Aidilfitri 2010. :)
Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. :)
P/S : Nanti aku upload gambar Aidilfitri 2011 ye?
Mulai hari Isnin (22 Ogos 2011) yang lepas, badan Nashriq dah mula panas. On and off. Balik dari kerja, saya bawa dia ke klinik berdekatan lagi setengah jam waktu nak berbuka. Bayangkan betapa terdesaknya saya waktu itu? Keadaannya memang panas betul. Muka Nashriq merah padam dan asyik merengek. Bila diagah dan diajak berbual, langsung boo layan.
Doktor bagi ubat masuk bont*t dan Alhamdulillah panasnya turun serta merta. Berbekalkan beberapa ubat lain, saya yang ditemani kakak dan abang (Wahid tak ada sebab kerja petang), kami pulang dan berbuka pada jam 7.45 petang. Kedengaran sadis kan? Tapi, tak apa lah. Demimu anak.
Oh ya, masa ni doktor kata Nashriq ada Tonsil dan ianya hampir menutup anak tekaknya. Sebab tu Nashriq langsung tak mahu makan dan refuse susu. Dan sebab itu juga, badan dia panas. Sakit lah tekak tu agaknya kot. Ermmm.
Hari Selasa (23 Ogos 2011), saya ke tempat kerja seperti biasa. Telefon Emak di rumah dan Emak khabarkan yang suhu badan Nashriq masih on and off. Saya dah mula risau. Nak balik, kerja masih banyak pula. Saya tabahkan juga hati sedangkan di dalam sini hanya Tuhan yang tahu. Saya tahu anak saya seorang yang happy boy. Tapi bila dia tak sihat macam gini, kita satu rumah boleh risau. :(
Hari Rabu (24 Ogos 2011), saya ada check up di Klinik Kesihatan Kempas dan kena minum air gula. Saya bercadang untuk balik rumah dulu, salin baju dan baru ke tempat kerja. Wahid temankan saya sepanjang berada di klinik. Balik rumah, Emak mengadu yang dada Nashriq berbunyi kuat. Semacam ada kahak. Tido pon tak lena sebab dia asyik terbatuk-batuk. Saya pandang Wahid dan kami mati akal. Saya tak tahu apa yang patut kami buat. Akhirnya, kami buat keputusan untuk bawa Nashriq ke klinik yang ada perkhidmatan Nebulizer. Cari punya cari, akhirnya kami singgah di klinik Bio-Sucinas, Bandar Baru Uda.
Jumpa doktor dan doktor pon kata dada Nashriq berbunyi sangat kuat. Doktor consult Nebulizer dan merasalah kami bagaimana sayunya memegang anak yang menangis meronta-ronta tak mahu sedut gas. Kesian sangat! Sampai tak bermaya dah Nashriq menangis. Keluar dari bilik rawatan, saya termenung dan menangis. Mesti Nashriq fikir kami ni kejam. Tapi what to do sayang? Kami nak Nashriq sihat. Macam selalu.
Balik dari klinik, kelihatan semuanya ok. Dada dah tak berbunyi. Demam sudah tiada. Aktif macam biasa dan boleh main-main dengan sepupu sepapat. Legalah sikit hati ni nak pergi kerja esok (hari ini). Lagipon dah nak birthday dia ni kan. Harap-harap tak ada lagi sakit-sakit.
My expectation nampaknya meleset. Pagi tadi bangun sahur, dada Nashriq berbunyi lagi. Wahid wish Happy Birthday to him tapi saya tak sampai hati. Saya tengok bagaimana lelahnya dia nak bernafas. Kruuuk kraaaak bunyi nafas dia. Hembus dan hela nafas pon susah. Saya mati akal lagi. Kesian anak Mama sakit-sakit on his 1st birthday. :(
Pukul 6.30 pagi ni tadi, saya bangun untuk bersiap nak pergi kerja. Tapi saya dengar nafas Nashriq kuat betul. Dia merengek-rengek sebab sukar nak bernafas agaknya. Takkan nak pergi kerja jugak dengan keadaan anak macam gini? Saya tekad untuk emergency leave lagi. Saya tahu yang saya akan dikecam sebagai pekerja yang manjakan anak atau pekerja yang kerap cuti. Tapi saya betul-betul tak sampai hati nak pergi kerja dengan keadaan Nashriq macam gini. I really don't.
Saya terus bangun ke dapur dan capai rice cooker. Saya isi mangkuk nasi dengan separuh air. Saya letak garam halus (it supposed garam kasar @ batu kot) dan saya korek vicks separuh botol masuk dalam air tu. On kan rice cooker dan biarkan dia panas mendidih. Saya kelihatan kejam lagi bila sanggup buat pekak anak meraung minta lepas bila saya buat rawatan stim tadi. Tapi apa pilihan yang saya ada? Saya nak anak saya sihat. Saya nak semuanya berjalan seperti biasa. Wahid pon tak ada pilihan lain. Jadi kami tekad buat rawatan stim ni jika itu yang terbaik buat Nashriq.
Amazingly, sekarang Nashriq tengah tidur dengan lena tanpa bunyi kruukk krakkk tadi. Saya tahu dia lega. Ahhh, baru rasa tenang dan boleh wish him Happy Birthday walau hakikatnya dia tak dengar sebab tengah tidur. Kang bangun, kena buat lagi rawatan stim tu. Biar 4 jam sekali pon tak apa. Asalkan kahak-kahak tu semua boleh pergi jauh-jauh tak ganggu anak saya lagi.
Oh sorry sayang Nashriq. Mama dah plan nak buat entry bunga-bunga untuk awak sempena your 1st birthday. Tapi nampak gayanya, entry begini pula yang publish.
Anyway, sempena birthday Nashriq yang pertama ni, Mama doakan semoga Allah berikan kesihatan yang baik-baik buat anakanda Mama ini. Semoga Nashriq dipanjangkan umur dan diberikan umur-umur yang berkualiti untuk berbakti pada Agama dan bangsa. Jadilah anak yang soleh serta hormat orang tua. Mama dan Ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk Nashriq.
You will always be my baby, Abang Nashriq :)
P/S : Sorrylah entry tunggang terbalik. Update pakai BB memang terasa payah sikit. Kena korek ilmu banyak sikit nampaknya. :)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Nashrah,
Mama tak sempat jumpa Nashrah. Mama tak sempat buat apa-apa untuk Nashrah. Mama dan Ayah buatkan kepuk tile ini supaya pusara Nashrah tak hilang lagi. Kami tak nak kenangan Nashrah hilang.
Raya ni, genap 2 tahun Nashrah pergi. Tapi bagi kami, ianya bagaikan semalam. Segalanya masih segar dalam ingatan Mama dan Ayah. Mama tak dapat tahan airmata bila kenangkan saat kita bersama. Mama tahu, Ayah pon sedih sangat. Ayah diam je sepanjang kat kubur Nashrah. Nashrah tau kami datang kan sayang? Nashrah tau kan kami ni Ibu Ayah Nashrah?
Abah,
Ayang tak tahu macam mana nak kata. Abah dan Emak adalah kekuatan Ayang dunia akhirat. Ayang rindukan Abah sangat-sangat. Ayang sentiasa doakan keadaan Abah yang baik-baik sahaja di sana. Ayang doakan Abah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan diredhai Allah. Ayang rindu Abah sangat. Terlalu rindu....
Salam,
Ini baru pertama kali saya emel aishah. Selama ni jadik silent reader jek, start follow blog aishah since masa buat wedding preparation sebab masa tu sya duk la google "hantaran best", "wedding gift", ape2 la lagik masa tuh, tu yang jumpe blog2 yg banyak cakap pasal tu pastu link ke blog aishah. tapi sebab sy sendiri pun xpernah ada blog, so memang malas la nak comment or ape kan...saya suka jek baca blog orang yang melalui fasa kehidupan yang sama, mcm tadi la, mula2 cerita pasal kahwin, once dah kawen, start tampal gambar memasak plak, pastu pregnant, ada baby, breastfeeding, baby demam, first tooth semua lah, sebab apa yang kita lalui adalah perkara yang sama, secara umumnya lah kan, tentunya realiti dan yang terperincinya berbeza.
Terlupa plak nak kenalkan diri, saya 'E' duk kat kl & aishah muda 3 tahun dari saya. Kerja makan gaji dan ada kadang-kadang termakan gaji buta bila duk sibuk baca blog orang. Sendiri? Malas tulis hehe...
Sebenarnya start tahun 2011 saya mcm dah xfollow blog Aishah sebab? tuntutan kerja weh, melampau banyak sampai terlupa plak, last masa tau Aishah selamat dapat Anas, alhamdulillah...and congratz!! Saya pun ada sorang toddler, 'D' birthday '______ 2010', kira sama tahun la dgn Anas.
Pastu semalam baru teringat eh, dah lama xjenguk blog sorang ni then baru lah terhegeh2 nak khatamkan pembacaan utk setengah tahun ni...itupun ada yang missed sana sini hehe...so baru tau Aishah tengah pregnant, so congratz again!!
Terpanggil nak share dengan Aishah pasal ada terbaca yang entri emosi pasal terasa yang jarak kelahiran yang dekat ni...Actually saya pun conceive again semasa 'D' umur 12 bulan, so bila dapat adik belum pun cukup 2 tahun...Masa tu memang rasa serba salah-> xtau nak cakap apa, xtau nak rasa apa, xtau nak reaksi apa, mcm xplan tapi kalau tau xnak plan kenapa xguna family planning kan..haaa terkena kat diri sendiri..so end up saya memang at denial stage, kalau2 tersilap ke, yelah masa tuh saya masih fully bf 'D', so sy harap period cycle sy masih belum konsisten..saya cuma buat pregnancy test jek, dekat 8 minggu baru pergi check kat doctor and dapatkan GL, itupun nak buat appointment kat hospital bukan main malas sangat, sampaii minggu ke 15 baru check..Minggu ke 16 baru berani bagi tau family and colleague kat ofis. Selama ni orang asek duk usek2 tanya2 boleh menimbulkan amarah tau haha...Tapi lepas tu dah start hepi2, yelah, kalau org tau kita pregnant, layanan dia ada lebih kan, hari2 husband tanya nak makan ape, masa tu mmg abis duit kat makan jek, nak makan plak yang mahal2 hehe alasan baby teringin, kat ofis pun, semua orang treat speacial punye, saya engineer kena pegi site semua, tapi sebab pregnant so boleh duduk, boleh makan, bagi payung, etc lah...
Bila checkup bulan ke -5 masa tu minggu ke-21, tengah hepi nak teka gender, tp nak tau apa? Scan punye scan, bunyi jantung xkedengaran, aliran darah xkelihatan & baby pun xde pergerakan...???Baby dah meninggal dunia tanpa tahu bila tarikhnya...Adalah proses kelahiran tapi panjang pulak nak share kat sini. & Aishah pun pernah melalui nya kan...Sy mmg xbersedia & xbuat apa2 persediaan pun, even nama pun mmg xtau nak bagi apa. Husband uruskan jenazah & namakan Siti Aisyah, innalillah...Siti Aisyah hadir di dunia xsampai sehari dalam 3 jam jek, hadir dalam hidup saya 21 minggu dan 3 hari, tapi kehadiran dia yang sekejap itu cukup menginsafkan dan memberi pengajaran yang terlalu berharga buat saya.
Sebelum ni saya rasa sy jenis yang xkisah pun kalau dapat anak rapat, saya dan kakak beza 20 bulan, kira saya darjah satu, kakak darjah dua, so memang dari kecik pun dah biasa jek, tapi bila anak sendiri, terasa macam kalau tiba2 ada adik, kesian kat 'D', xsempat manja lah, sy terasa banyak sangat lagik benda yang xdapat buat dengan 'D' yang membuatkan saya rasa xsedia lagik, walau di sudut hati lain saya rasa dengan adanya adik, 'D' akan lebih cepat belajar, & berdikari.
Itulah, Allah menguji kita dengan ujian yang tidak kita jangkakan dan kita kerap kali pun kita xpernah bersedia. Allah bagi saya kata xsedia, Allah tarik pun saya kata xsedia. Sampai saya rasa apa yang sebenarnya saya nak?? Kalau saya sendiri pun xtau apa yang saya nak, kenapa saya xterima apa saja yang Allah bagi, bukankah Allah yang paling tahu apa yang terbaik untuk hambanya...
Ok tu jek lah saya nak share dgn Aishah, semoga semuanya dipermudahkan. Memang rasa mcm xcukup tangan, ada anak kecik, belum lagik kalau hari dia meragam, semua xnak nak ibu dia jek dukung, nak kemas rumah, mana nak masak, suami lagik, kerja kat ofis lagik, tanggungjawab dengan parents, etc..itulah kehidupan kita kan..Tapi mesti boleh punya, hidup mesti lebih ceria dengan bertambahnya sorang lagik. Penat akan hilang bila kita fikir bahagia, insyaallah..
Allah dah janji dia xkan bebankan seseorang itu, sesuai dengan apa yang boleh ditanggung- Al Baqarah, Aishah mesti lebih arif kan..saya tahu orang Johor bab agama ni terror, hehe sebab tu sy pilih suami orang batu pahat haha..kononnya lah lebih alim kan, tapi?? realitinya cuma saya, suami & Allah jek yang tau huhu..xpe kami sama2 belajar dalam mencari jalan menuju keredhaannya..insyaAllah..
Ok la have to go now, dah sejam, ada report nak siapkan hehe..Sorry panjang sangat muak kot Aishah baca..
p.s: Hikmahnya, 'D' yang start on FM waktu siang masa 13 bulan-17 bulan, dah boleh full bF semula sb selepas delivery Sti Aisyah, sy ada hormon yang menyebabkan susu saya bertambah, sy xbuat research pun pasal ni, tapi sebab 'D' dia punya demand kan tinggi so memang susu jadik banyak pulak. Itulah keajaiban Allah. Subhanallah..Cumanya 'D' refuse plak minum susu during day time. So kat rumah banyak sangat stock EBM. Siang kat ofis mmg saya pump sbb kalau xpump, engorged saya plak yang sakit huhu..Malam mmg direct. Siang FM ke EBM ke memang xnak, xnak botol letak dlm cup pun xnak, minum plain water & juice jek. Even Milo ke Vitagen ke sume xnak hoho xtau ape ini budak, so untuk memastikan mendapat sumber calcium, favourite dia adalah cheese, minimum sehari sekeping.
Ok Sekian Terima Kasih & Have a nice day..
Assalammualaikum 'E',
Saya terima email awak pagi ni. Tapi saya ambil masa lebih kurang 4 jam untuk menjawab balik. Saya tak tahu nak kata apa dulu. Mungkin saya patut ucapkan terima kasih dulu sebab dah lama gila awak baca blog saya sampai boleh ingat nak cari balik. I think, we should be friend and that's why saya dah add awak kat facebook. Saya harap awak accept saya. :)
Secondly, takziah atas pemergian Siti Aisyah. Sedap nama dia (bukan sebab nama saya). Tapi namanya kedengaran sejuk dan indah sebagai seorang bidadari Syurga. Saya memahami situasi awak cuma mungkin keadaan kita berbeza. Saya anak pertama dan memang mengharap. Dan awak pula anak kedua which is pada mulanya awak seperti tak sedia, macam saya kini.
Thanks again sebab sudi mengarang panjang lebar. Saya tak tau nak kata macam mana. Saya terharu, gembira dan dalam masa yang sama, awak mengingatkan saya. Bila awak cerita tentang Siti Aisyah, saya rasa yang saya juga takut perkara Nashrah dulu terjadi lagi untuk bayi ini (Nauzubillah). Harap-harapnya, Allah SWT tidak tarik nikmatNya kali ini. Saya dah mula boleh terima dan mula bergembira. Saya harap, biarlah sampai ke akhirnya dan sempurna selamat everything.
Dari email awak, saya yakin yang awak seorang yang kuat. Ada hikmah atas tiap apa juga dugaan Tuhan kan? Saya bangga bila awak kata yang hasil susu awak bertambah selepas deliver Siti Aisyah. Which is very-very good for 'D' kan? Saya doakan yang awak akan terus berjaya untuk fully bf walau hanya pada waktu malam aje. Takpelah, lebih baik ada dari tiada macam saya ni kan? :(Trillion thanks again sebab sudi menghantar email pada saya. Your email just make my day. Awak berikan saya semangat untuk meneruskan kandungan ini dengan lebih gembira. Saya doakan rezeki awak melimpah ruah selepas ini. Dan saya doakan juga semoga keluarga awak sentiasa di bawah lindungan-Nya. Amin.Thanks, and thanks again. :)
salam...sory la kacau awk even xknl..tp sy ade terbaca blog awk..sy tumpang happy tgk awk dh ade ank lpas ape yg jd..sy jgk lalui ape yg awk lalui dulu..sy pun kehilangan ank sulung sy ms 31 minggu..skrg sy still dlm pantang hari ke 40..ape yg awk ceritakn dlm blog awk sama dgn sy..sy jg lalui detik2 tu..masih terbyg2 lg time sy rs baby dh xgerak tp sy tkut nk g check sbb tkut dpt berita negatif wpun hakikatnya jauh di sudut hati mmg sy dpt rskn ade smthg yg buruk jd kat baby sy..ape yg awk cite n lalui mmg btol2 sm dgn sy..sy menangis ms bc blog awk sbb sy turut lalui saat2 yg sama mcm awk...cuma bezanya skrg awk dh ade pengganti n bakal dpt lg sorg...jeles sy tgk...sy berharap sgt sy jgk mcm awk di beri rezeki secepat mungkin utk sy ubt kedukaan sy..sy just nk tny mcm mn awk dpt lalui semua ni?sy ari2 dgn airmata sbb sy n hsbn mmg mnghrp sgt cz ni ank sulung tb2 tuhan amik dulu..bygknlah betapa xcitednye kitorg beli brg baby ms dh 7 bulan n siap buatkan bilik khas lg utk baby sy tp rupenye tuhan dh janjikan tempat khas yg lg baik utk arwah ank lelaki sy..bila tgk bilik die sy xdpt nk tahan betapa sedihnye sbb xsempat nk bg die tgl kat bilik tu,n xsempat nk bg die pakai bj yg kitorg dh beli..sy mmg happy tgk family awk dan selepas ape yg awk lalui tuhan beri rezeki yg x terhingga wat family awk..sy berharap sy jgk dapat lalui sama mcm awk...insyallah...
Assalammualaikum 'A',
Salam takziah dari saya sekeluarga untuk awak sekeluarga. Setiap perit yang awak lalui sekarang, saya juga lalui peritnya lebih kurang 2 tahun yang lepas. Saya dapat rasakan hingga kini apa yang awk rasakan. Kalau kita ada berdekatan, saya nak sangat peluk awak dan berikan kekuatan saya yang tidak seberapa ini pada awak.
Secara jujurnya, saya juga tidak kuat sewaktu menghadapi berita kehilangan Nashrah. Saya hampir hilang diri menangis meraung tiap kali menatap album scan yang ada beberapa keping gamba beliau. Mungkin dugaan awak lebih berat sebab awak dah mula membeli barangan baby dan menyediakan sebuah bilik khas yang akan dipandang selalu. Nasihat saya, pack dahulu barang2 baby itu dan kemaskan semula bilik baby tadi kepada keadaan biasa. Kerana semakin awak pandang, semakin itulah diri kita akan menangis.
Tapi kalau awak kuatkan semangat awak, ianya takkan mengambil masa yang lama pun untuk bertenang dan menerima kenyataan. Tarik nafas awak, lap airmata awak, hembus nafas dan tersenyum. Berfikiran positif yang seorang bidadara syurga sedang menanti awak di sana untuk meringankan beban awak dan suami. Insya-Allah, anak lelaki awak inilah yang akan memimpin tangan awak di sana 'nanti'. Tak sabar kan? :)
Banyak2 bersabar dan redha. Ingat juga bahawa Allah takkan menduga hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu. Kita insan terpilih yang dipilih untuk melalui dugaan ini. Terima dan hadapinya dengan tenang. Mungkin awak rasa saya bercakap mudah sekarang, tapi percayalah, kebahagiaan akan jadi milik awak di masa akan datang. Pada masa itu, awak akan lebih hargai dan bersyukur tidak terperi.
Saya doakan awak sekeluarga akan kuat. Saya tahu bukan mudah. Tapi, bertabahlah dan terimalah dengan redha. Ambil nafas, hembus dan senyum. Kosongkan fikiran dan rancanglah anak seterusnya secepat mungkin jika itu yang awak dan suami mahu. Rileks dan saya doakan juga segala yang lain akan dipermudahkan.
Jaga diri awak baik-baik. Cubalah berfikiran positif. Mana yang perlu, saya akan cuba bantu lagi. Okeh? :)
Saya tahu awak kuat dan tabah. Awak boleh. Percayalah. :))