Friday, May 4, 2012

Surat Untuk Diri Sendiri.


Dear Aishah Rahim,

Kenapalah kau sekarang ni malas sangat? Dari pam 3 kali, kau cut jadi 2 kali. Bila dah 2 kali, kau cut jadi sekali pulak. Kau tak perasan ke yang susu kau makin sikit? Kau tak perasan ke yang kau makin susah nak rasa bengkak susu? Kau tak perasan ke yang breast pad pon dah takde gunanya sekarang? Haaa??

Cubalah kau fikirkan Najah tu. Dia kat rumah Mak Yah sedang membesar dengan susu badan kau sendiri. Najah perlukan susu kau selama yang boleh. Kalau kau malas macam ni, macam mana susu nak ada? Macam mana susu nak terhasil kalau demand tak ada? Kau lupa ke formula yang penting ni;

DEMAND VS SUPPLY = SEMAKIN KERAP BREAST KOSONG, SEMAKIN BANYAK SUSU TERHASIL

Tolong ingat Aishah Rahim, kalau kau lengah-lengahkan waktu mengepam, takde maknanya susu nak terhasil. Makin lama, makin sikit susu kau nanti. Makan supplement paling bagus dalam dunia pon tak guna. Dahlah nak minum air masak pon malas! Bencilah kau ni! Argh!

Dear Aishah Rahim lagi,

Kau beli tupperware 1.5L nak isi air masak kononnya dari Maria. Tapi hampeh punya pemalas nak angkat bontot isi air dalam botol. Bila kosong dan dah habis minum, kau malas nak isi balik. Sudahnya, kau tak minum pon air masak satu hari buta. Pastu bila production sikit, kau membebel entah apa-apa. Kau sedar tak yang kau punca segala benda ni berlaku? Haa? Kau sedar tak? PANG!!

Dear Aishah Rahim (huh!),

Kau bawak balik pam ke rumah setiap hari pon tak ada gunanya sebab kau pemalas nak pam kat rumah! Memanglah Najah dah minum direct, tapi kalau kau nak tambah susu kau, apa salahnya kau buat Power Pumping sekali sehari? Buatlah waktu malam sebelum tidur tu. Ini tidak, kau tahan membuta lepas habis siap semua kerja. Kau ni memang pemalas tahap kuasa dua lah! Aku menyampah betul nak cakap dengan kau!

Haaa. Sekarang ni kau sibuk dengan bentuk badan kau pulak. Kau sibuk risau berat badan kau naik mencanak-canak. Tapi apa effort yang kau ambil? Tarak! Kau makan macam tak ada hari esok. Aku rasa, kalau hantu makan tengok kau makan pon dia surrender. Dah ada pesaing hebat kata hantu makan. Kau tak malu ke dengan lebihan-lebihan yang ada kat perut kau tu? Nak pakai baju pon susah kan? Ketat kat lengan. Ketat kat perut. Blergh!

Dear Aishah Rahim dengar sini!

Kau ada dua benda kena usaha sekarang ni. Pertama, kau kena rajinkan balik diri kau tu mengepam. Pergi minum air masak banyak-banyak. Ingat, at least 3 liter sehari! Pam tu mesti 3 kali tahu? Jangan skip-skip. Dapat banyak ke, dapat sikit ke, teruskan mengepam. Jangan mengelat!

Kedua, tolong kuruskan sikit badan kau itu. Suami tak cakap apa, kau pon buat bodoh. Nanti bila suami dah bunyi, baru nak sentap. Pergilah try jogging ke, kurangkan makan ke, cari supplement yang boleh buang lemak ke. Pergilah. Tolonglah pergi.

Oh yang terakhir. Boleh tak jangan selekeh-selekeh lagi pergi kerja? Boleh tak jaga penampilan tu sikit? Konon beli set Aura Maya nak jaga muka. Tapi pakai baju tak bergosok. Asyik pakai slipper 24 jam. Hari-hari tudung hitam. Tu tudung banyak-banyak kat rumah tu nak buat apa? Alas meja ke?

Dahlah. Aku dah penat menulis surat ni untuk kau. Aku harap kau faham dan dapat fikir balik apa yang aku tulis ni. Ni semua untuk kebaikan kau jugak. 

Yang benar,
Jiwa Kau.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

17 comments:

  1. aishah rahim ni nak kena babap kt montot ni. kemain dia malas2 yek. amboiiiiiiii.. (sambil buat gaya raisya ckp, "amboiiiii, nak e'naaaa??")

    ReplyDelete
  2. Aisyah , Lin nak minta tolong kat aisyah buleh.Hari tu dalam entry breastfeeding lin ade minta nota untuk pengasuh supaya dia bersedia ,buleh tak aisyah email kat lin ?

    norlinziana@gmail.com.

    mecih.:)

    ReplyDelete
  3. Adui AR. pagi2 dah buat kite gelak2 tau...

    Haaaa.pegi pump sana....:P

    ReplyDelete
  4. ntah aishah ni!! nk buat alas meja ke tudung tu? hikhikhik. semoga berjaya AR!!

    ReplyDelete
  5. hahahah..mcm terkene kat diri sendiri plak surat ni huwaaaaa...

    ReplyDelete
  6. @linziana

    Lin, kita dah email haritu. Tak receive ye? Takpe, kita dah forward balik. Cuba tengok ek? :)

    ReplyDelete
  7. aishah samelaaa..
    susu kt pon mcm dah skit je,klu pump time pg sblm nk gi keje nk dpt 4oz pon susah..
    kol 11 pump lg dah xdpt 10 oz..dpt 6oz jekk...dah semakin kurangg
    mlm bile balik umh langsung la tak pump...
    tq post entry kesedaran cmni..
    power pumping tu cmne??

    ReplyDelete
  8. haha.. comel je aishah ni.. maria pn mls..pam masih 2 kali..tp di lewat2kan..ish2.. mls nak gerak g bilik pam tu...huhu..

    ReplyDelete
  9. macik comey, g pump sane... :D

    ReplyDelete
  10. hahaha...kelakor la dia nih...biasa nih mak najah malas2 ek...pi pump sana...buat karangan sambil pump kan senang...hoho...

    ReplyDelete
  11. Hehe, gelak la baca surat ni!! Ayo Aishah, jgn malas malas pump, jauh lg perjalanan Najah huhu. Saya dulu pn malas gak to stick pada 2kali time lunch n lps hubs keje, skrg anak dh 19mths, baru susu surut secara teruk to sbb demand anak dh kurang, still dpt tampung... Ok, jgn mls m,s pump ye, syg sbb susu awak banyak gayanya.... Go Aishah!

    ReplyDelete
  12. Ya Allah cah funnynya kau. ketawa aku baca surat nii. banyaknya mulut kau Cahhhh *ndak habis habis lagi aku ketawa ni*

    ReplyDelete
  13. best best entri ni buat hatiku riang membacanya

    ReplyDelete
  14. cayyok aishah...jgn ulang kesilapan lama!

    ReplyDelete
  15. nanti kalau aku berpeluang breastfeed sekali lg. aku carik balik surat ni, tp tukar nama..
    dulu aku pun pemalas.. tp xde kesedaran nak remind diri sendiri. kira kau ni lg bagus aishah.. ada gak inisiatif nak peringat diri sendiri

    dah..jgn ngelat2

    ReplyDelete
  16. Dear Aishah Rahim (smbungan hihihi)

    menjadi ibu yg bekerja and cuba nk beri anak susu yg terbaik ni mmg tak mudah..tp taklah susah sgt.

    mmg malas la musuh kita sebenarnya...surat awak ni mengingatkan saya jugak..thanks

    hihi

    ReplyDelete
  17. hahahaaa...ur letter remind ape yg mak kak bee ckp duluuu before kak bee kenal shaklee..ahahhahaaa..mane yg same??ade laaa ahahahaa...

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015