PERINGATAN : Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata mengikut suka hati tangan aku menaip. Heh. Nama dan segala watak tiada kaitan dengan yang hidup mahupon yang sudah meninggal dunia. Aku memang suka tulis cerpen dari zaman sekolah. Dan entah macam mana, pagi ni dapat idea nak menulis balik macam dulu. Aku harap, korang suka. Happy reading! :)
Aku termenung sendiri di beranda. Jauh benar fikiran ini melayang seakan tidak bisa pulang ke kotak fikiran. Aku hembus nafas sedalam yang mungkin. Bodohnya aku yang dulu. Menghamba kasih buat sang pencinta yang aku harapkan bisa menjadi pedang sakti kononnya? Aku silap. Aku tahu, aku sudah silap membuat percaturan hidup.
........ 3 tahun sebelum itu."Kalau Irash nak juga kahwin dengan Azman, Walid tak halalkan segala makan pakai Irash selama ini!! Segala harta benda Walid, jangan Irash harap nak merasa!!" Jerkahan Walid mematikan langkah. Airmata sudah mula bergenang. Insan yang aku terlalu sayang kini menjadi penghalang langkah hidup aku bertemu cinta.
"Ampunkan Irash, Walid. Irash sayangkan Walid. Tapi, Irash sayangkan Azman juga. Irash nak hidup dengan Azman. Irash nak bina keluarga dengan Azman. Restuilah kami, Walid. Irash tak minta harta benda Walid. Yang Irash minta hanya doa restu dari Walid. Tolonglah Walid." Aku mula merayu sambil airmata yang tadi cuba ditahan telah pecah menembusi kelopak mata.
"Kalau Irash sayangkan Walid, Irash dengar cakap Walid ye sayang? Umi tak nak Irash tersilap langkah. Walid dah hantar orang siasat siapa Azman sebenarnya. Dia bukan orang yang baik sayang. Masa depan Irash akan gelap bersamanya nanti. Umi tak nak anak Umi hidup menderita." Suara Umi yang sedari tadi terkunci mula keluar memujuk lembut hati aku yang kian membulat.
Aku menggeleng lembut. Aku cium pipi Umi dan peluk tubuhnya seerat yang mungkin. Aku tahu, inilah kali terakhir aku dapat memeluk cium tubuh hangat seorang Ibu. Entah bila lagi dapatku rasakan belaian kasih sayang darinya.
Tapak kaki dituju ke arah Walid. Ku tarik tangan Walid untuk dicium tanda kasih dan cintanya aku kepada seorang Ayah yang selama ini membesarkan. Walid menarik tangannya sekeras mungkin. Airmataku semakin berjujuran.
"Ampunkan Irash, Walid. Irash tak niat nak jadi anak derhaka. Doakan Irash ye, Walid." Dan langkah aku atur menuju pintu.
"Irash akan menyesal nak. Irash akan menyesal." Suara Walid yang tadinya bagai kilat menyambar berubah tenang seperti selalu. Aku lihat Umi sudah menangis di sofa sambil menutup mukanya yang lembut.
'Aku yakin aku benar. Aku yakin, Azman cinta matiku!' Sebelah hatiku kuat berbisik.
'Selamat tinggal Walid, selamat tinggal Umi. Irash cintakan Azman dan Irash akan buktikan yang Azman tidak seperti apa yang Walid katakan', hanya mampu di dalam hati.
*******************************************
"I dah tinggalkan keluarga I. Semuanya untuk you. I harap, you tak mainkan perasaan I. I harap, you serius dalam hubungan kita ni. I nak jadi isteri you. Isteri you sampai I mati". Kata-kata pertama yang aku ungkap sebaik sahaja kereta Azman berhenti di hadapan rumah Lily yang aku tumpang sejak semalam.
"So, orang tua you kata apa? Diorang tak kasi you apa-apa? You keluar sehelai sepinggang macam gini?" Azman memandang pelik ke wajahku. Aku mengangguk untuk soalan terakhirnya tadi. Tiada rasa untuk menjawab dua soalan terawal.
"Mana boleh macam gitu! You anak tunggal diorang. Takkanlah diorang tak bekalkan you apa-apa. Share syarikat ke? Tak ada?" Tanya Azman inginkan kepastian lagi.
"Tak ada... I pon plan nak resign dari company Walid. Tak nak lah I kerja sana lagi. I nak jadi isteri you sepenuh masa. I nak jaga rumahtangga kita. Nak jaga bakal anak-anak kita", sambil aku mengusap lembut perut yang masih kempis. '
Aku mesti beritahu Azman tentang anak ini. Ini anak kami. Ini darah daging kami.' Aku tersenyum.
"Man, I ada benda nak kasitau you. I rasa, you mesti happ......" Telefon Azman berdering minta diangkat.
"Yes?" Suara Azman yang tegas memulakan bicara entah dengan siapa di hujung talian.
"Aku dah kata jangan susahkan aku! Takkan perkara kecik macam gini pon aku nak kena uruskan? Kenapa engkau orang semua ni bodoh sangat ha??" Sambil mata buntangkan memandang aku. Aku kais kaki di jalan dan mengalih pandangan ke pokok bunga yang berderet.
"Yelah! Yelah! Aku datang sekarang!" Akhirnya Azman mematikan talian.
"Sorry Irash, I kena pergi sekarang. Nanti kalau ada apa-apa, I call you semula." Sambil kakinya laju melangkah ke pintu pemandu.
"Tapi, Man. I tengah mengandungkan anak you. Anak kita. Kita kena bincang hal ni. I tak nak tanggung seorang diri." Terpaksa jua aku luahkan sebelum Azman beredar. Aku tak mahu bertangguh lagi.
Langkah Azman terhenti. Dipusingnya badan sambil matanya merenung tajam ke arah mataku. Aku kalah dan tunduk lagi.
"Apa you cakap?" Tanya Azman.
"Apa kau cakap??!!" Kali ini lebih kuat sambil tangannya merentap rambut lurusku.
"Aku tengah ada masalah!! Kau jangan nak tambah kusut kepala aku!! Faham??" Ditolaknya badan aku ke jalanan. Sakitnya terasa rambut yang direntap tadi. Tapi lebih pedih rasa hati ini bila diperlakukan seperti ini.
"Ssorry sayang... Sorryyy. You pon tau I banyak masalah sekarang. Kenapa tak tunggu everything settle dulu baru you bagitau I berita ni. Errr, you okay tak? Erm sayang?? You balik rumah Walid you dulu okay? Ambil hati diorang balik. Nanti I fikirkan pasal baby ni macam mana... Okay?" Azman yang tadinya berang mula memujuk sambil memeluk erat tubuh aku yang masih di atas jalan.
"Tapi I tak boleh balik rumah Walid lagi...." Sambil airmata berjujuran.
"Okay, kalau macam gitu, you stay rumah Lily ni dulu. Take your time okay? Tapi you kena jugak balik rumah Walid you tu. Kalau dia tak kasi harta dia kat you macam mana? You tak ralat ke? You rest kat sini dulu, then bila dah okay, you balik rumah Walid you tu. Ambil hati diorang balik. Mintak maaf ke mintak ampun ke, pandai-pandailah you buat. Pastikan diorang akan serahkan semua harta kat you. I bukan apa, I tak nak kita hidup susah nanti. You pon tahu kan, kerja I ni setakat Technician kilang aje. Nanti hidup you susah, siapa yang sedih? I jugak kan?" Azman memujuk panjang. Aku terkesima dengan setiap usap lembut tangannya di tubuhku.
'Azman memang pandai menjaga hatiku.'"Tapi I tak kisah pon hidup susah dengan you. I rela bekerja kalau you nak. Tapi bukan kat tempat Walid lah..." Ucapku sambil menunduk.
"Cuba dengar cakap I!!" Tangan lelakinya mencengkam lenganku. Sakit. Beberapa saat kemudian, tangan itu berubah posisi membetulkan rambutku di dahi.
"You ni degil. Tapi I suka. Sebab tu I sayang kat you. You dengar cakap I okay? Dah, sekarang I nak balik kilang tengok problem kat sana. You dengar cakap I okay? Balik rumah Walid you tu. Make sure semuanya okay tau? Nanti I tanya-tanyakan kawan I mana tempat boleh buat abortion baby." Azman mula bangun dan menghulurkan tangan untuk menarik aku bangun sama.
"Abortion?? I tak nak Man!! Ini anak I!! Anak you!!" Aku menjerit.
"Kalau kau fikir nak sangat anak tu, itu kau punya pasal!! Kau jangan susahkan aku!! Aku ingat, berkawan dengan kau dapatlah tempias harta serba sedikit!! Tapi satu habuk pon tak ada!! Menyusahkan aku lagi ada!! Pergi mampuslah kau dengan anak kau tu!!" Kaki lelakinya menendang perutku. 'Sakitnya Ya Allah......'
Azman memandu keretanya dengan laju. Aku yang kesakitan di jalanan ini seakan tidak bisa bergerak kerana pedihnya perut yang ditendang Azman tadi. Tiba-tiba terasa basah di bawah dudukku.
'Darah?? Apa semua ni??' Aku mula cemas. Aku tak tahu apa yang harus dilakukan. Lily tiada di rumah. Siapa yang harus aku harapkan?
'Walid... Umi...' Hanya nama itu yang terdetik di hati.
*******************************************
"Mama! Mama!" Suara Natrah yang comel mematikan lamunan 3 tahun yang dulu.
"Papa belikan Nattah toys... Manyakkk!" Geli hati aku mendengar Natrah menyebut namanya sendiri. Sungguh comel.
Aku memandang pintu bilik. Lelaki yang aku cinta sepenuh hati sedang tersenyum penuh manis sambil membuka ikatan tali leher yang aku pakaikan pagi tadi.
"Sayang okay hari ni? Termenung jauh je Abang tengok? Fikir apa?" Lelaki penuh cinta bertanya.
Aku melangkah ke arah lelaki itu dan membantunya membuka ikatan tali leher.
"Tak fikir apa-apa. Ingatkan cerita kita dulu-dulu. Masa bujang-bujang." Aku ketawa geli hati mengenangkan cerita 3 tahun yang dulu.
"Cerita yang mana? Cerita sayang Abang ni mengorat Abang dulu tu ke?" Usik lelaki kesayangan aku ini sambil mencuit dagu dan dikerlipnya mata tanda mengusik.
"Eeee, perasanlah Abang ni! Sayang cuma teringat masa Abang jumpa Sayang kat atas jalan raya depan rumah Lily dulu. Lagi sikit kereta Abang nak langgar Sayang tau!! Kalau langgar tu macam mana?" Aku mula menarik muncung. Berlagak merajuk.
"Kalau langgar, tak adalah Irene Natrah depan mata Papa sekarang!" Dipeluknya Natrah yang sedang ralit bersama mainan pembelian Papa-nya tadi.
"Alaaa, takkan lah Abang tak nampak Sayang yang duduk tengah jalan tu. Badan Sayang bukannya kecik." Usiknya lagi sambil dipeluk pula tubuhku sambil dicium dahi tanda kasih.
"Abang ni......." Ku peluk kembali tubuh lelaki yang aku terlalu cinta kini. Terlalu besar pengorbanan lelaki ini dalam hidupku. Saat pertama kali kami berjumpa adalah saat hitam dalam hidupku. Saat aku ditinggalkan oleh sang kekasih yang kononnya mahu sehidup semati. Saat aku kehilangan zuriat yang tidak sah dari sisi agama.
"Kenapa dengan awak ni? Awak bleeding ni!! Mari saya hantar awak ke hospital. Ada siapa-siapa saudara mara awak yang boleh saya hubungi?" Masih terngiang kata-kata lelaki ini waktu pertama kali berjumpa malam itu.
"Ye pakcik. Ye. Saya dah hantar Irash ke hospital. Saya tunggu pakcik kat hospital ye? Ye. Ye. Bahagian kecemasan. Saya tunggu pakcik kat sana", memori perbualan telefon lelaki ini bersama Walid 3 tahun dulu bermain lagi dalam kotak fikiran.
"Kenapa awak pilih saya? Awak tahu kisah silam saya kan? Saya dah kotor awak. Saya dah tak suci. Awak boleh pilih ramai lagi perempuan lain kat luar sana. Kenapa saya?" Tanyaku saat lelaki ini melamar aku 2 tahun yang lepas.
"Kerana suci atau tidak sucinya awak, hanya Allah yang mengetahui", jawab lembut lelaki ini.
'Ya Allah, kuatkanlah jodoh antara kami. Engkau satukanlah kasih sayang antara kami. Janganlah Engkau tarik nikmat cinta kami. Peliharakanlah zuriat kami, Irene Natrah. Dan engkau kukuhkanlah hati aku, Irash Hidayah dan Nu'man Taufik.'
Nu'man Taufik, semoga engkau terus menjadi cinta hati aku selamanya.
-The End-
Hasil Nukilan,
Aishah RahimIklan :
Klik sini untuk join 'Contest Mudah Saya'. :))