Hai kawan-kawan. It's me again, Anas Nashriq. :)
Harini Mama pesan suruh update-kan blog dia. Sebagai seorang anak yang mematuhi kata (ehem), saya pon haruslah menjalankan amanah yang diberikan oleh Mama. Don't worry, Mama is doing fine. Cuma saya tengok dia macam letih sikit lately ni. Maybe sebab perut Mama dah makin besar dan baby dalam perut Mama pon asyik keras, keras dan keras. "Hello baby inside there, boleh tolong duduk diam sikit tak? Jangan ganggu Mama please?". :)
Talking about baby inside perut Mama tu, I've been so excited tak sabar nak tunggu dia keluar. Mama dan Ayah dah siapkan sebuah bilik untuk kami. Ada dua buah katil bujang dengan cadar corak Spongebob dan Pooh. Saya chop yang Spongebob punya dulu sebab saya adalah Abang. Baby sebagai adik kenalah mengalah dan dengar kata saya. Kan? Jadi suka hati sayalah nak pilih yang mana dulu. Kuasa mutlak terletak di tangan saya. :D
Tapi Mama kata, sementara kami masih kecik ni, kami kena tidur dengan Mama dan Ayah dulu. Dalam bilik Mama dan Ayah dah ada satu katil kayu baby pemberian Nenek Ayah. Mama dah beli cadar, bumper dan comforter untuk pasang kat katil tu. I am so jealous sebab masa saya baby dulu, Mama tak pakai pon katil tu. Mama just baringkan saya atas katil aje. Why oh why?
Mama kata, kalau dia letak baby kat atas katil macam saya dulu, nanti saya akan tarik baby terjun katil. No way. Saya tidaklah sekejam itu tahu? Saya akan manjakan baby dengan menggigit-gigit pipinya sahaja. Paling kuat pon, saya akan hentak kepala saya ke kepala baby sebagai tanda saya sayangkan dia sangat-sangat. Not more than that. Mama tu risau sangat. Haih.
Erm, lebih kurang 5 minggu lagi baby dah ready untuk keluar. Lepas tu, Mama kena berpantang dan stay kat rumah Nenek Cempaka. Saya pon suka pasal kat Cempaka saya adalah taiko. Macam-macam benda saya boleh buat during stay kat Cempaka nanti. I bet, Nenek pon confirm akan pening kepala mana nak layan Mama, nak layan baby dan nak jaga saya. Hahahaha. Tapi saya promise, saya tak akan nakal-nakal. Saya kan nak jadi anak yang baik. Muahahahahaha (gelak sinis).
Ohhh, malam semalam saya ada dengar Mama cakap dengan Ayah pasal perasaan dia. Mama kata, dia rasa tak sedap hati dan berdebar-debar. I wonder why. Mungkin Mama rasa takut nak hadapi this third delivery process. Saya selalu tengok Mama termenung aje sambil gigit kuku (so bad habit). Saya nak tanya Mama, tapi saya tak tahu macam mana nak tanya. Saya takut dia salah faham yang saya ni busy body. Tapi sebenarnya saya risaukan Mama. Saya takut dia tekanan sampai asyik fikir benda bukan-bukan. It's not good for her kan?
Saya tahu delivery process tu sakit yang amat. Sebab saya dan Mama pernah alaminya last year. Saya doa untuk Mama, supaya delivery process-nya kali ini dipermudahkan. Moga-moga sakit Mama tak lama. Moga-moga juga segalanya selamat dan sihat. Mama kena kuat. Sebab saya tunggu dia kat rumah. :))
I love Mama so much. I love Ayah too. Tapi setiap malam, kalau tak ada Mama, saya memang tak boleh tidur. Saya kena tidur atas lengan Mama. Saya kena usap pipi Mama sambil hisap susu. Saya kena main gulung-gulung rambut Mama sambil Mama menyanyi zikir untuk saya. Sampailah saya tertidur, Mama akan cium pipi saya, cium dahi dan cium badan saya. Saya selalu dengar Mama cakap macam gini;
"Mama sayang Nashriq. Nashriq jadi anak yang soleh ye? Mama harap, Nashriq akan jadi anak yang hormat orang tua, baik budi bahasa dan lembut tutur kata. Nashriq kena belajar rajin-rajin jadi anak yang bijak dan pintar. Nashriq kena sayang semua orang, sebab semua orang sayang kat Nashriq. Mama sayang Nashriq. Mama sayang Kak Nashrah. Mama sayang baby. Mama sayang semua anak-anak Mama".
Itulah ucapan Mama setiap malam. Without failed.
Saya tahu harapan Mama pada saya adalah tinggi. Mama selalu cuba berikan yang terbaik untuk saya. Haritu Mama ada cakap dengan saya, yang dia nak try bagi saya EBM balik after selamat deliver baby. Mula-mula Mama nak bagi EBM dalam botol dulu. Pastu, Mama akan pujuk saya direct feed perlahan-lahan. Heee, saya tak tahu saya boleh ke tidak. Sebab dah lama kan saya tak direct feed. Harap-harapnya nanti, bila tengok baby direct feed, saya pon akan ada rasa nak direct feed jugak. Ada chance lah Mama nak buat tandem nursing kan? Mesti Mama happy nanti.
Oklah kawan-kawan. Macam dah panjang pulak saya membebel harini. Mengalahkan Mama pulak kan? Tapi mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Semua orang pon cakap mulut saya macam mulut Mama. Ayah kata, saya ramah tak bertempat macam Mama. Kawan-kawan Mama pon kata, esok saya dah besar, boleh masuk perbahasan dan debat macam Mama masa zaman sekolah. Heh.
Oklah. Oklah. Saya stop dulu. Bye! :))
Aishah Rahim | ID 882365
Page : Vitamin Ibu Hamil, Berpantang & Menyusu
Call / SMS / Whatsapp : 014-3580109
Blog : http://www.myaishah.com
Email : shara85_jb@yahoo.com