tahu?"

"Kalaulah engkau dapat lihat kebahagiaan masa akan datang dan segala apa yang akan terjadi dalam hidup engkau nanti, tentu kau rasa menyesal dengan apa yang telah engkau lakukan sekarang. Engkau rasakan hidup kau sangat bebas kini. Engkau rasakan hidup kau cukup bagus kini. Tapi hakikatnya kau belum berdepan dengan dunia sebenar. Dunia sebenar adalah sangat-sangat berbeza dengan segala apa keseronokan yang kau lalui sekarang."

"Suatu hari nanti, bila engkau sudah ada di landasan yang sebenar, yang mana hidup kau sangat-sangat-sangat-sangat-sangat bermakna dan kau tak mahu mensia-siakan satu saat pon yang berlalu, engkau akan memandang ke belakang sambil menunduk kepala. Kau akan menangis memikirkan betapa bodoh dan hancurnya dunia kau yang dulu. Betapa engkau mahu memutar masa dan memperbaiki setiap apa yang hancur, berlubang dan rapuh."

"Menyesal adalah satu perasaan yang akan menghantui diri kau sepanjang hidup. Ianya takkan habis dan akan sentiasa datang pada saat-saat yang memuncak. Waktu itu, engkau akan rasakan alangkah bagusnya jika hidup ini ada butang 'Undo' yang boleh engkau tekan banyak kali hingga kau berpuas hati. Engkau akan berdoa setiap hari agar diberikan ketenangan hati dan minta ditarik semua memori hitam yang berlalu."

"Percayalah dik, apa sahaja perkara yang kau lakukan sekarang, yang kau rasakan sangat-sangat hebat di mata kau dan rakan-rakan, ianya akan tercampak semula ke muka kau satu hari nanti. Segala palitan debu dan lumpur serta apa sahaja kotoran di hati tidak mampu hilang dengan bancuhan Clorox pon. Memori hitam akan sentiasa bermain di ingatan. Dan kau akan dihantui rasa menyesal yang membeban....."

********************

Haihhh. Aku tahu yang aku belum cukup layak untuk berikan apa jua tazkirah hidup. Aku juga masih sedang membaiki diri. Membaiki hidup. Membina keyakinan. Sedang berusaha membuang apa jua memori-memori yang gelap.

Tapi percayalah, ianya bukan mudah. Berlawan dengan jiwa dan perasaan. Berlawan dengan tangisan. Berlawan dengan segala yang lepas. Segalanya untuk membina kehidupan yang lebih baik. Hidup masa depan tanpa penyesalan. Aku terlalu harapkan itu.

I wish, I could turn back times. Kalaulah.....



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, May 9, 2011

Percubaan Memasang CommentLuv.

Aku ni ada satu perangai pemalas Nauzubillah yang malu kalau nak cerita. Aku suka update blog. Aku suka terima komen. Tapi aku MALAS nak balas komen. Boleh gitu? Aku bukan apa, aku PEMALAS betul nak scroll down baca dan balas komen satu-satu. Pastu kadang-kadang terlepas pandang. Haih. Dasar PEMALAS memang macam gini.

Makanya, aku mencari konklusi dengan memasang CommentLuv kat dalam blog usang aku ni. Ini bagi memudahkan aku untuk menjawab komen-komen kalian secara direct atau lebih tepat lagi secara individual. Cheh wah pakai omputih tak ingat padahal kulit warna coklat.

Dan bagi memastikan sama ada CommentLuv ini berfungsi dengan baik atau tidak, maka marilah kita sama-sama mengomen (???) untuk entry pertama ini. Jika bagus, akan aku kongsikan kaedah pemasangannya. Jika tak bagus, boleh nyah kau (CommentLuv) dari blog aku.

Selamat meninggalkan komen. Sila beri pendapat anda.

Sekian, terima kasih. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu, Semua Ibu.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada Emak saya yang berada di rumah. Saya harap beliau akan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Saya nak Emak saya tahu bahawa saya sangat sayangkan dia. Saya sayangkan Emak lebih dari segalanya di dunia ini. Dari rahim beliau saya lahir dan keluar melihat dunia. Terima kasih atas penat lelah serta sakit pening mengendong saya. Terima kasih juga kerana susah payah membesarkan saya dan sentiasa memastikan segala keperluan saya dipenuhi. Terima kasih kerana sentiasa memanjakan saya dengan belaian dan peluk cium walau saya sudah ada suami dan ada anak seorang. Terima kasih Emak. Emak adalah segala-segalanya.

Ucapan Selamat Hari Ibu yang seterusnya saya tujukan khas buat Ibu Mertua saya yang berada di Taman Puteri Wangsa. Saya tahu yang saya bukanlah menantu yang baik. Malah saya tahu yang saya seorang menantu yang 'hantu'. Heeeee. Tapi saya comel (???) dan saya sangat sayang Ibu Mertua saya. Selamat Hari Ibu, Ibu. Terima kasih kerana menjadi seorang Ibu Mertua yang baik dan sporting. Aishah sayang Ibu sangat. :))

Ucapan Selamat Hari Ibu yang ketiga ini saya tuju buat diri saya sendiri. Oleh kerana Anas Nashriq masih kecik dan hanya tahu bercakap 'bababababababa', maka saya anggap yang beliau memberikan ucapan ikhlas beserta semburan air liur merembes-rembes ke muka Mama dia ini. Terima kasih Anas Nashriq sebab menjadikan dunia Mama sangat-sangat lengkap. Kerana Anas Nashriq, Mama kini mampu meraikan sambutan Hari Ibu walau tak ada hadiah yang istimewa dan spesifik dari Nashriq. Takpe, mungkin tahun depan Nashriq boleh pakat dengan Ayah untuk hadiahkan Mama sebuah Banglo. Ingat ye? SEBUAH BANGLO.

Dan terakhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh dunia yang memahami tulisan saya ini. Kalau omputih baca tapi tak faham, itu masalah mereka (???). Saya doakan anda-anda semua diberikan kesihatan yang baik-baik serta diberikan kekuatan agar dapat membesarkan serta mendidik anak-anak anda sebaik yang mungkin. Berusaha untuk berikan didikan dan kasih sayang yang terbaik untuk anak kita agar mereka bisa hidup sejahtera di dunia dan akhirat. Insya-Allah.

Dan sebelum anda menutup blog saya ini, saya minta kita baca bersama doa di bawah ini.

"Ya Allah Ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil."

P/S : Cita-cita dulu nak jadi Ustazah. Heeee. :))



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015