P/S : Satu hari sampai 3 entry. Hebak! :D
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com
To Nadia,
Congratulations sebab awak berjaya 'mencuri' hati saya. Ewah, macam pakwe makwe pulak nak curi mencuri hati kan? Terima kasih sebab sudi jadi kawan saya dan saya harap, persahabatan kita ini takkan mati walau awak dah jauh nun di Kulai. Semoga ada kesempatan untuk kita berjumpa di masa akan datang. Insya-Allah :)
Kenapa saya suka myaishah.blogspot.com
Saya mula kenal dengan blog myaishah.blogspot.com ni lebih kurang seminggu selepas anak saya meninggal dunia. Tak silap saya, waktu tu, orang lain sibuk buat persiapan Aidilfitri, saya pula sibuk meng'google'ing tentang 'Bayi Meninggal Dunia'. Masa tu saya cuba cari kisah dan pengalaman orang lain yang pernah lalui saat kehilangan bayi mereka. Pencarian ini amat penting bagi saya kerana saya sedaya yang boleh cuba mencari sumber kekuatan dari pengalaman hidup orang lain sewaktu saya begitu trauma untuk hadapi pemergian arwah Najla.
Entry pertama saya jumpa dalam blog Aishah ialah Bayi Meninggal Dalam Kandungan.
Entry tu sekadar ceritakan bagaimana kejadian bayi meninggal dunia boleh berlaku sewaktu masih dalam kandungan. Saya mulanya berfikir Aishah sekadar berkongsi tentang keadaan ini di blog Aishah. Bila saya scroll ke bawah dan tengok pada side bar sebelah kanan, saya ternampak Daisypath Bidadari Cinta di Syurga, 9 Oktober 2009 - Nur Anis Nashrah.Saya tak puas hati. Saya cuba baca dan habiskan kesemua entry yang berlaku sekitar tahun 2009. Dari saat Nashrah berhenti bergerak, Aishah berpantang tanpa Nashrah, pengalaman Aishah untuk hadapi saat-saat untuk keluarkan Nashrah. Saya baca berulang kali. Saya add blog Aishah dalam list bookmark saya. Berhari-hari saya cuba khatamkan blog Aishah. Terlompat sana sini entry yang saya baca. Saya betul-betul nak tahu apa yang berlaku pada Nashrah. Saya ceritakan semua cerita Aishah pada suami saya, Edy, dan beberapa kawan baik saya. Dalam pada tu, tanpa sedar, semangat Aishah seolah ditiup ke dalam diri saya. Walaupun saya tak pernah jumpa dan kenal Aishah, tapi bila baca cerita Aishah, saya rasa Aishah begitu dekat dengan saya. Tapi sebelum tu saya nak minta maaf dengan Aishah kerana sepatutnya saya panggil Aishah sebagai Kak Aishah, kerana Aishah lebih tua setahun dari saya. Tapi dah terbahasakan Aishah dari mula, macam janggal pula nak ubah balik. Minta maaf ye Kak Aishah :)
Alhamdulillah, takdir yang telah menemukan saya dengan blog Aishah telah memperlihatkan saya tentang jalan yang masih terbentang luas di hadapan saya. Dua bulan cuti, saya cuba gunakan sepenuhnya untuk pulihkan emosi saya. Walaupun saya boleh tergelak ketawa saat berjumpa dengan orang lain, tapi jauh di sudut hati saya, hanya Allah sahaja yang tahu. Saya jadikan blog Aishah sebagai rujukan. Dari situ juga, saya dapat kekuatan untuk berkongsi kisah hidup saya dengan Aishah. Percaya atau tak, lepas saya email Aishah tempoh hari, saya semacam beroleh sejuta kekuatan. Apatah lagi bila mendapat sokongan dari rakan-rakan Aishah. Alhamdulillah. Saya cuba merancang kehidupan yang lebih baik. Saya cuba menghiburkan hati seperti mana Aishah pernah berusaha untuk mengubat lara Aishah. Macam Jiwa dan Lara pulak.Saya juga cuba menghargai nikmat yang masih ada di sekeliling saya. Suami, ahli keluarga, teman rapat, adalah nikmat yang masih ada untuk saya hargai. Terima kasih Aishah. Blog Aishah secara tidak langsung telah memotivasikan saya dengan pelbagai cerita lucu, suka, duka, dan idea-idea yang bernas.Saya dah pun mula bertugas. Walaupun kita cuma depan mata je, tapi jujur saya akui, saya begitu 'malu-malu kucing' nak jumpa dengan Aishah. Bertentang mata dengan Aishah mungkin boleh menyebabkan saya gugup, tiada sepatah perkataan pun yang mungkin keluar. Erk, tak tahulah ye kenapa perasaan saya semacam ini sekali. Mungkin memang sifat diri saya bila berjumpa pertama kali dengan seseorang, akan menjadikan saya terdiam seribu bahasa dan membatu walhal itu bukanlah diri saya yang sebenar. Heee..
Pernah sekali saya taip mesej untuk dikirim pada Aishah. Kononnya saya nak tanya, kalau-kalau Aishah mengidam ingin makan apa-apa, saya nak tolong cari and hantar ke office Aishah. Tapi, saya cancel dan delete mesej saya itu. Sebab saya terasa macam beria-ia sangat je nak belikan Aishah makanan. Kot-kotlah yang Aishah idam-idamkan tak dapat saya nak tunaikan, lagilah saya malu nanti. Itulah niat murni saya yang kemudian saya batalkan Aishah. Maaf sekali lagi ye Kak Aishah ;))
Berbalik semula pada blog Aishah, saya suka dan setia membaca blog ini kerana himpunan kisah-kisah yang begitu telus dari hati. Dari situ, saya mula membaca blog kawan-kawan Aishah juga. Blog Hannah Johary merangkap kawan baik Aishah, blog mamaelly yang juga pernah kehilangan kembar sulungnya, dan banyak lagi blog rakan-rakan Aishah yang tak mampu saya nak senaraikan di sini. Saya sangat suka cerita-cerita tentang keibubapaan. Kerana saya sangat ingin menjadi seorang ibu kepada anak-anak kami. Doakan saya dapat pengganti seperti Aishah ye. Insya-Allah saya akan cuba untuk menjaga amanah yang diberikan Allah sebaiknya.
Bercerita tentang Nashrah, saya teringat pada surah Alam Nashrah, di mana Allah SWT telah berfirman:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan." [Alam Nashrah : 5-6]
Ya, inilah janji Allah. Dua kali Allah mengulang ayat ini. Bila terbacakan ayat ini, saya teringat pada Nashrah. Dan saya juga yakin Allah akan menggantikan sesuatu yang baik untuk saya sebagai pengganti Najla nanti. Sebagaimana Allah telah memberi ganti kepada Aishah.Ok Aishah. Itu sahaja sebab musabab kenapa saya suka blog Aishah. Dah lama nak email tapi belum berkesempatan. Alhamdulillah, terlaksana sudah hari ini.
Jaga diri Aishah ;)
Assalammualikum..
salam persahabatan dari saya..
tak tau kenapa hati ni tertarik untuk melayangkan email ini kepada aishah.. saya sebenarnya baru sahaja jumpa blog aisyah ni kira kira 2 minggu lepas.. bermula dengan percarian saya mengenai barangan baby lalu terjumpa blog aishah...
Pada mulanya bagi saya blog aishah seperti blog orang lain juga.. tiada yang istemewanya.. sekadar menceritakan kisah perjalan hidup suke dan duka di coretkan di sini.. tetapi pandangan saya terhenti apabila terlihat daisypath di sebelah kanan blog aishah.. dari saat menyulam cinta antara aishah dan wahid hingga lah saya terbaca tajuk 'bidadari cinta di syurga 9 okt 2009 nur anis nashrah'.. tangan saya terhenti untuk scroll ke bawah lagi.. terhenti sejenak.. Dan pada saat ini perasaan ingin tahu cerita sebelumnya amat memuncak..
Tahu ape saya buat selepas itu.. saya terus pergi ke cerita cerita aisyah sekitar tahun 2009 tu.. saya baca satu persatu kisah kisah aisyah dalam tahun tu.. tetapi masa amat menyemburui saya.. jam di dinding sudah pun menunjuk kan 5.30petang.. waktu balik sudah tiba.. Esoknya saya pergi kerja dengan semangat yang baru.. semangat saya nak pergi kerja bertambah lagi dengan harapan dapat khatam kisah hidup aisyah dan ingin mengetahui bagaimana aishah boleh kehilangan puteri sulong aishah.. buat pengetahuan aishah saya juga sedang mengandung 22minggu, dan maklumat serta tips tips dari blog aisyah amat saya perlukan kerana ini adalah kandungan sulong saya..jadi hati ini mudah tersentuh apabila membaca cerita mengenai ibu serta bayi dalam kandungannya..
saya bertemankan air mata setiap kali membaca ayat2 aishah susun mengenai pengalaman kehilangan puteri sulong aishah itu.. saya terpaksa menunduk kan muka apabila kawan kawan lalu lalang di hadapan saya demi menyorokan mata saya yang merah dan hidung yang berhingus menangis sambil mengadap pc dan saya ada juga copy paste kisah email yang diberikan pada aishah di letakan pada blog saya supaya setiap kali saya baca email kawan aishah bagikan pada aishah mengenai kisah kehilangan puterinya juga dapat menambahkan ketaqwaan saya kepada pencipta.. bahawa segalanya sudah suratan (saya minta halal apa yang saya copy paste kan itu dari blog aishah yer).. saya dapat kekuatan dari segala cerita yang di sampaikan aishah bahawa dugaan orang lain lagi berat dari dugaan kita.. jadi bersyukurlah setiap apa yang kita ada dan jangan mudah mengalah dan lemah dengan dugaan ini..
Emosi sedih saya terus berlalu apabila membaca kisah pembesaran nashriq pulak.. segala telatah nashriq mencuit hati saya.. kalau dekat nak gomol pipi nashriq yang tembam tu heheh.. syukur alhamdulillah.. setelah ujan membasahi bumi akhirnya pelangi hadir menyinari dan membahagiakan mata yang memandang.. tidak habis lagi bibir ini menguntumkan senyuman dengan cerita cerita nashriq terbaca plak berita yang gembira.. aishah mengandung lagi dan sekarang menunggu saat melahirkan baby ketiga aishah.. tahniah.. saya amat senang membacanya.. tapi anak kita tak sama umur kerana di lahirkan tahun yang berlainan.. saya di jangkakan bersalin tahun depan bulan 3 insyaalllah.. doakan semuanya selamat dan saya doakan aisyah selamat melahirkan baby yang di jangka pada bulan NOV ni kan..
sekarang ni setiap pagi blog aishah adalah blog yang wajib saya baca.. sekadar silent reader.. nak tinggalkan komen tapi saya segan.. kita kan tak kenal tetiba plak saya nak tinggalkan komen.. malah blog aisyah pun saya tak follow.. cuma saya buat favorites link blog aishah ni kat pc opis saya ni jer heheeh..segan nak follow..
Semakin lama saya baca blog aisyah rupa-rupa nya kebanyakan blog ibu ibu yang saya favorites kan kat pc saya ni adalah kawan kawan aisyah juga termasuklah blog mak haq, hannah johary dan nurul jamian semuanya adalah kawan maya aisyah jugak kan heheeh.. mereka semua pun memang dah jadi favorites link kat pc saya ni.. keciknya dunia ni kan..
Akhir kata.. allah buka hati saya untuk terus membaca blog aisyah kerana dengan membaca kita boleh menambahkan pengetahuan dan mengambil segala pengalaman manis dan pahit seseorang untuk di jadikan sempadan dalam kehidupan kita.. setiap orang pengalaman nya berbeza.. saya tak dapat nak list kan satu persatu kenapa saya suke baca blog aisyah kerana saya tidak pandai mengarang.. sebab itu blog saya kadang kadang berupdate dan kadang2 di tinggalkan bersawang tanpa tuan..tapi membaca blog blog pilihan adalah wajib bagi saya.. dan antara blog pilihan saya adalah blog aisyah..
wassalam..
~PiJoN~