Aishah Rahim's Diary

Thursday, August 4, 2011

Ahhhh.... Sempuuttt....

Seperti yang telah diketahui, semua komen dalam CommentLuv telah hilang secara automatik bila aku re-install benda alah tu kelmarin. Ada 37 posts okeh. Serius rasa macam nak menangis. Tapi berkat kerajinan (woi buat kerja opis kau malas pulak!), maka aku telah copy paste komen-komen korang masuk balik dalam entry-entry yang berkenaan. Semput okeh. Semua sekali ada 303 komen. Gila tekun aku copy paste.

Jadi, macam pelik sikit lah bila tengok macam aku komen entry aku sendiri. Macam syok sendiri pon iye. Muahahaha. Takpelah, asalkan aku dapat abadikan komen-komen kalian dalam entry-entry itu. Sayang betul aku kat komen-komen korang. :))

Berikut adalah entry-entry yang terbabit.

1. Percubaan Memasang CommentLuv
2. Gadis Remaja
3. Macam Mana Nak Install ComLuv & Gravatar
4. Bila Takdir Tak Mampu Ditolak
5. Behind The Names
6. Surat Untuk Abah
7. Nashriq 8 Bulan
8. Windows Live Writer
9. Kisah Cinta Kami
10. My Breastfeeding Journey (Finale)
11. 9 Purnama, Anas Nashriq
12. Anas Nashriq Dan Nasriq Baharom
13. Rutin Seorang 'Super Aishah'
14. Silap Mata
15. Rezeki Kali Kedua
16. Cakap Orang, Cakap Aku
17. Tiada Rezeki
18. Isteri Dan Dosa
19. Biodata Saya
20. Yes, I Am
21. Hakikatnya
22. Rabu Yang Rindu
23. Blackberry DG Smart Plan
24. 10 Months Old, Anas Nashriq
25. Seriau
26. Testing 1, 2, 3
27. Kekuatan Hati
28. Risiko Seorang Penulis Blog
29. Budak-Budak Sekarang
30. Soalan Cepu Emas
31. Wanita Hamil Melawat Tanah Perkuburan
32. Welcome Back, Cute Bears
33. Wordless Wednesday : 18 Weeks
34. Karena Kita Adalah Satu
35. 67 Tahun
36. Selepas 9 Tahun
37. Berita Baik Di Pagi Hari

Oklah, nak sambung buat kerja. Bye! :)



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Wednesday, August 3, 2011

Uncle Teksi.

Pagi ini ada appoinment dengan MO di Klinik Kesihatan Kempas. As usual, Wahid akan hantar sampai ke klinik jam 7.30 pagi dan terus zass ke tempat kerja beliau. Selesai segala check up dan temujanji, aku pon keluar klinik dan menahan sebuah teksi yang kebetulan baru sahaja menurunkan penumpang.

Pemandu teksi Cina. Tua.

Aku :
Sekolah Vokasional Tanjung Puteri, Uncle?


Uncle Teksi :
Boleh. Boleh. Naik.


Tak ada mood nak berbual, aku membelek buku rawatan merah.


Uncle Teksi :
Adik, kalau lu tau ahhh, manyak-manyak hospital gila ahh, hospital gila mana yang paling besar ahh?

Aku :
Err, tak tahu lah uncle.
*sengih*

Uncle Teksi :
Tipuuuu. Mana boleh lu taktau...... Itu Tanjung Lambutan ahhh paling besarrr. Lu taktau kaaa?

Aku :
Ohh....
*sengih lagi*

Uncle Teksi :
Kedua paling besar kat mana lu tau? Penang kaa Permai?


Aku :
Err, Permai kot uncle. *cubaan berbual*

Uncle Teksi :
Mana adaaaaa. Itu Penang lagi besar maaaaa.



Baiklah. Baik aku diam. Malas ah nak layan dengan puasa-puasa cenggini. Buat kurang pahala aku je mengutuk dalam hati.

Tiba-tiba.....


Uncle Teksi :
Walawehhh, itu keleta kena saman kaaa?
(sambil merujuk kepada sebuah kereta yang ditahan polis entah kerana kesalahan apa aku tak tahu)

Aku :
Agaknya lah......


Uncle Teksi :
Kalau lu ahhh, polis tahan ahhh, lu mau bayar sini kaaa bayar sana?

Aku : *Diam sebab tak faham*

Uncle Teksi :
Sini bayar 50 saja wooooo. Kalau lu bayar sana kena 300. Mana lu mau?


Aku :
Bayar sana.
*menjawab dengan ringkas dan tegas*

Uncle Teksi :
Lu biar betul maaa. Sini bayar duit kopi saja maaa. Sana bayar kena 300. Siapa mau?

Aku :
Saya kata saya bayar kat sana, kat sana lah!! 300 pon 300 lah!! Uncle sibuk sangat kenapa?


Terus diam.


P/S : Kurang dah pahala aku pagi-pagi marah orang tua. T__T



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Tuesday, August 2, 2011

3rd Pregnancy - Update #001.

Kerja aku banyak sebenarnya. Tapi aku kurang rajin (read : malas) nak buat. Mood bercampur baur. Mengantuk, malas, mengantuk, malas, MENGANTUK dan MALAS. Itu je dua mood yang sedang bermaharajalela dalam kepala otak aku sekarang.

Jadi, demi mengisi masa seenggang ini, marilah aku update perkembangan terkini yang semakin berkembang-kembang nampaknya. Blerghhh. T___T

1. Sedang berada dalam minggu ke-21 mengandung. Nampaknya, ada lebih kurang 19 minggu lagi untuk menanti kekasih hati yang baru. Tak sabar rasanya. Harap-harap dipermudahkan awal dan akhirnya. Amin. :)

2. Selera makan adalah plain. Tak pasti apa jenis makanan yang menarik buat masa ini. Kadang-kadang macam tak boleh makan pedas. Kadang-kadang macam boleh. Kadang teringin makanan bersup. Kadang-kadang langsung tak boleh pandang. Pelik.

3. Telah pergi ke Klinik Perdana untuk buat 3D scan. Tapi tak boleh nampak langsung atas faktor ketebalan perut (read : lemak). Sangat frust di situ sebab masa Nashrah dan Nashriq pun langsung tak ada kesempatan untuk buat 3D. Tapi tak apalah, doa semoga semuanya okeh sahaja.

4. Telah bertanya doktor tentang jantina si dia di dalam ini. Doktor senyum dan cakap _______ (sila isi tempat kosong). Kami senyum dan terima apa sahaja yang diberikan Tuhan. Bulan ini Doktor akan re-confirm balik. :)

5. Baju raya telah dibeli secara berjemaah anak beranak. Perempuan mengandung ini masih ada hati nak pakai Baju Kurung. Harap-harap masih muat dan boleh dipakai dengan selesa untuk hari raya nanti.

6. Puasa hari pertama semalam telah berjaya dihadapi dengan sabar. Alhamdulillah mampu bertahan hingga hujung masa walaupun pada saat-saat akhir seperti mahu keluar isi perut. Anak di dalam perut pon behave aje seperti memahami.

7. Sekarang dah taktau nak update apa.

8. Bolehlah tamatkan entry sekarang.

9. Bye!



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Zohor Yang Rindu.

Kebiasaanya, selepas Solat, aku akan sedekahkan Al-Fatihah kepada 3 orang penting yang telah pergi dalam hidup aku. Arwah Abah, Arwah Kakak dan Arwah Nashrah. Selalunya, perasaan biasa saja. Plain. Kosong. Rindu yang biasa.

Tapi semalam, aku heret Nashriq bersama atas sejadah.

"Kita sedekah Fatihah kat Atok, Mak Long dan Kak Nashrah ye?"

Airmata jatuh mengalir laju tanpa mampu dibendung. Aku cium kepala Nashriq agar dapat ubat rindu hati. Terubat sikit. Tapi tak banyak.

Aku rindu Abah. Aku rindu Nashrah.

Ya Ramadan, semoga engkau sampaikan rindu aku pada mereka.



Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com

Sunday, July 31, 2011

Ramadan 1432 Hijriyah.


Selamat datang Ramadan Al-Mubarak.

Semoga dipermudahkan segala jalan. Semoga dilancarkan segala amalan.

Amin Ya Rabbal Al-Amin.


Aishah Rahim | ID 882365 Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109 Blog : http://www.myaishah.com Email : shara85_jb@yahoo.com
Copyright to AISHAH RAHIM
Designed by UMIESUEstudio 2015