Thursday, May 31, 2012

Dejavu.



Hohoho lama gila tak update cerita sendiri. Actually, tak ada pon yang menarik terjadi dalam hidup aku beberapa minggu ini melainkan kehidupan yang semakin hectic membaca notes-notes Shaklee. Hahaha. Tapi aku suka, gembira dan cinta. Aku berimpian besar untuk berhenti kerja, duduk rumah jaga anak, dan buat bisnes macam ini sahaja. Super selesa!

Oh yeah, gambar kat atas adalah gambar-gambar menarik yang aku petik (petik?) malam semalam. Gambar pertama yang belah atas tu adalah gambar aku dan Abang De. Amacam? Comey tak? Huish, tu baru tengok gambar masa baby. Cer tengok gambar sekarang? Lagi comey tahu! KAHKAHKAH.

Gambar kedua pulak adalah gambar Nur Anis Najah dan Ahmad Nur Haziq, anak kepada Abang De aku. Agak sama di situ. Actually kalau tengok gambar macam ni, Najah memang takde muka aku langsung sebab mata ke-cina-an dia itu. Tapi kalau tengok depan-depan, she looks exactly like me in the first picture. Anak Mama lah katakan. Echeh!

Err, hari Sabtu ni Najah akan cukur jambul. Tak sabar rasanya nak buat majlis untuk si kecik ni pulak. Dulu masa Abang Long Nashriq, tak sempat update apa-apa dalam blog. Biasalah, aku kan pelokek cerita peribadi sikit. Hahaha. Insya-Allah, kalau ada kerajinan dan kelapangan, aku update tentang majlis Najah ni nanti.

Sampai jumpa lagi di lain entry. Daaa!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, May 30, 2012

Testimonial #1 : Ieja Dan Set B + ESP.

Selamat pagi yow! Hari ini ada meeting kat Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman 1 (STAR 1). Sangat seronok dapat jumpa rakan-rakan PT serata daerah. Masa ni lah dapat nak tukar-tukar khabar dan ilmu. Serius seronok. :)

Walaupun meeting, handphone masih di tangan. Orang kata, buat-buat hilang bosan. Hehehe. So, sambil dengar meeting tu, sambil scroll down Twitter. Baca cerita kawan-kawan. Mencelah sikit-sikit. Sempat jugak minta resepi Lasagna kat Achmal. Hahaha. Thanks Mal! :p

By the time scroll down Twitter tu, aku receive Whatsapp message dari Ieja - antara customer pertama aku. Ieja ni ambil Set Breastfeeding + Energizing Soy Protein (ESP). Message beliau berbunyi begini;

"Hush.. Perubahan sgt ketara pada susu ieja.. Sykur alhamdulillah... Mengepam pon sonok sha.. Pagi ni x sempat sarapan, kena pam dulu.."

Senyum aku sampai ke telinga. Ya Allah, syukur atas nikmatMu.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, May 29, 2012

Kulit Cantik, Kesihatan Tip Top, Badan Pon Sihat Bertenaga!


Sorry sebab aku terlambat nak cerita pasal promo terbaru ni. Actually, promosi terhebat harga menarik ini tamat end of this May. Maksudnya, ada lagi 2 hari je??! Takpe. Takpe. Aku ceritalah jugak sebab omputih kata, better late than never. Orang Melayu pulak kata, biar lambat asal selamat. Eh?

Dua vitamin di atas adalah GLA Complex dan Energizing Soy Protein (ESP). ESP tu aku tak payah ceritalah pasal dalam entry sebelum ni, aku dah gebang panjang kan? So harini aku nak cerita pasal GLA Complex yang sungguh terkenal kerana khasiatnya yang super hebat. 

Ada apa dengan GLA Complex yow?
~ Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
~ Membantu meningkatkan kesuburan.
~ Melegakan PMS (sindrom pra-haid).
~ Membantu dalam menangani menopus.
~ Menguatkan kuku dan rambut.
~ Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri.
~ Membantu menangai ekzema.
~ Melegakan simptom akibat artritis reumatoid.
~ Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
~ Menguatkan imuniti tubuh.
~ Memperlahankan proses penuaan.
~ Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung.
~ Mengawal kencing manis dan darah tinggi.
~ Mengawal kolesterol.
~ Untuk fungsi saraf.
Korang boleh jenguk blog Kak Bee untuk baca testimoni. Memang best!

So? Siapa yang perlu ambil GLA Complex ni?

Sesiapa sahaja yang mahu cantik, mahu sihat, ada masalah haid tidak tetap, senggugut yang melampau-lampau, hormon tidak stabil, nak hilangkan jerawat, nak kulit cantik halus dan mulus, semua pon boleh! 

Eh? GLA pon boleh cantikkan kulit? Ye, boleh! Sebab apa? Sebab dalam GLA Complex ni ada Vitamin E. Tak payah dah nak ambil Vitamin E lain lagi. Mudah dan senang. Ye dak?

Tapi, kenapa aku promo sekali dengan ESP?

Sebab, ESP ada Protein. Protein kan makanan sel dalam badan. Bila sel dalam badan sihat, maka lebih cepat, mudah dan berkesanlah GLA Complex (atau apa sahaja vitamin lain) untuk menyerap. ESP ni memang aku suggest habis-habisan. Bukan sebab aku nak jual ke, nak untung ke. No! Tapi sebab aku sendiri dah minum dan rasai khasiatnya. Pilihan di tangan anda. Duit pon duit anda. Hehehe.

Akhir kata dari saya; Nak cantik? Nak sihat? Nak bertenaga?

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, May 25, 2012

Nashriq, 21 Bulan.


Nashriq & Najah

Gambar Nashriq yang kat atas tu adalah sewaktu beliau berusia 3 bulan 7 hari. Hari ini, beliau sudah genap 1 tahun 9 bulan. Bila pandang Najah sekarang, terasa rindu Nashriq yang kecik molek duduk diam ala-ala tak tahu apa-apa. Hahaha. Tapi sebenarnya bila anak semakin membesar gini, rasa makin best buat kawan. Jadi teman berbual, teman gaduh, teman berpeluk-peluk. Haih. :)

Nashriq sedang dalam proses develop diri sendiri. Sangat keletah dan pandai menyenangkan hati orang sekeliling. Emak aku cakap, rumah tu kalau Nashriq tak ada sehari, memang sunyi sepi. Anak-anak sedara aku pon mencari kalau Nashriq tak datang. Dia ni kira macam tukang buat kelakar lah. Dia buat lawak, dia ketawa. Pastu, orang lain pon ketawa tengok dia.

Aku paling suka bila part aku sampai rumah balik kerja. Dia pandang je mata aku, sambil panggil, "Mama!". Pastu senyum, peluk dan 'tepuk-tepuk belakang' aku ni. Ya Allah, terasa sangat semua beban penat lelah terbang melayang. Rasa kat hati ni macam kembang dengan cinta. Serasa tak nak lepaskan pelukan tu. Serius, dia ubat penenang aku.

Vocab pon semakin mantap. Kalau dia tengok kami makan, "Ermm, sedapnya!". Tapi bila suap tak mahu! Kalau tanya Ayah pergi mana? "Kerja!". Mama buat apa? "Tidur!". Ye. Ye. Nampak sangat Ayah kerja keras, Mama senang lenang tidur ye? :p

Kalau nak air, "Nenek, nak ayie..". Ye, dia sebut air tu AYIE. Kalau nak susu, "Mama nak YU." T__T

Sebelum tidur, dia akan salam semua orang satu rumah 3-4 kali. "BYE BYE BYE" dia dok jerit kat semua orang. Masuk bilik, salam Ayah, cium. salam Mama peluk cium dan ajak baring gentel rambut. Kalau aku tengah enjut Najah dan Wahid yang volunteer nak tidurkan Nashriq pon, maka janggut Wahid lah yang jadi mangsa gentelan dia. Tak paham aku satu perangai anak bujang ni. 

Oh, dia sangat sayangkan adik dia! Super sayang! Kalau bangun tidur, perkara pertama yang dia cari ialah "JAH?". Kalau Najah dah bangun, dia akan landing sebelah sambil mata bertemu mata. Pastu berbual bahasa only-they-know. Nashriq cakap, Najah ketawa. Najah cakap, Nashriq ketawa. Sesekali, Nashriq cium rambut Najah. Sesekali juga, Najah tendang perut Nashriq. Bila dia nak cium Najah, dia akan cakap, "Ayang Ajahh!".

Tapi jangan dipercaya sangat. Kerana anytime dia boleh pelepek muka adik dia sebab terlalu geram. :)

Oh ya! Haritu Emak aku jatuh kat bilik. Then, bila aku balik rumah, Nashriq jadi orang pertama yang melaporkan. "Mama, Nenek atuh! Habissssshh!". Masa tu nak gelak sangat sebab Nashriq ni memang akan sebut 'habis' kalau benda jatuh. Air tumpah, "Habissshh!". Dia baling selipar ke bawah pon, "Habishhh!" sambil tangan pusing-pusing. Hahaha. Entah mana dia belajar entah.

Pernah sekali dia main bergumpal dengan Wahid dalam bilik. Gumpal punya gumpal, dia pon main tendang muka Ayah dia. Wahid pon lepuk ringan ke kaki dia. Pastu dia datang depan jumpa aku, "Mama, akit! Ayah pok!". Berdekah satu rumah dengar! Hehehe. Nampak gayanya memang tak boleh buat atau cakap perkara tak elok depan dia. Sepantas kilat dia akan rakam dan 'lakon'kan balik.

Rancangan kegemaran televisyen beliau ialah zikir-zikir dan selawat kat Astro Oasis. Kau bukaklah channel 611 nak suruh tengok Tom Tom Bak ke, memang boh layan. Tapi kalau pukul 7.00 malam - 8.00 malam, nak suruh dia duduk diam, bukak je Astro Oasis tu. Confirm semua kerja aku settle!

Pernah satu malam, aku bukak Surah Luqman kat handphone sementara enjut Najah dalam buai. Dia pon landing tepi sambil minum susu. Lepas Najah tidur, aku pon off surah tadi dan bukak youtube nak ajak dia tengok video Party Sampai Pagi. Sekali dia balingnya handphone aku tu sebab marah aku off surah tadi! Malu aku nokks. Bukak balik surah tadi, diamlah dia baring sebelah aku sambil gentel rambut. T__T

Lasaknya pon bukan main. Terloncat sana. Terloncat sini. Panjat sana. Panjat sini. Kalau sepupu sepapat kat rumah tu, jadi tempat buli dia je. Ada anak sedara aku perempuan umur 3 tahun, takut gila dengan Nashriq. Sebab Nashriq suka tarik rambut budak tu dan kasi 'pelempang' free. Nasib baiknya, Nashriq ni tak akan buat kat orang yang dia baru jumpa. Dia akan berkelakuan lasak begini dengan orang-orang terdekat je. Kalau jumpa new people, dia akan berlakon baik. Ehek.

Eh, terpanjang pulak entry harini. Ingatkan nak wish happy 21st months sahaja. Tapi dah jadi entry cerita panjang perangai anak. Well, aku jarang kan dapat update pencapaian terkini anak setiap bulan. Makan harini adalah bonus lah! :)

Happy 21st months birthday, Anas Nashriq. Mama love you! 

Oklah. Hari Jumaat nak rehat panjang. Tata! 



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, May 24, 2012

Unsabar!

Unsabar = Tak sabar!

Sorrylah sebab bahasa tak berapa nak bagus. Inilah kesannya kalau jadi penunggu Twitter 24 jam. Banyak sangat bahasa-bahasa pelik (tapi best!) yang dipelajari. Satu hari nanti, aku bukak entry "Kelas Bahasa Twitter" lah. Sungguh seronoks! <- Ada 'S' sebab menunjukkan banyak. Hehehehe.

Oh yeah. Aku dah order Lecithin tahu? Dengan harapan dapat membuang lemak-lemak yang semakin bermaharajalela kat dalam tubuh badan aku ni. Mungkin sampai harini atau esok. Oh, sungguh tak sabar nak makan. Kalau baca dia punya testimonial, memang teruja woo!

Sumber gambar dari Google.

Apa fungsi Lecithin?

1- Lecithin membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan lebihan lemak dalam badan, seperti darah tinggi, stroke, sakit jantung dan lain- lain. Ini kerana Lecithin bertindak sebagai pelarut lemak.

2- Lecithin memecahkan lemak, dan jika diambil untuk mengurangkan berat badan, dan jika anda turut bersenam, Lecithin mampu membakar lemak dengan lebih cepat.

3- Lecithin juga berperanan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.
4- Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.

5- Lecithin sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. Sebab itu Lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti Alzheimer Disease. Lecithin adalah makanan otak dan saraf.

6- Lecithin dapat membantu masalah Insomnia. Ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur.

7- Lecithin adalah asid lemak yang penting bagi paru-paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation.

8- Lecithin membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).

9- Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.

10- lecithin diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS.


Sumber dari blog Kak Beeha.

Huwaaaaa sungguh tak sabar!

Aku yakin, korang pon sama kan nak tahu hasilnya? Nanti aku share k? :)

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, May 23, 2012

Inginkan Kecantikan Dari Dalam?


I'm fall in love with ESP! :)

Pada mulanya, aku minum Energizing Soy Protein (ESP) sebab nak tambah susu dan memperkayakan khasiat susuibu sahaja. But then, aku terasa kelainan pada tubuh badan aku sendiri. Apa kelainannya? Meh aku list down.
  • Kulit badan terasa licin. Kalau dulu aku gesel-gesel kaki antara kaki terasa noo kasarnya. Macam pekerja buruh pon ada. Kekeke. Tapi sekarang, sungguh seronok nak gesel kaki sendiri. Err. Kenapa bunyi macam tidak senonoh je ni? Okeh, NEXTTT!
  • Tapak kakiku yang kasar berdengkang sebelum ini sudah licin yow! Yang ini, suamiku yang perasan tahu? Masa tu duduk bersila, pastu dia tanya, "Eh, mana pergi kulit kasar kat tapak kaki awak? Dah hilang?" I pon tersipu-sipu malu. Cececece.

  • Kulit muka jadi berseri, anjal dan gebu. Hoy gilalah buat entry up diri sendiri. Tapi betul okeh. Aku tak tipu. Dah ramai dah perasan dengan perubahan muka aku sendiri. Semua akan cakap muka aku berseri-seri. Sampai ada yang kata pembawakkan budak! HOY!

  • 'Aset-aset' peribadi terasa gebu dan anjal. Ini tak payah cerita panjang. Nak tahu PM aku. Muehehehe.

  • Badan yang dulunya terasa mudah penat, letih dan lesu terasa segar je setiap hari. Bab ini, aku cadangkan pengambilan bersama Ostematrix (pil Kalsium).

Fakta : Pengambilan Protin adalah sangat diperlukan bagi makanan sel-sel dalam badan kita. Sel badan yang sihat akan menjamin penyerapan vitamin-vitamin lain yang kita makan dengan lebih efektif dan optimum.

Berikut di bawah, fakta yang aku ambil dari  http://www.mamafaiz.com.

Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?
Pelajar, pekerja / individu dewasa : As energy booster (Kalau minum pagi2 tu terasa energetic dan tak rasa lapar sangat. So bonuslah for weight management)
Lelaki : Melindungi dari sebarang penyakit kronik.
Ibu mengandung : For a healthier pregnancy – well-grown fetus.
Wanita : Keanjalan kulit (Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, May 22, 2012

Apa Bezanya?


This two picture below diambil pada awal pagi 21/05/2012 hari Isnin. Punyalah kental pagi-pagi buta sediakan susu nak hantar ke rumah BS pastu ternampak panorama ini dan berlari-lari anak ke dalam bilik untuk ambil handphone semata-mata kerana nak ambil gambar? Yeah rite! Aku memang paparazzi sangat kan. Very the kepoh gitu! Gegegegege.

Oh yeah. Jom main teka teki nak?

Apa perbezaan antara botol kiri dan botol kanan? Anyone?



"Beza apa Aishah? Kiri lebih sikit kot? Kanan kurang?"

Tak nampak? Serius tak nampak? Takpe, ini gambar dengan flash.


"Eh, kenapa belah kiri macam cair putih? Belah kanan macam pekat kuning?"

Yeah! 10 markah untuk yang menjawab dan bertanya balik!

Actually, pada hujung minggu yang lepas, aku telah buat satu eksperimen ke atas diri sendiri. I DON'T TAKE MY SUPPLEMENT AT ALL. Semua pon tak makan. Aku stop ESP, Vitalea, Vitamin B, Vitamin C, Alfalfa, Ostematrix dan Vitamin E. Tak. Aku tak makan langsung. 

"Kenapa Aishah? Kenapa? Supplement awak dah habis ke?"

HAHAHAHA. Taklah. Aku saje tak makan sebab nak buat eksperimen nak bagi korang tengok. Sebab kalau aku pung pang pung pang sorang sorang dalam blog cerita 'Shaklee ni bagus kena beli kalau tak bla bla bla', pon tak guna jugak kan? So, the picture above sudah menerangkan segalanya. :)

Botol belah kiri adalah hasil mengepam hari Ahad (tak makan supplement). Manakala botol belah kanan adalah hasil hari Jumaat (kat office dan makan supplement). Dapat tengok kan bezanya? Tanpa supplement agak sedikit putih dan cair. Manakala yang makan supplement menjadi pekat dan kekuningan. 

"Apa yang kau makan, Aishah?"

Nak kena ulang ke ni? Takpe. Takpe. Aku suka buat siaran ulangan.

Set Breastfeeding + ESP + Ostematrix

Set Breastfeeding
1) Vitalea : Multivitamin dengan formula zat besi. Sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting. Perlu dalam menjamin kesejahteraan secara am.
2) B Complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseru. Inilah rahsianya, B for Beauty!
3) Vitamin C : Sebagai antioksidan. Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan kulit lebih cantik.
4) Alfalfa : Raja segala tumbuhan. Membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu menyusu, ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSUIBU.
OSTEMATRIX (KALSIUM)
Dalam susuibu, antara komposisi vitamin yang tinggi ialah kalsium. Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susuibu akan diserap dari yang sedia ada dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko Osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. 

ENERGIZING SOY PROTIEN (ESP)
Komposisi vitamin utama dalam susuibu ialah protin. Protin adalah makanan sel. Sel tidak kenal Nasi Lemak, Air Soya atau Tempe tetapi sel hanya perlukan protin iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protin berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protin. Selain itu protin dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Protien sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protin seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protien yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.
Kredit to http://www.mamafaiz.com/


Sebenarnya aku makan lagi satu vitamin iaitu Vitamin E. Hehehe. Tapi itu untuk kesan lainlah. Sambil menyelam minum air orang tua-tua kata. Heh. Nanti dalam entry lain, aku cerita pasal Vitamin E pulak ek? :)

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E
 

P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, May 21, 2012

Tidur Berhimpit Dan Sakit Badan?


Kalau kitorang stay kat rumah Emak, aku tiga beranak akan tidur berbaris di atas katil. Nashriq hujung katil belah dinding, aku kat tengah-tengah, dan Najah hujung katil belah kanan. Err, panoramanya lebih kurang kat bawah ni lah. Tapi gambar bawah ni aku belum landing lagi. Hehehe.

Dua-dua tidur himpit menghimpit!

Yang selalu jadi mangsa, tentulah aku! Aku kat tengah-tengah. Najah belah kanan nak mengempeng. Nashriq belah kiri nak menggentel rambut aku nak peluk-peluk cium cium semua. Sudahnya, aku tidur terpele'ot macam cacing merengkok-rengkok. Sepanjang malam tau aku tidur macam gitu. Badan ke kanan (Najah mengempeng), kepala ke kiri (Nashriq nak gentel rambut). Haaa, can you imagine macam mana posture badan aku sepanjang malam?

Kesannya, badan aku akan jadi super sakit. Badan yang tengah belakang ni, nak tegakkan pon tak boleh woo. Rasa macam ada benda tajam mencucuk-cucuk. Kalau nak bangun dari tidur, aku kena terlentangkan badan dulu, ambil masa 5-10 minit untu regangkan otot dan tulang temulang, baru aku boleh bangun. 

Tidur lena? No way! Tak ada dalam kamus perkataan 'tidur lena' masa aku dalam pantang haritu. Najah asyik nak mengempeng. Tak puas menyusu duduk (sakit tengkuk, sakit pinggang), aku menyusu sambil mengiring pulak. Settle Najah, Nashriq pulak nak kasih sayang. Kena peluk cium dan layan berbual-bual bahasa Jerman dia. 

Ergh! Aku rasa nak mengamuk je setiap pagi masa dalam pantang dulu tahu tak? Bila badan kita sakit, automatik kepala otak pon sakit. Bila kepala otak dah sakit, maka stress pon datanglah bertubi-tubi. Bila dah stress, tak eloklah untuk penghasilan susuibu kan? You stress, less production

Don't worry ibu-ibu yang sedang berpantang, aku memahami. :)

Sampailah aku mencuba ESP dan Ostematrix. Jeng jeng jeng.

ESP - Energizing Soy Protein.
Sumber gambar : Google.


Ostematrix.
Sumber gambar : Google.


Aku start consume ESP dan Ostematrix ni selepas pantang. Kalau tak salah aku, Najah dah umur 2 bulan kot. I decide untuk tambah dua benda ini dalam supplement harian. Kalau sebelum ini, aku just consume Set Breastfeeding sahaja. 

Set Breastfeeding
I start consume this at first.

Amazingly, selepas 1-2 hari minum ESP dan mengambil Ostematrix sebagai supplement tambahan, there is no more sakit-sakit badan dah. I fell more relax dan energetic setiap hari bangun pagi. Rasa segar je walau tak cukup tidur melayan anak-anak back to back di malam hari. 

Apa sebenarnya yang ada dalam ESP dan Ostematrix ni?

Energizing Soy Protein (ESP)
  • Membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan.
  • Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • Menyediakan 14 gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung.
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • Setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.
  • Kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menopause.
  • Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah.
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • Tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya.
  • Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Ostematrix (Kalsium)
  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.  
  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan. 
  • Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.
  • Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.
  • Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.
  • Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.
  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.
  • Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi (DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
  • Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
  • Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.
Sumber dari http://www.mamafaiz.com/ 


Ohhh. Patutlah badan rasa segar dan tak sakit-sakit lagi. Sumber protin dan kalsium mencukupi dalam badan. Yelah, nak harapkan aku minum susu setiap hari, memang tak dan lah. Aku tak gemar susu. Kalau Milo atau Horlicks tu memang favorite. Jadi, aku campur je ESP dalam minuman kegemaran aku tadi. Mudah dan enak. Hehehe.

Oh kejap. Aku terbaca ni tadi.

Puteri Yusof : ESP bantu sihatkan sel. Sel yang sihat dapat serap vitamin lain yang awak amek tu dengan lebih baik. Kalau sel tak sihat, vitamin amek masa lebih lama untuk diserap dan efektif.

Ohhhh. ESP Shaklee ni bantu menyihatkan sel-sel dalam badan kita. Kalau sel tubuh badan kita sihat, maka mudahlah segala apa vitamin yang kita makan diserap. Kalau sel tubuh badan kita tak sihat, kita makan vitamin paling bagus pon, kesannya akan jadi kurang atau lambat efektif.

Jadi, kepada sesiapa yang berminat nak mencuba salah satu atau kesemua supplement-supplement di atas, jangan malu-malu nak contact aku. Tak payah malu ah dengan aku. Aku bukan sesiapa pon. Kihkihkih.

Bagi korang yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi aku di;

1. PM Facebook : Aishah Rahim
2. Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E


P/S #1 : Setiap pembelian, anda layak menerima jadual makan & tips ekslusif yg berkaitan, konsultasi percuma berterusan (after sales service) dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup di Facebook.

P/S #2 : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, May 18, 2012

Bagaimana Aku Manage Segala Supplement?

Aku makan 7 jenis pil satu hari termasuk Noriday! Can you imagine? Sesetengah orang confirm punya tak tertelan. Tak payah cakap jauh, Kak Ngah aku sendiri jenis susah nak makan ubat. Kalau dia jatuh sakit, nak kena berpaksa baru nak makan ubat. Bila aku tunjuk beg ubat khas aku, dia geleng kepala. Tak sanggup katanya nak menelan ubat banyak-banyak. For me, nak sihat nak cergas nak susu berkualiti, kenalah makan. Kan? Echeh.

Bila dah seronok makan supplement 2-3 bulan, aku terus beli yang full pack. Sangat berbaloi lah untuk penggunaan 4 bulan sekaligus. Tak perlu nak risau stok bulan depan habis ke apa. Beli sekali banyak, simpan sendiri kat rumah. 

Set Breastfeeding + ESP + Ostematrix

Bila dah beli full pack, aku pening kepala pulak camne nak bawak pergi kerja setiap hari. Takkanlah nak bawak satu beg plastik besar setiap hari kan? Berbotol-botol macam gitu. Hahaha. Nak makan depan orang pon segan kan? Camne nak kuar botol besar ni? Orang ramai ni? Pastu bila malu, terus tak makan kan? Pastu miss lah makan supplement hari itu? Betul tak? Betul tak?

So, I manage to do this. :)

Baris! Sedia! Baris! Senang diri! :p

Comey tak supplement aku berbaris tu? Hehehe. Yeah, aku buat macam gini supaya senang bawa, senang makan dan senang ingat. Beg merah yang cantik belah belakang tu, aku dapat free gift masa beli dari Kak Cery dulu. Pil box yang baris tinggi tu, aku dapat free gift masa beli dengan Kak Beeha. So, aku gunakan sebaik yang mungkin untuk kemudahan aku sendiri. :)

Pil box pertama belah kiri tu, aku isi Vitalea + Vitamin B Complex satu biji setiap satu petak. Yang ini, aku makan selepas sarapan pagi. Pil box kedua tu, aku isi Vitamin C + Vitamin E satu biji setiap satu petak dan aku makan selepas lunch. Alfalfa, aku tak kacau masuk mana-mana bekas lain. Aku biar je dalam botol dia dan aku bawak masuk sekali dalam beg merah tu. Sama jugak dengan Ostematrix. Just nice je masuk dalam beg semua benda alah di atas.


Comey tak? Comey tak? :)


So kepada korang yang berminat nak try Set Breastfeeding atau mana-mana supplement Shaklee yang lain, bolehlah PM aku ye. Insya-Allah aku akan berikan layanan yang baik (amboi lain macam je). HAHAHAHA. Taklah. Maksud aku, aku akan berikan free consultation tak payah bayar. Ha? Siapa mahu? Siapa mahu? 

P/S : Kalau ada masa lebih kang, aku kongsi kebaikan Set Breastfeeding tu ye? :)


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Thursday, May 17, 2012

PENGEDAR SHAKLEE DI TAMPOI, LARKIN & JOHOR BAHRU.


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya kini adalah pengedar Shaklee yang sah (ID 882365) di kawasan Tampoi / Larkin & Johor Bahru.

Jika anda sedang mencari supplement semulajadi bagi tujuan PENYUSUAN BAYI, IBU MENGANDUNG, BERPANTANG, MASALAH BERAT BADAN, KESUBURAN, ANAK KURANG SELERA MAKAN, ECZEMA, MASALAH KULIT, dan sebagainya, anda bolehlah :

1. PM Facebook : Aishah Rahim
3. SMS/Whatsapp : 014-3580109
4. BBM : 2701848E

Setiap pembelian dgn saya atau ID saya, anda layak untuk mendapatkan ini:

1. FREE AFTER SALE CONSULTATION
2. FREE INVITATION TO EXCLUSIVE FB GROUP FOR CUSTOMER

Terima kasih! :)

P/S : I'm starting to love this. :)




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, May 15, 2012

Will My Dream Come True?


Tahun lepas, satu kakak officemate tunjuk video anak dia masuk Pertandingan Azan. Budak lelaki umur 7 tahun. Ber-Azan dengan penuh khusyuk. Tertibnya sempurna. Rasa syahdu sangat bila tonton video tu. Kalau aku yang bukan Emak budak tu pon dah rasa bangga, apa lagi Emaknya kan?

Since then, aku menyimpan angan-angan untuk memasukkan anak-anak aku ke sekolah yang sama. Sekolah berbayar yang fokus ke arah keagamaan. Aku betul-betul mahukan anak aku membesar dengan ilmu agama yang cukup. Jangan macam aku, ponteng mengaji setiap hari. Sekolah agama pon pergi ikut suka hati. Akhirnya, ilmu akhirat cetek dan terpaksa belajar semula sekarang. Haihh. :(

Sekolah Sri Johor, untuk Nashriq dan Najah. Insya-Allah.

Sekolah ni best gila. Hantar anak waktu pagi, dan mereka belajar macam biasa. Cukup ilmu dunia dan akhirat. Tiba waktu Solat, kena Solat. Belah petang ada mengaji pulak. Kokorikulum pon mantap. Pendek kata, apa yang ada kat sekolah harian biasa, ada jugak kat sekolah ini. Bezanya, sesi pembelajaran adalah dari pagi hingga petang. Sangat pack dengan pelbagai aktiviti rohani dan jasmani. Gila punya best, kan?

Bila Nashriq mula menunjukkan minat ke arah keagaamaan (tengok Astro Oasis tak berkelip mata setiap hari), I was thinking to send him to Sri Johor. Alangkah indahnya perasaan bila dapat tengok anak kita cukup ilmu dunia dan akhirat nanti. Kita kat dalam kubur pon tak berpeluh nak menjawab. Insya-Allah!

So, aku pon pergilah bertanya kakak officemate tadi. Bertanya yuran masuk dan yuran bulanan sekian-sekian. Hahaha. Padahal Nashriq baru umur setahun lebih kan? Begitu semangat nak tanya bab yuran bagai. But, I really need to know. Nak make sure perbelanjaan akan datang sangat mencukupi bagi menampung impian aku yang satu ini.

Aku :
Kak Ton, nak masuk sekolah Sri Johor bayar berapa?

Kak Ton :
Yuran masuk seribu lebih.....

Aku :
*GULP!*

Kak Ton :
Yuran bulanan RM280.....

Aku :
Okeh, bye!

Terus blah. Tak sanggup nak dengar lagi.

Macam mana impian aku nak tercapai? Gaji sekarang kami suami isteri pon cukup sampai hujung bulan. Kadang-kadang bernafas guna hidung. Kadang tak bernafas langsung. Untunglah ada simpanan sikit-sikit, boleh diguna pakai bila sesak. Tapi sampai bila nak macam tu? Gunung kalau dikais pon akan runtuh. Iye tak?

Aku pon Google serata alam untuk mencari kerja-kerja sambilan bagi mengumpul dana pembelajaran Nashriq dan Najah dari sekarang. Konon nak jadi kerani menaip sambilan kat rumah. Hehehe. Gila kentang betul punya semangat nak tambah pendapatan. But yes, aku memang semangat nak tambah pendapatan. Demi anak-anak aku.

Tiba-tiba, rezeki datang bergolek (wait, bentuk rezeki tu bulat ke boleh bergolek?). Kak Bee approach me on FB private message dan tanya tak mahu jadi Shaklee distributor ke? I was like...? Rezeki ke apa ni? Saat aku betul-betul tengah mencari jalan hidup. Echeh. 

Kak Bee terang serba sedikit. Aku telefon suami dan minta keizinan. Telefon Emak minta instinct dia as Ibu. Minta pendapat kawan-kawan serba sedikit. Terus aje aku cakap 'yes' kat Kak Bee. Amazingly, aku rasa semangat gila nak mulakan walau hakikatnya ilmu aku masih zero.

So, kawan-kawan. Aku mohon korang doakan aku berjaya dalam kerjaya (echeh!) aku yang baru ini. Doakan segalanya berjalan lancar buat aku. Doakan aku tabah hadapi apa jua rintangan dan onak duri orang berniaga (HAHAHAHAHA!), dan tolong doakan impian aku untuk menghantar anak-anak aku ke Sekolah Sri Johor menjadi nyata. Amin Ya Rabb!

Yes people, I am now Shaklee's independent distibutor! :)

SMS / Whatsapp : 0143580109
BBM Pin : 2701848E
Email : shara85_jb[at]yahoo[dot]com

P/S : Ya Allah, mudahkan jalanku. 




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, May 9, 2012

13 Anak, 3 Professor.


Kelmarin ada berbual dengan seorang Ustaz kat kantin sekolah. Ustaz ni memang baik woo. Selalu kongsi tips macam-macam. Kelakar pon iye jugak. Kalau berbual dengan dia, mesti ada je benda nak jadi gelak. :)

Sambil dia belek Harian Metro, sambil mulut dia mengomel.

Ustaz : 
Haritu saya pergi Kompleks Islam, Cha. Ada penyampaian Anugerah Ibu Bapa Mithali. Orang tua dari Pontian yang dapat. Bagus ah dia. Anak 13 orang. Semua masuk Universiti. 3 orang jadi professor.

Aku : 
Kekeke. Ustaz tak tanya apa rahsia dia?

Ustaz : 
Tanya! Saya tanya suami dia, apa rahsia anak pandai-pandai? Suami dia jawab apa Cha tahu?

Aku : 
*Geleng kepala*

Ustaz : 
Saya tak tahu apa-apa Ustaz. Yang saya tahu cuma menoreh getah dan buat anak! (Sambil tiru cara lelaki tua bercakap)

Kami yang ada kat situ semua bantai gelak!

Ustaz : 
Pakcik tu sambung lagi, - Tapi saya tahu, isteri saya yang buat semua ni. Setiap hari, isteri saya mesti akan sedekah seorang satu Al-Fatihah ke anak-anak sambil pegang kepala masing-masing. Tak pernah miss Ustaz! Setiap hari mesti buat! (Tiru cara bercakap lelaki tua itu lagi)

Kami berhenti gelak. Aku ternganga.

Mungkin ada benarnya. Sama-samalah kita amalkan.

Sharing is caring kan? :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Monday, May 7, 2012

Penawar Rindu.


Nashriq : 
Najah, cuba awak senyum sikit? Ayah nak ambil gambar tu?



Najah : 
Kita tak pandai senyumlah Bayong. Kita malu!



Nashriq : 
Takpe. Meh Bayong ajar. 1, 2, 3, SENYUM! :))




Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Friday, May 4, 2012

Surat Untuk Diri Sendiri.


Dear Aishah Rahim,

Kenapalah kau sekarang ni malas sangat? Dari pam 3 kali, kau cut jadi 2 kali. Bila dah 2 kali, kau cut jadi sekali pulak. Kau tak perasan ke yang susu kau makin sikit? Kau tak perasan ke yang kau makin susah nak rasa bengkak susu? Kau tak perasan ke yang breast pad pon dah takde gunanya sekarang? Haaa??

Cubalah kau fikirkan Najah tu. Dia kat rumah Mak Yah sedang membesar dengan susu badan kau sendiri. Najah perlukan susu kau selama yang boleh. Kalau kau malas macam ni, macam mana susu nak ada? Macam mana susu nak terhasil kalau demand tak ada? Kau lupa ke formula yang penting ni;

DEMAND VS SUPPLY = SEMAKIN KERAP BREAST KOSONG, SEMAKIN BANYAK SUSU TERHASIL

Tolong ingat Aishah Rahim, kalau kau lengah-lengahkan waktu mengepam, takde maknanya susu nak terhasil. Makin lama, makin sikit susu kau nanti. Makan supplement paling bagus dalam dunia pon tak guna. Dahlah nak minum air masak pon malas! Bencilah kau ni! Argh!

Dear Aishah Rahim lagi,

Kau beli tupperware 1.5L nak isi air masak kononnya dari Maria. Tapi hampeh punya pemalas nak angkat bontot isi air dalam botol. Bila kosong dan dah habis minum, kau malas nak isi balik. Sudahnya, kau tak minum pon air masak satu hari buta. Pastu bila production sikit, kau membebel entah apa-apa. Kau sedar tak yang kau punca segala benda ni berlaku? Haa? Kau sedar tak? PANG!!

Dear Aishah Rahim (huh!),

Kau bawak balik pam ke rumah setiap hari pon tak ada gunanya sebab kau pemalas nak pam kat rumah! Memanglah Najah dah minum direct, tapi kalau kau nak tambah susu kau, apa salahnya kau buat Power Pumping sekali sehari? Buatlah waktu malam sebelum tidur tu. Ini tidak, kau tahan membuta lepas habis siap semua kerja. Kau ni memang pemalas tahap kuasa dua lah! Aku menyampah betul nak cakap dengan kau!

Haaa. Sekarang ni kau sibuk dengan bentuk badan kau pulak. Kau sibuk risau berat badan kau naik mencanak-canak. Tapi apa effort yang kau ambil? Tarak! Kau makan macam tak ada hari esok. Aku rasa, kalau hantu makan tengok kau makan pon dia surrender. Dah ada pesaing hebat kata hantu makan. Kau tak malu ke dengan lebihan-lebihan yang ada kat perut kau tu? Nak pakai baju pon susah kan? Ketat kat lengan. Ketat kat perut. Blergh!

Dear Aishah Rahim dengar sini!

Kau ada dua benda kena usaha sekarang ni. Pertama, kau kena rajinkan balik diri kau tu mengepam. Pergi minum air masak banyak-banyak. Ingat, at least 3 liter sehari! Pam tu mesti 3 kali tahu? Jangan skip-skip. Dapat banyak ke, dapat sikit ke, teruskan mengepam. Jangan mengelat!

Kedua, tolong kuruskan sikit badan kau itu. Suami tak cakap apa, kau pon buat bodoh. Nanti bila suami dah bunyi, baru nak sentap. Pergilah try jogging ke, kurangkan makan ke, cari supplement yang boleh buang lemak ke. Pergilah. Tolonglah pergi.

Oh yang terakhir. Boleh tak jangan selekeh-selekeh lagi pergi kerja? Boleh tak jaga penampilan tu sikit? Konon beli set Aura Maya nak jaga muka. Tapi pakai baju tak bergosok. Asyik pakai slipper 24 jam. Hari-hari tudung hitam. Tu tudung banyak-banyak kat rumah tu nak buat apa? Alas meja ke?

Dahlah. Aku dah penat menulis surat ni untuk kau. Aku harap kau faham dan dapat fikir balik apa yang aku tulis ni. Ni semua untuk kebaikan kau jugak. 

Yang benar,
Jiwa Kau.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015