Sunday, May 2, 2010

Nuffnang Cheque.

Oh yes. Nuffnang punya cek sudah sampai. Untuk pertama kalinya okeh. Rasa macam tak percaya. Membelek cek tu sampai 24 kali. Sambil dalam hati berkata-kata;

"Inilah hasil titik peluh tangan aku menaip."

Huwah! Macamlah banyak sangat jumlah yang diperolehi tu. Nak cover bil elektrik pon tak lepas. Hehehehehe. Tapi, Alhamdulillah. Sedikit itu ada. Banyak itu rezeki. :)

Fewit!!

Dan seperti biasa, telah berjaya buat hingak satu rumah dengan kehadiran cek comel ini. Semua orang pon terfikir-fikir kenapa aku boleh dapat cek berkenaan. Lebih-lebih lagi Emak.

"Awak main apa kat internet?"

"Siapa yang kasi duit?"

"Internet tu kenapa nak bagi awak duit?"

"Awak buat part time ke?"

Terpaksalah anak yang lurus ini menerangkan satu-satu. Daripada kisah blog, pasang iklan Nuffnang hinggalah kepada analytic segala. Tapi sampai sudah Emak tak faham.

"Yang penting, duit tu mesti halal. Faham?"

Baiklah Emak. Baiklah. :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

1 comment:

  1. pssttt banje la.. ehek2..

    best tu dpt cek! g draw cepat! haha

    ReplyDelete

Salam Ukhwah!
Terima kasih kerana sudi komen :)

Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015